Maxis - Islamic Services


 


Khas kepada pelanggan Muslim Maxis, anda berpeluang mendapatkan pelbagai
informasi berguna melalui penggunaan teknologi Protokol Aplikasi Wayarles (WAP)
yang disediakan untuk Perkhidmatan Islam kami.

Cara untuk menggunakannya amat mudah sekali. Melalui telefon selular yang
dilengkapi dengan keupayaan WAP, apa yang anda perlu lakukan ialah lawati
laman WAP Maxis di http://wap.maxis.com.my/wml/index.wml.

Seterusnya skrol ke bawah dan klik kepada Maxis Menu. Di dalamnya, terdapat
pelbagai saluran kepada informasi yang menarik. Skrol ke bawah dan pilih Islamic
Services untuk mendapatkan pelbagai informasi Islamik.

 

Antara kandungan yang disediakan ialah

  1. Waktu Solat
  2. Niat Solat
  3. Doa Harian
  4. Hadith
  5. Kata Hikmah
  6. Al Quran
  7. Pejabat Zakat
  8. Kadar Zakat Fitrah
  9. Lokasi Masjid
  10. Qiblat
  11. Islamic Directory
Berikut adalah penerangan secara bergambar untuk anda mendapatkan
maklumat di dalam Perkhidmatan Islam kami





Langkah Satu :

Lawati: http://wap.maxis.com.my/wml/index.wml.

Skrol ke bawah dan klik pada Islamic Services.



Langkah Dua :

Anda kini telah berada di laman Islamic Services.
Sila klik pada pautan mengikut kategori yang telah disediakan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

  Copyright © 2008 Maxis. All rights reserved. Terms & Conditions