Allah swt berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang
diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di
antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka),
kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak
terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah
iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan
sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan
itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian)
berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau
kamu mengetahui"
- Surah Al Baqarah; Ayat: 183-184
|