Pemberitahuan Penting: Penghentian Pembayaran Cek untuk Pengguna Individu
Sila dimaklumkan bahawa mulai 1 April 2025, kami tidak lagi akan menerima pembayaran cek untuk mana-mana perkhidmatan kami. Keputusan ini diambil untuk memperkemas proses pembayaran kami dan menyediakan pilihan pembayaran yang lebih selamat dan cekap kepada anda. Anda boleh menggunakan kaedah pembayaran alternatif kami untuk pembayaran bil akan datang, termasuk:
- Perbankan dalam talian
- Kad Kredit / Debit
- Dompet Elektronik
Kami menggalakkan anda untuk mula menggunakan kaedah-kaedah ini secepat mungkin untuk pengalaman pembayaran yang lancar.