Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis menawarkan pengalaman pembelajaran baharu dengan aplikasi mudah alih eKelas 

photo 1
  • Aplikasi bertujuan mewujudkan komuniti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, membawa era baru dalam cara pembelajaran di luar bilik darjah
  • Menawarkan kandungan pembelajaran ringkas, video interaktif, nota peperiksaan, tutorial secara live bersama tenaga pengajar berpengalaman yang diiktiraf oleh sukatan pelajaran KPM
  • Maxis kekal komited untuk menawarkan teknologi terbaik bagi membolehkan komuniti Terus Menerajui dalam dunia yang kian berubah

Maxis telah melancarkan aplikasi mudah alih eKelas bagi menawarkan pengalaman pembelajaran digital yang lebih menyeronokkan. Kini sedia untuk dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Play Store, aplikasi ini membolehkan pelajar, guru dan ibu bapa mengakses kandungan digital yang menarik di luar portal eKelas, secara mudah dan fleksibel untuk pembelajaran di mana jua.

eKelas adalah program komuniti unggul Maxis, sebuah inisiatif pembelajaran digital luar sekolah untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, yang membawa pengayaan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta akses kandungan digital melalui portal eKelas. Program ini kini merangkumi lebih 50K pelajar, termasuk pelajar dari 600 sekolah di seluruh negara.

Aplikasi mudah alih eKelas telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Haji Annuar bin Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Turut mengiringi Menteri ialah Pengarah Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut.

“Kerjasama antara pihak Kerajaan dan industri adalah kunci kepada usaha memenuhi aspirasi digital negara. Maxis melancarkan aplikasi eKelas bagi membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan norma baharu selain menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah,” kata YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Haji Annuar.

“Kami di Maxis menyokong penuh usaha Kementerian dalam memacu ekonomi digital bagi Keluarga Malaysia. Selaras dengan agenda ini, kami berbangga dengan impak eKelas kepada masyarakat, selari dengan minat kami dalam bidang pendidikan. Kami teruja dengan pelancaran aplikasi mudah alih eKelas, yang dapat membawa pendekatan yang berlainan dalam pembelajaran di luar bilik darjah. Inisiatif ini sebahagian daripada komitmen kami untuk membawa teknologi terbaik bagi membolehkan komuniti Terus Menerajui dalam dunia yang kian berubah,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Sebagai versi mudah alih portal eKelas, aplikasi mudah alih ini menawarkan lebih daripada 3,000 kandungan pembelajaran ringkas bagi tiga mata pelajaran teras – Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Ini termasuk video ulangkaji pembelajaran, nota peperiksaan, bahan bacaan dan sesi tutorial live bersama guru-guru berpengalaman dan pengurus komuniti, Abang Portal. Para pelajar juga boleh menyertai pertandingan HIP StoryFest dan Misi Jelajah Digital untu mengukuhkan bakat mengekod, pemikiran kritis, dan kemahiran bercerita. Aplikasi ini juga membolehkan para guru berhubung dengan para perlajar, serta berkongsi kandungan pembelajaran bersama. Ibu bapa juga digalakkan menggunakan aplikasi ini untuk memerhati dan mengikuti perkembangan aktiviti eKelas anak mereka.

Banyak program dan aktiviti digital menarik tersedia di portal dan aplikasi mudah alih eKelas, dengan lebih banyak akan datang. Pendaftaran Maxis eKelas dibuka untuk pelajar, ibu bapa dan guru secara percuma melalui lama web Maxis. 

photo 2

Menerajui pembelajaran digital

Maxis eKelas menyediakan akses kepada kandungan pembelajaran berkualiti selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Memfokuskan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar didedahkan kepada pembelajaran berdasarkan pengalaman (experiential learning) melalui tutorial langsung, pembelajaran secara berkumpulan, pertandingan dan juga bahan pembelajaran digital di portal eKelas. Maxis eKelas juga diiktiraf sebagai satu inisiatif Program Imersif Tinggi (HIP) KPM di mana pelajar boleh meraih markah ko-kurikulum melalui penglibatan mereka dalam pertandingan HIP eKelas. Pengalaman pembelajaran digital yang menyeluruh ini turut merangkumi pertanding STEM untuk mengekod, kemahiran reka cipta dan kreativiti, serta Anugerah Gemilang.

photo 3
photo 4
Archives
Tags