Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Soalan Lazim

#SMK Edisi Maxis eKelas

  • Maxis eKelas adalah sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik prestasi pembelajaran para pelajar dengan memberikan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Program ini menumpukan kepada tiga mata pelajaran teras iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dari Tahun 6 sehingga Tingkatan 5. eKelas menawarkan kombinasi tutorial secara langsungpembelajaran secara berkumpulan dan kandungan interaktif digital yang boleh diakses dan disertai melalui portal pembelajaran atas talian kami di www.ekelas.com.my.

  • HIP (Highly Immersive Programme) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2016 dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar dengan meningkatkan pendedahan mereka terhadap bahasa tersebut melalui pelbagai aktiviti di dalam dan luar kelas.

    Maxis eKelas memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran yang menumpukan kepada penggunaan Bahasa Inggeris. Sejak 2019, pertandingan Bahasa Inggeris kami telah mendapat pengiktirafan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM sebagai salah satu aktiviti di bawah HIP.

    Pertandingan HIP Bahasa Inggeris ‘StoryFest’ ialah kombinasi modul pelajaran, bengkel dan juga pertandingan berasaskan tugasan yang menumpukan kepada pertuturan/penceritaan dan penulisan esei yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian bagi memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh eKelas sekaligus mengumpul markah PAJSK atau kokurikulum di sekolah mereka.

    Dengan mengambil bahagian dalam pertandingan ini, para peserta boleh meningkatkan kemahiran bertutur, bercerita serta penulisan dalam Bahasa Inggeris melalui modul pembelajaran serta bengkel kami. Setelah peserta melengkapkan modul dan video-video yang terdapat di dalam portal eKelas, mereka boleh memilih untuk membuat SALAH SATU daripada tugas-tugasan berikut;

    1. Menulis esei berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi, ATAU
    2. Merakam video pelajar bercerita mengikut sebuah skrip
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berdaftar di Maxis eKelas.

    Perhatian: Untuk pelajar, sila minta kebenaran ibu bapa/penjaga sebelum mendaftarkan diri anda di portal. Pendaftaran memerlukan alamat e-mel serta nombor telefon yang sah untuk mengaktifkan akaun.

    Peserta akan dibahagikan kepada 3 tahap:

    Tahap 1 (SEKOLAH RENDAH) – Tahun 4 hingga Tahun 6

    Tahap 2 (MENENGAH RENDAH) – Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

    Tahap 3 (MENENGAH ATAS) – Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5

  • Tidak. Semua kandungan untuk pertandingan (video, arahan, cara penyertaan) hanya dimuatnaik secara eksklusif di portal eKelas. Hanya pengguna yang berdaftar sahaja yang mempunyai akses kepada Pertandingan HIP Bahasa Inggeris ‘StoryFest’

  • Pemenang 5 teratas bagi setiap Tahap 1,2 dan 3 akan memenangi hadiah wang tunai dalam bentuk deposit ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dari PTPTN.

    Tempat pertama RM 400
    Tempat kedua RM 300
    Tempat ketiga RM 200
    2x Hadiah sagu hati RM 100 setiap satu

    Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan dari eKelas dan boleh mengumpul markah PAJSK di sekolah masing-masing untuk Penyertaan peringkat Kebangsaan. Bagi para pemenang, mereka akan juga mendapat markah Pencapaian di peringkat Kebangsaan.

    PERHATIAN: Untuk maklumat lanjut tentang markah PAJSK, sila rujuk cikgu sekolah anda.

  • Terdapat 3 langkah yang perlu diikuti untuk menyertai pertandingan ini;

    Langkah 1: Daftar Masuk ke dalam akaun anda di portal Maxis eKelas di https://lms.ekelas.com.my/wp-login.php.

    • Sila pastikan anda memilih profil anda sebagai “Pelajar” ketika mengisi borang pendaftaran
    • Selepas Berjaya mendaftarkan diri, anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun di e-mel anda. Sila periksa inbox e-mel dan tekan pautan tersebut. Jika tidak, anda tidak boleh untuk daftar masuk portal.
    • Setelah diaktifkan, daftar masuk menggunakan nama pengguna serta kata laluan anda.


    Langkah 2: Ikuti kesemua modul HIP Bahasa Inggeris

    •  Setelah Berjaya mendaftar masuk, klik tab “HIP StoryFest” di bahagian atas portal.
    • Pilih peringkat anda dan klik mana-mana pelajaran yang disediakan di seksyen dan tekan “Start Course”. Akan terdapat 5 bahagian video untuk kedua-dua penceritaan serta penulisan karangan.


    Langkah 3: Pilih dan laksanakan tajuk serta tugas yang diberikan kemudian hantar!

    Tahap kesukaran untuk tugasan adalah berbeza untuk setiap peringkat seperti di bawah;

    • Tahap 1 (Sekolah Rendah)
      Penceritaan: “How Durian Got Its Smell” dan “Potato Child”
      Penulisan: Penulisan bersama gambar. Syarat: Antara 80-100 patah perkataan
    • Peringkat 2 (Menegah Rendah)
      Penceritaan: “Si Tanggang” dan “Raja Bersiong”
      Penulisan: Karangan berpanduan. Syarat: Lingkungan 120 patah perkataan
    • Peringkat 3 (Menegah Tinggi)
      ​Penceritaan: “Stories That Let Me Live” dan “The Robbery”
      Penulisan: Penulisan Berterusan (Bebas). Syarat: 350 patah perkataan minimum


    Apa yang anda perlu lakukan untuk tugasan penceritaan

    • Rakam diri anda bercerita berdasarkan keperluan tahap dan skrip
    • Muat naik dan hantar video yang dirakam di portal eKelas atau ikut arahan Abang Portal


    Apa yang anda perlu lakukan untuk tugasan penulisan

    • Tulis sebuah karangan berdasarkan syarat peringkat anda
    • Muat naik dan hantar penulisan tersebut di portal eKelas atau ikut arahan Abang Portal
  • Pertandingan akan bermula pada hari Khamis, 1 April 2021 dan berakhir Isnin, 31 May 2021.

  • Anda hanya boleh menghantar SATU (1) penyertaan untuk setiap tugasan. Namun, jika anda memilih untuk menghantar penyertaan untuk kedua-dua tugasan, kami masih akan menerima penyertaan anda dengan syarat anda hantar hanya satu untuk setiap tugasan. Sila ambil perhatian sekiranya kedua-dua penyertaan anda dipilih sebagai pemenang, anda hanya akan menerima hanya hadiah untuk satu tugasan dan yang mempunyai nilai hadiah tertinggi. 

  • Tiada sebarang yuran penyertaan atau pendaftaran yang dikenakan. Maxis eKelas adalah percuma buat semua pelajar untuk mendaftar, menggunakan kandungan dan menyertai program melalui portal kami.

  • Maxis eKelas akan mengumumkan senarai pemenang di portal eKelas dalam tempoh SATU (1) bulan selepas penutupan pertandingan atau pada tarikh lain yang diputuskan oleh Maxis eKelas. 

    Para pemenang akan dihubungi oleh Maxis eKelas melalui e-mel serta nombor telefon yang diberikan dalam portal eKelas.

  • Anda boleh menghantar soalan anda di portal eKelas di bawah bahagian Komuniti dan soalan itu akan dijawab oleh Pengurus Komuniti Maxis eKelas di dalam portal. Sila sebutkan @AbangPortal semasa anda menghantar soalan supaya kami boleh mengambil maklum. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghantar e-mel soalan ke ekelas@maxis.com.my.   

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Ingin bercakap dengan kami?

Hubungi Khidmat Pelanggan Maxis