Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis eKelas Menunjukkan Momentum Kukuh Dengan Peningkatan Pelajar


Maxis eKelas menunjukkan momentum kukuh, dengan program komuniti utama tersebut kini disampaikan di 72 Pusat Internet di bawah jagaan Maxis dalam 10 negeri, dengan penyertaan lebih daripada 9,000 pelajar.

Maxis eKelas, yang dilaksanakan di Pusat Internet yang dimiliki oleh Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC), memberi tumpuan kepada subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kini, program ini juga diiktirafkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai suatu inisiatif di bawah Highly Immersive Programme (HIP), di mana pelajar boleh mengumpul markah kokurikulum dengan menyertai eKelas.

"Dari perspektif makro, adalah penting bagi kami, sebagai sebuah negara untuk mempercepatkan penerimaan digital. Salah satu aspek penting masa depan digital Malaysia adalah membina bakat yang mempunyai kemahiran diperlukan untuk memenuhi permintaan Revolusi Perindustrian Keempat. Masa depan digital akan berada di tangan generasi yang akan datang. Menurut Jabatan Perangkaan, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun kini mencapai 29% atau 9.4 juta penduduk Malaysia iaitu 32.4 juta. Sebahagian daripada 9.4 juta berada di sini hari ini.

“Tutorial secara langsung eKelas sememangnya unik. Pelajar daripada negeri yang berlainan dapat berjumpa dalam satu platform untuk bersama membincangkan pelajaran dan projek mereka,” kata Encik Al-Ishsal Ishak, Pengerusi MCMC.

“Pendidikan merupakan tunjak utama pelbagai program kami, dan kami amat gembira dengan inisiatif terbaru kami, eKelas, yang menunjukkan momentum yang hebat sejak permulaannya empat tahun lalu. Sebagai program pembelajaran digital pertama yang dilaksanakan di Pusat Internet, eKelas tidak seperti program-program lain yang ditawarkan, dengan kandungan pembelajaran awan serta pembelajaran berdasarkan aktiviti. eKelas merupakan inisiatif utama mendokong aspirasi digital kami dalam pendidikan. Kami ingin terus membawa kandungan digital yang terbaik kepada lebih ramai lagi pelajar. Potensi dan kemungkinan dalam bidang ini begitu luas dan kami begitu teruja untuk masa depan ini,” kata Gokhan Ogut, bakal Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis.

Hari ini, 25 orang pelajar eKelas telah menerima anugerah sebagi pengiktirafan kepada pencapaian akademik mereka dalam majlis Anugerah Gemilang eKelas yang kedua. Empat pelajar telah mendapat sumbangan wang tunai bernilai RM1,200 serta pek permulaan sekolah, manakala 21 menerima sumbangan wang tunai bernilai RM600 serta pek permulaan sekolah. Elaun tunai ini akan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional pelajar-pelajar.

Pada majlis yang diadakan di Menara Maxis tersebut, Encik Al-Ishsal Ishak telah menyampaikan anugerah kepada para pelajar. Beliau diiringi oleh Raja Tan Sri Arshad, Pengerusi Maxis dan Gokhan.

Anugerah Gemilang adalah skim Geran Pelajar yang dilancarkan pada Ogos 2017 di bawah Maxis eKelas. Objektifnya adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar mencapai matlamat akademik dan mencungkil potensi mereka. Untuk memenuhi syarat anugerah tersebut, pelajar harus mencapai minimum satu peningkatan gred dalam dua atau ketiga-tiga mata pelajaran dalam program eKelas. Pelajar yang layak boleh memohon secara online dan menyerahkan keputusan peperiksaan akhir tahun, bagi tahun semasa serta tahun lepas, yang kemudiannya akan dinilai oleh Maxis. Permohonan yang pertama untuk Geran Pelajar ini dibuka pada bulan November 2017, dan majlis anugerah pertama diadakan pada bulan Mac 2018.

eKelas adalah program komuniti utama Maxis yang bertujuan untuk mencungkil potensi serta meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar di komuniti luar bandar. Ia adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5, yang membawa pengayaan pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Memberi tumpuan kepada subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, para pelajar akan didedahkan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman dengan pertandingan dan projek kumpulan, serta sesi motivasi oleh bakat muda Maxis.

Untuk maklumat Maxis eKelas lebih lanjut, sila layari www.maxis.com.my/maxis-ekelas