17 Pelajar Cemerlang Menerima Biasiswa Dari Maxis
Memberi kesan positif, Maxis terus membangun dan memperkayakan masyarakat melalui program Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis
Maxis menyumbang ke arah pembangunan negara dengan membantu untuk menyokong dan membangunkan rakyat muda Malaysia yang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah
Sehingga kini, Maxis telah menyampaikan lebih dari RM41 juta dalam bentuk biasiswa kepada 226 penerima
SIARAN MEDIA
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 10 April 2013
Satu-satunya perkhidmatan komunikasi bersepadu terkemuka Malaysia; Maxis Berhad (Maxis), semalam membaharui komitmennya dalam menyokong kecemerlangan dalam pendidikan dengan menyampaikan biasiswa kepada 17 pelajar pra-siswazah Malaysia. 17 pelajar cemerlang Malaysia ini menerima Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (Maxis Scholarship for Excellence Awards - MSEA) untuk melanjutkan pengajian pra-siswazah di dalam dan luar negara. Biasiswa tersebut telah disampaikan kepada penerima oleh Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, dan disaksikan oleh ahli keluarga mereka, ahli-ahli Pasukan Kepimpinan Kanan Maxis, ahli panel pemilihan MSEA dan wakil-wakil universiti. 17 penerima biasiswa ini adalah kumpulan pertama untuk menerima biasiswa MSEA bagi tahun ini.
Para penerima MSEA melalui proses temuduga dua peringkat yang teliti dan dipilih pada peringkat terakhir oleh panel hakim yang berwibawa. Panel hakim luar bagi biasiswa Maxis terdiri daripada Profesor Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Timbalan Naib Canselor untuk INTI-UC Laureate International University, Profesor Datuk Dr. Roziah Omar, Timbalan Ketua Pengarah, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi dan Profesor Madya Dr. Stefanie Pillai, Pengarah, Pusat Latihan dan Hubungan Industri, Universiti Malaya.
YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad berkata, "Sejak penubuhan MSEA pada tahun 2005, kami telah melaburkan lebih daripada RM41 juta dalam bentuk biasiswa kepada 226 rakyat Malaysia dalam usaha untuk memberi kesan positif kepada masyarakat. MSEA mempromosikan kecemerlangan dan kami percaya bahawa melalui MSEA, kami memainkan peranan dalam pembangunan negara dengan membantu menyokong dan membangunkan lagi rakyat muda Malaysia yang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah. Biasiswa MSEA adalah satu cara untuk menyediakan bantuan kewangan kepada para penerima untuk memberi mereka ketenangan fikiran supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada pelajaran mereka; dan kami berharap mereka pula akan berazam untuk berkhidmat kepada negara dengan sepenuh keupayaan mereka dan membantu orang lain."
Diwujudkan dengan objektif untuk memupuk bakat Malaysia yang berprestasi tinggi, MSEA dibahagikan kepada dua kategori – program pra-siswazah dan pasca-siswazah. Terdapat dua pengambilan untuk MSEA setiap tahun – pada bulan April dan September. Program pra-siswazah disediakan untuk universiti tempatan dan luar negara, dan terbuka kepada pelanggan pascabayar yang telah bersama Maxis untuk tempoh satu tahun atau lebih, dan anak-anak mereka. Program pra-siswazah juga terbuka kepada anak-anak kakitangan Maxis. Sementara itu, program pasca-siswazah terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Terdapat lima peruntukan setiap tahun untuk anugerah pasca-siswazah, serta 53 anugerah pra-siswazah.
Penerima MSEA, yang terdahulu dan sekarang, telah mendapat kemasukan ke universiti-universiti terkemuka di Malaysia termasuk Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Monash University dan International Medical University, serta beberapa universiti yang paling berprestij di dunia seperti London School of Economics, King's College of London, University of Oxford, Imperial College of London, Columbia University dan Harvard Business School, dalam pelbagai bidang pilihan mereka.
Antara 17 penerima biasiswa adalah Nur Farhanah Mohamad Noor. Farhanah, yang bercita-cita untuk menjadi seorang ahli kimia makanan, amat gembira apabila menerima berita bahawa dia telah dipilih sebagai penerima MSEA. Apabila ditanya mengenai pengajaran penting yang dipelajarinya sepanjang proses permohonan dan pemilihan MSEA, dia segera berkata, "Ahli panel temubual membuat saya berfikir keras tentang bagaimana saya perlu juga memastikan bahawa saya membangunkan diri sendiri dengan cara yang lain, di luar pengajian saya - sebagai contoh, melalui kelab dan persatuan. Ia tidak cukup untuk menjadi pelajar yang sentiasa mendapat markah terbaik, saya juga perlu menjadi individu yang lengkap. Ia adalah nasihat yang baik daripada profesional berpengalaman."
Toh Yin Li, seorang lagi penerima MSEA yang akan melanjutkan ijazah dalam bidang Ekonomi di University of Warwick pada bulan September ini, berkata, "Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Maxis kerana memilih saya sebagai penerima Biasiswa Luar Negara. Saya amat berterima kasih kepada Maxis yang menawarkan biasiswa berasaskan merit yang memberi sokongan kewangan untuk memdorong impian golongan muda kita untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Ia sudah tentu akan menjadi satu platform yang baik untuk dimanfaatkan, memandangkan saya berharap untuk membawa perubahan kepada pendidikan kita. Saya percaya bahawa dengan bimbingan Maxis, saya akan belajar pelbagai perkara mengenai dunia korporat dan bagaimana rasanya untuk berada dalam persekitaran bekerja, apabila saya berkhidmat dengan Maxis selepas ijazah saya."
Tingkap pemilihan seterusnya untuk anugerah biasiswa pra-siswazah kini dibuka sehingga 10 Mei 2013 untuk sesi pengambilan September 2013. Permohonan untuk biasiswa pasca-siswazah juga terbuka dari sekarang hingga 7 Jun 2013, juga untuk sesi pengambilan September 2013. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my/scholarship.
MSEA adalah sebahagian daripada agenda keseluruhan Tanggungjawab Korporat (Corporate Responsibility - CR) Maxis yang memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti pendidikan dan berasaskan komuniti bertujuan untuk memberi kesan yang positif kepada kehidupan masyarakat di mana ia beroperasi. Inisiatif-inisiatif ini termasuk:
Program perdana Maxis Cyberkids, yang telah menyediakan latihan ICT kepada lebih 8,600 pelajar dan guru-guru di lebih 1,500 sekolah. Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Cyberkids tahun lalu, program ini telah dilancarkan untuk sebuah sekolah keperluan khas. Pada tahun ini, Kem Cyberkids akan diadakan di kedua-dua sekolah biasa dan keperluan khas.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyokong keperluan komuniti, Maxis juga menjalankan Program Pengambilan Rumah Sebagai Rumah Angkat (Home Adoption Programme), dan mengikrarkan sokongan kepada dua rumah kebajikan, Independent Living & Training Centre (ILTC), sebuah pusat bagi orang kurang upaya yang dikendalikan oleh orang kurang upaya, dan Jenjarom Old Folks Home. Maxis menyediakan sumbangan wang tunai dan menganjurkan aktiviti-aktiviti penglibatan dan latihan untuk rumah-rumah tersebut bagi tempoh satu tahun.