Hotlink Memberi Ganjaran Kepada Pelanggan dan Menyokong Komuniti India Sempena Sambutan Thaipusam
Hotlink menaja perayaan Thaipusam di Batu Caves, menjangkau kepada masyarakat India tempatan
Memberi ganjaran kepada pelanggan India dengan tawaran istimewa, hiburan dan peluang untuk memenangi hadiah
Sebuah konsert yang menampilkan persembahan dari artis-artis Tamil tempatan dan antarabangsa serta persembahan tarian klasik
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 25 Januari 2013
Di perayaan Thaipusam akan datang di Batu Caves pada hujung minggu ini, Hotlink, perkhidmatan prabayar no. 1 Malaysia dari Maxis Berhad ("Maxis"), akan sekali lagi menunjukkan sokongan untuk masyarakat India tempatan, satu segmen penting dalam asas pelanggannya. Setelah terlibat dengan perayaan ini sejak 2008, Hotlink sekali lagi bangga untuk memainkan peranan sebagai penaja eksklusif di perayaan itu yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Januari. Tahun ini, pengunjung yang akan ke Batu Caves untuk perayaan Thaipusam juga akan disambut dengan gerbang berinspirasi burung merak yang direka khas dan hiasan berwarna-warni di sekitar kawasan berkenaan.
Ketua Produk, Peranti, Inovasi, & Perantauan Maxis, T. Kugan, berkata, "Kami berasa bangga untuk sekali lagi dikaitkan dengan perayaan terbesar Hindu seumpamanya di Malaysia. Penglibatan kami memberikan kami peluang untuk mendekati dan mengukuhkan lagi pertalian dengan masyarakat India sempena perayaan yang amat penting ini dalam kalendar mereka. Kami juga berharap bahawa penajaan kami tahun ini akan menceriakan lagi perayaan ini."
Para pengunjung yang hadir pada acara tersebut juga akan dihiburkan dengan konsert yang akan diadakan pada 26 dan 27 Januari, yang menampilkan persembahan dari artis India tempatan dan antarabangsa serta persembahan tarian klasik. Stesen radio Tamil tempatan, THR Raaga, juga akan hadir di Batu Caves untuk membuat penyiaran secara langsung.
Bersempena dengan penajaan sambutan perayaan Thaipusam ini, pelanggan Hotlink akan diganjarkan dengan promosi dan tawaran khas untuk pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk peluang untuk memenangi iPhone 5 16GB jika mereka menambah nilai minimum RM10. Promosi ini hanya sah di acara tersebut dari 26 hingga 28 Januari sahaja. Pelanggan juga akan mendapat masa berbual percuma bernilai RM10 selama 10 hari (untuk nombor Maxis dan Hotlink sahaja) bagi setiap tambah nilai sebanyak RM10. Di samping itu, Hotlink akan menawarkan pelanggan promosi istimewa untuk pek SIM Hotlink dan Hotlink Broadband di gerai jualan yang terletak berhampiran Kuil. Pelanggan juga boleh mendaftar untuk perkhidmatan Maxis Home dan Pascabayar, seperti Home Fiber Internet dan produk Home Wireless Internet Home serta Pelan TalkMore Maxis.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penajaan Hotlink bersempena sambutan Thaipusam, sila layari www.hotlink.com.my