Maxis Yang Pertama Melancarkan Perkhidmatan 4G LTE
Perkhidmatan 4G LTE Maxis kini boleh didapati di Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya
Maxis, syarikat telekomunikasi pertama menyambungkan pelanggannya untuk perkhidmatan 4G LTE
Pelanggan bakal menikmati kelajuan internet yang tinggi sehingga kepada 75 Mbps, dengan kelajuan biasa purata 10 hingga 30 Mbps
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 1 Januari 2013
Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, membuka tirai tahun 2013 dengan satu lagi pencapaian yang membanggakan dengan pelancaran perkhidmatan 4G LTE. Sentiasa di hadapan dengan teknologi terbaru, Maxis dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perkhidmatan 4G LTE, yang disalurkan melalui rangkaian 4G "sebenar" pertama di Malaysia, kini boleh didapati di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya berikutan pelancaran tengah malam pada 1 Januari 2013. Pelanggan bakal menikmati kelajuan sehingga 75Mbps, dengan kelajuan biasa purata 10 hingga 30Mbps dengan rangkaian 4G LTE Maxis. Perkhidmatan 4G LTE Maxis ini akan disediakan di kawasan-kawasan lain tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, berkata, "Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Maxis sebagai penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu. 4G LTE beroperasi pada kelajuan muat turun 5 hingga 10 kali lebih cepat daripada 3G dan akan membolehkan serta mengekalkan satu pengalaman yang lancar bagi kandungan yang kaya merentasi kedua-dua platform rangkaian tetap dan wayarles berkelajuan tinggi kami di negara ini. Dengan 4G LTE Maxis, pelanggan akan mengalami pengalaman internet yang kaya dengan kelajuan muat turun yang lebih besar, aliran video HD licin, permainan tanpa lag serta kepuasan dalam talian yang lebih baik. Khususnya untuk kediaman dan perniagaan, 4G LTE Maxis akan memberikan akses internet paling pantas di luar liputan jalur lebar gentian. Bagaimanapun, ini bukan tentang kelajuan semata-mata. Maxis, dengan perkongsian teguh kami dengan pengilang peranti utama dan pemain kandungan, mempunyai kedudukan yang baik untuk menyediakan pelanggan faedah sebenar keupayaan 4G LTE. Sebagai sebuah syarikat yang telah banyak kali menjadi membawa perkhidmatan telekomunikasi pertama, Maxis akan membawa pelanggan-pelanggan kami perkhidmatan 4G LTE terbaru dan paling inovatif. Malah, Maxis sudah pun mempunyai ekosistem di luar perkhidmatan telekom yang kaya, dari gerbang pembayaran, sistem bil, hiburan dan pendidikan yang akan berkembang untuk memanfaatkan teknologi 4G LTE, menyambut keperluan untuk sejumlah besar maklumat untuk bergerak merentasi ruang dalam masa begitu singkat, justeru mewujudkan kerjasama jenis baru dan nilai pelanggan."
Pelanggan di kawasan liputan 4G LTE yang mahu menjadi antara yang pertama untuk mengalami perkhidmatan 4G LTE kini boleh berjalan masuk ke Maxis Pusat di KLCC dan Taman Tun Dr Ismail semasa waktu operasi biasa untuk mendaftar untuk perkhidmatan ini. Pelanggan boleh melanggan kepada mana-mana pakej jalur lebar bulanan Wireless dari RM88. Tidak lama lagi, peranti lain, termasuk telefon pintar dan tablet juga akan dapat manfaat daripada kelajuan yang ditawarkan oleh rangkaian 4G LTE.
Maxis adalah telco yang pertama di Malaysia yang menyempurnakan ujian yang meluas untuk 4G LTE. Syarikat telah mengadakan ujian 4G LTE selama 2 tahun dan menjalankan kerjasama ujian 4G LTE yang meluas dalam persekitaran rangkaian langsung menggunakan peranti komersil, lantas mendapat pembelajaran yang besar dalam perancangan reka bentuk, dan pengoptimuman rangkaian 4G LTE. Pengalaman yang diperolehi daripada ujian bidang yang luas ini pasti menyumbang ke arah memastikan bahawa pelanggan boleh menikmati pengalaman jalur lebar yang lancar dipacu oleh rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia di mana sahaja mereka berada.