MyTeksi Mengguna Suara Kanak-kanak Dalam Waze Untuk Mengingatkan Supaya Memandu Dengan Selamat Sempena Hari Raya Ini
MyTeksi, aplikasi pengangkutan tempatan atas-permintaan (‘on demand’), hari ini mengumumkan pengunaan WAZE Safe Mode Kids untuk menggalakkan keselamatan jalan raya di kalangan pemandu teksi semasa Raya ini. Pemandu MyTeksi akan mendapatkan peringatan yang tepat pada masanya untuk memandu lebih selamat semasa perjalanan balik kampung, terima kasih kepada Safe Mode Kids yang inovatif, suatu pek navigasi khas dicipta oleh Maxis dan dikuasai oleh suara kanak-kanak Malaysia.
Safe Mode Kids adalah kerjasama pertama seumpamanya antara Waze (http://www.waze.com) dan Maxis. Diilhamkan oleh kajian yang mendapati bahawa 97% daripada ibu bapa Malaysia yang mendakwa mereka memandu dengan lebih selamat apabila kanak-kanak mereka berada di dalam kereta, projek Safe Mode Kids “mencari” suara kanak-kanak Malaysia berumur 3 hingga 12 tahun untuk membangunkan satu cara inovatif dalam mengingatkan ibu bapa untuk memandu dengan lebih selamat. Safe Mode Kids adalah navigasi suara kanak-kanak yang pertama di dunia, dan kini dilanjutkan kepada lebih daripada 50 juta pengguna Waze di seluruh dunia.
Berbeza dengan pek suara khas Waze yang lain yang biasanya menampilkan suara selebriti tunggal, Safe Mode Kids oleh Maxis menjemput beberapa kanak-kanak untuk menyumbang suara mereka bagi prom arah (directional prompts) Waze dengan peringatan yang menarik untuk memandu dengan selamat. Sebalik prom navigasi Waze standard, sekarang anda akan mendengar: ‘All set. Don’t forget your seatbelt’, ‘Re-routing. Eyes on the Road!’ dan Accident reported ahead. Please be careful, ok?”
Fokus kami sentiasa berasaskan tunggangan yang lebih selamat. Safe mode Kids adalah satu cara yang luar biasa dan menyeronokkan untuk mengingatkan pemandu kami supaya sentiasa mempunyai mata mereka di jalan raya dan memandu dengan berhati-hati . Kami mahu memastikan semua orang akan balik kampung dengan lancar dan selamat,” kata Cheryl Goh, Naib Presiden Pemasaran MyTeksi.
“Kami di Maxis adalah peminat besar MyTeksi dan bagaimana ia telah mengubah cara kita bergerak. Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan mereka untuk mengucapkan rakyat Malaysia Hari Raya yang Selamt tahun ini," kata Sulin lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.
Pelancaran Safe Mode Kids Pek Global juga tepat pada masanya memandangkan musim perayaan yang menyebabkan tempoh perjalanan yang paling sibuk tahun ini.
Fasa “mencari” suara kanak-kanak tersebut bermula dengan 100 ibu bapa yang menyertakan anak-anak mereka secara sukarela. Seramai 60 kanak-kanak kemudian mengambil bahagian dalam uji bakat dan diberi beberapa baris skrip untuk direkod. 20 suara akhirnya dipilih untuk pek suara tersebut. Untuk menyaksikan apa yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut, klik di sini: https://youtu.be/5PmvJKgetH4
Berikut adalah cara untuk mendapatkan pek suara Safe Mode Kids:
1) Muat turun / buka Waze
2) Pilih ‘Settings’
3) Klik ‘Sound’
4) Pergi ke ‘Voice Language’
5) Pilih ‘English (US) - Safe Mode Kids’ (powered by Maxis)
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my/safemode