Maxis Memperkenalkan Navigasi Suara Kanak-kanak(Kid-Sourced) Yang Pertama Di Dunia Bagi Waze
Safe Mode Kids adalah kerjasama pertama seumpamanya antara Waze (http://www.waze.com) dan Maxis. Diilhamkan oleh kajian yang mendapati bahawa 97% daripada ibu bapa Malaysia yang mendakwa mereka memandu dengan lebih selamat apabila kanak-kanak mereka berada di dalam kereta, projek Safe Mode Kids “mencari” suara kanak-kanak Malaysia berumur 3 hingga 12 tahun untuk membangunkan satu cara inovatif dalam mengingatkan ibu bapa untuk memandu dengan lebih selamat.
Berbeza dengan pek suara khas Waze yang lain yang biasanya menampilkan suara selebriti tunggal, Safe Mode Kids oleh Maxis menjemput beberapa kanak-kanak untuk menyumbang suara mereka bagi prom arah (directional prompts) Waze dengan peringatan yang menarik untuk memandu dengan selamat. Sebalik prom navigasi Waze standard, sekarang anda akan mendengar: ‘All set. Don’t forget your seatbelt’, ‘Re-routing. Eyes on the Road!’ dan ‘Accident reported ahead. Please be careful, ok?’
Safe Mode Kids akan disediakan kepada lebih daripada 50 juta pengguna Waze di seluruh dunia.
“Inilah realitinya - ibu bapa sememangnya memandu dengan lebih selamat apabila anak-anak berada di dalam kereta. Oleh itu, kami bekerjasama dengan Waze untuk meletakkan kanak-kanak di dalam sebanyak kereta Malaysia yang mungkin. Dengan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi dan mengetahui bahawa Malaysia berada di tempat ke-17 di dunia bagi 'jalan-jalan yang paling berbahaya’, Safe Mode Kids kami boleh menjadi cara yang menarik dan berkesan untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk memandu dengan lebih selamat. Berita terkini ialah Maxis Safe Mode Kids kini menjadi satu pek global yang boleh digunakan oleh berpuluh-puluh juta pengguna Waze di seluruh dunia. Akhirnya, ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kanak-kanak yang bermurah hati menyumbang suara mereka. Mereka adalah ‘bintang-bintang’ yang sebenar, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dan ibu bapa mereka dalam membantu kami melancarkan produk yang luar biasa ini,” kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.
Mengulas mengenai kerjasama itu, Eleanne Hattis, Waze, Ketua APAC berkata, “Keselamatan adalah misi keutamaan untuk apa-apa sahaja ciri atau kempen baru yang dibangunkan oleh Waze apabila kami bekerja dengan rakyat untuk mempertingkatkan masa mereka di dalam kereta. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Maxis dalam projek ini, mengamplifikasikan matlamat yang sama untuk menggunakan teknologi mudah alih untuk mempromosikan jalan raya yang lebih selamat. Pemandu secara amnya memandu dengan lebih selamat dengan anak-anak di dalam kereta, dan kami percaya ini adalah satu ciri yang akan menarik perhatian yang akan membantu dalam menyebarkan usaha ini."
Pelancaran Safe Mode Kids juga tepat pada masanya memandangkan musim perayaan yang menyebabkan tempoh perjalanan yang paling sibuk tahun ini.
Fasa “mencari” suara kanak-kanak tersebut bermula dengan 100 ibu bapa yang menyertakan anak-anak mereka secara sukarela. Seramai 60 kanak-kanak kemudian mengambil bahagian dalam uji bakat dan diberi beberapa baris skrip untuk direkod. 20 suara akhirnya dipilih untuk pek suara tersebut. Untuk menyaksikan apa yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut, klik di sini: https://youtu.be/5PmvJKgetH4https://youtu.be/5PmvJKgetH4
Berikut adalah cara untuk mendapatkan pek suara Safe Mode Kids
- Muat turun / buka Waze
- Pilih ‘Settings’
- Klik ‘Sound’
- Pergi ke ‘Voice Language’
- Pilih ‘English (US) - Safe Mode Kids’ (powered by Maxis)
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my/safemode.
Sulin Lau, Maxis’ Head of Marketing Services (left), interviewing the kids on their voice recording experience during the Safe Mode Kids launch event held at Menara Maxis earlier today.
Sulin Lau, Maxis’ Head of Marketing Services (4th from right), together with the kids who ‘donated’ their voices for Maxis’ Safe Mode Kids, at the launch event earlier today.
The kids, together with their parents, were all smiles during the event.