Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Janji “Mustahil Untuk Mendapat Kejutan Ketidaktentuan Bil” Dengan Pelan Pascabayar Maxis

Tiada lagi ketidaktentuan bil atau wang anda kembali – itulah janji Maxis kepada para pelanggannya.

Ia menjadi semakin biasa untuk pelanggan pascabayar dikenakan caj tambahan bagi perkara yang mereka tidak berniat gunakan – sama ada di Malaysia atau apabila berada di luar negara. Itulah sebabnya Maxis baru-baru ini telah membuat beberapa perubahan penting untuk menjadikannya MUSTAHIL bagi pelanggan mengalami kejutan ketidaktentuan bil - tidak kira apa jua pelan pascabayar Maxis yang dilanggani. Oleh itu, setiap pelanggan pascabayar kini boleh berkata dengan penuh yakin bahawa “Jika saya tidak berniat untuk menggunakannya, Maxis tidak akan mengenakan caj”. Dan jika Maxis tidak menunaikan janjinya, pelanggan akan menerima pengecualian sepenuhnya bagi bil mereka.

Tuntutan baru 'Tiada Lagi Ketidaktentuan Bil' Maxis ini adalah berdasarkan kepada 5 janji berlainan yang meliputi unsur-unsur berbeza caj pascabayar termasuk caj data Bayar Bila Guna (Pay-Per-Use - PPU), kadar panggilan & SMS dan juga perayauan.

JANGAN BIMBANG TENTANG CAJ DATA LUAR JANGKA – Penggunaan ‘tidak sengaja’ tidak dapat dielakkan, tetapi Maxis tidak akan mengenakan caj untuk itu lagi. PPU data tidak sengaja bagi 250kb yang pertama kini adalah percuma, sama ada disebabkan oleh anak anda yang suka bermain dengan telefon atau apabila anda melancarkan aplikasi secara tidak sengaja

JANGAN BIMBANG TENTANG CAJ DATA TANPA AMARAN – Bagi pelanggan yang tidak mempunyai pas internet bulanan, Maxis akan menghantar pemberitahuan SMS SEBELUM mengenakan bayaran dan akan menghantar SMS sekali lagi bagi setiap penggunaan data sebanyak RM10
JANGAN BIMBANG TENTANG KEJUTAN BIL BAGI PERAYAUAN DATA – Maxis berjanji bahawa anda tidak akan melebihi RM38/sehari bagi caj perayauan data di 106 buah negara. Malah, jika anda melawat sebuah negara baru, anda tidak perlu ingat pengendali perayauan pilihan di setiap negara kerana Maxis kini secara automatik akan memilih rangkaian yang tepat untuk anda
JANGAN BIMBANG TENTANG CAJ KE NOMBOR-NOMBOR TEMPATAN – Dengan MaxisONE plan, nombor-nombor yang anda panggil tidak lagi penting - sama ada anda membuat panggilan ke talian tetap atau talian mudah alih, membuat panggilan pendek atau panjang, pada masa puncak atau bukan puncak. Caj panggilan dan SMS domestik anda akan sentiasa menjadi sifar
WALAUPUN TANPA PELAN DATA, DATA BAYAR BILA GUNA ANDA TIDAK AKAN MELEBIHI RM50 – Maxis tidak percaya dengan amalan industri dalam mendendakan penggunaan data dengan mengenakan caj bersamaan RM10,000 bagi setiap 1 GB. Itulah sebabnya Maxis adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi yang kini menghadkan caj data PPU sebanyak RM50/bulan.

“Kejutan bil bukan sekadar membebankan pelanggan dari segi kos. Ia mencetuskan perasaan ketakutan dan ketidakpercayaan. Itulah sebabnya dengan kempen seperti ‘Tiada Lagi Ketidaktentuan Bil', kami fahami bahawa tuntutan pemasaran semata-mata tidak mencukupi. Seperti semua janji-janji pengalaman pelanggan kami, kami mahu menetapkan janji-janji yang amat jelas dan ketara supaya pelanggan tahu apa yang kami tawarkan. Dan supaya kami sentiasa memberi yang terbaik kepada para pelanggan, kami menjemput pelanggan untuk mengalami - serta menguji - setiap satu daripada peningkatan ini untuk diri mereka sendiri,” kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.

Janji ‘Tiada Lagi Ketidaktentuan Bil’ mengikuti janji ketara dan boleh diukur Maxis yang serupa yang telah dibuat apabila ia menaik taraf rangkaiannya tahun lalu (Tiada penimbalan (buffering) di YouTube, 96% setiap masa, laman-laman web popular di Malaysia dapat diakses kurang dari 8 saat), dan merupakan sebahagian daripada janji berterusan Maxis untuk menyampaikan Pengalaman Pelanggan Tiada Tandingan melalui rangkaian, produk, kedai-kedai dan pengalaman perkhidmatan.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Maxis juga mempelawa wartawan dan penulis blog untuk menguji janji-janji kami ini dan menerbitkan keputusan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai janji ‘Tiada Lagi Ketidaktentuan Bil’ Maxis, sila lawati www.maxis.com.my/zerobillshock

Archives
Tags