Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis Memperkenalkan Hotlink FAST Untuk Generasi Internet Yang Ingin ‘Buat Apa Sahaja Dengan Lebih Pantas’

MMS0358_Hotlink StarterPack_2

Internet telah mengubah segala-galanya, dan hari ini ia amat penting bagi para pengguna untuk dihubungkan dengan serta-merta dan menikmati kelajuan yang pantas. Ini adalah benar terutamanya bagi golongan Millennials, atau 'Generation Flux' – iaitu mereka yang menganggap kepantasan sebagai satu perkara biasa.

Memahami kehendak generasi celik Internet ini, Hotlink telah memperkenalkan Hotlink FAST, satu proposisi prabayar baru yang direka untuk pengguna 4G yang menawarkan internet berkelajuan tinggi dengan Pas Internet Pantas untuk pelayaran Internet yang konsisten dan pantas dengan kelajuan 20Mbps (di dalam dan di luar, 80% setiap masa) melalui rangkaian 4G No. 1 di Malaysia. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati tawaran Internet terbaik dengan Internet tambahan pada harga serendah RM12 setiap 1GB. Para pengguna juga dapat menikmati satu kadar rata yang rendah untuk panggilan dan SMS ke SEMUA rangkaian.

“Hotlink FAST telah dicipta khas bagi golongan Millenials. Apabila kami membangunkan produk ini, ia adalah penting bahawa kami memahami kehendak mereka - mereka telah dilahirkan ke dalam dunia di mana internet yang pantas adalah sesuatu yang normal. Malah, kepantasan satu-satunya perkara yang mereka inginkan. Oleh itu Hotlink FAST, dengan manfaatnya iaitu internet berkelajuan tinggi pada nilai yang baik dan disokong oleh rangkaian 4G yang unggul, merupakan pelan yang terbaik untuk pengguna 4G untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan, dengan lebih pantas,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Faedah-faedah Hotlink FAST

Pek permulaan Hotlink FAST berharga RM15 dan ditawarkan dengan pra-muat kredit sebanyak RM5, pra-muat Internet berkelajuan tinggi sebanyak 300MB dan menawarkan pelanggan:

Pas Internet Pantas, yang membolehkan pelanggan melayari Internet pada kelajuan sehingga 20Mbps (di dalam dan di luar, 80% setiap masa) pada mana-mana peranti berkeupayaan 4G LTE Dengan Pas ini, pelanggan akan mendapat:

Pass
Kuota Semua Rangkaian
Kuota 4G/LTE 
Harga
2GB for 30 days
1GB
1GB
RM30
4GB for 30 days
2GB
2GB
RM48
500MB for 7 days
250MB 250MB RM10

* Kuota 4G hanya digunakan bagi penggunaan Internet dalam rangkaian 4G. Apabila pengguna keluar dari kawasan liputan 4G, kuota standard akan digunakan.

Tambahan Internet yang pantas apabila kuota berkurangan untuk hanya RM12 setiap 1GB
Tiada penimbalan (zero buffering) di YouTube HD, 96% setiap masa
Kadar panggilan & SMS yang rendah sebanyak 6 sen setiap 30 saat dan 1 sen setiap SMS kepada rakan-rakan dan keluarga dengan Activ10

Untuk mendapatkan Hotlink FAST baru ini, pelanggan hanya perlu melawat pengedar Hotlink atau Pusat Maxis yang terdekat. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf kepada pelan Hotlink FAST boleh berbuat demikian melalui Aplikasi RED Hotlink. Mereka hanya perlu pergi ke 'My Account’ dan memilih 'Change’ di sebelah 'Rateplan’. Selain itu, mereka boleh mendail *100*6*1# daripada telefon mudah alih mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink FAST, lawati www.hotlink.com.my.

Archives
Tags