Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Lebih Lagi Pelanggan Sarawak Kini Akan Menikmati Kelajuan Sepantas Gentian Dengan Maxis 4G

Maxis telah memperluaskan rangkaian 4G ke lebih banyak lokasi melangkaui bandar-bandar utama di Sarawak. Pelanggan yang berada di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya Kota Samarahan, Sarikei, Sri Aman, Samalaju, Lawas, Limbang, Bau dan Serian kini boleh menikmati pengalaman 4G yang terbaik dengan kelajuan sepantas gentian pada telefon mudah alih mereka – penstriman video tanpa gangguan (zero buffering) di YouTube 96% setiap masa serta kelajuan yang pantas dan konsisten pada 15Mbps ke atas, 24/7 - di dalam dan di luar.

Maxis 4G Experience

“Rakyat Malaysia amat menggemari Internet – ia sedang mengubah cara kita hidup dan bekerja. Bagi pelanggan Maxis di Sarawak dan Sabah, penembusan telefon pintar adalah sebanyak 70% dan masih lagi meningkat. Antara tahun 2014 dan 2015, trafik 3G meningkat sebanyak 55% di kedua-dua negeri, dan pelanggan yang mempunyai akses kepada 4G menggunakan 20% lebih lagi Internet mudah alih berbanding di Semenanjung Malaysia. Penggunaan data oleh pengguna 4G di negeri-negeri ini juga lebih tinggi dengan purata lebih 3GB sebulan. Kami sedang membuat pelaburan yang tinggi untuk mengukuhkan infrastruktur rangkaian kami di sini supaya pelanggan kami boleh mendapatkan pengalaman 4G yang hebat pada telefon mudah alih mereka,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi Maxis.

Pada masa ini, Maxis mempunyai liputan 4G melebihi 90% di Kuching dan Kota Kinabalu, dan melebihi 80% di kawasan-kawasan luar bandar.

Untuk menikmati pengalaman 4G terbaik, pelanggan-pelanggan di sini mempunyai akses kepada pelan-pelan 4G yang terbaik. Untuk pelanggan prabayar, mereka boleh menikmati Facebook berkelajuan tinggi tanpa had percuma dan Internet berkelajuan tinggi dan (dari 1 pagi - 7 pagi setiap hari), serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan Hotlink Superrr Internet. Bagi pelanggan pascabayar, mereka dapat memiliki telefon pintar 4G terkini pada harga serendah RM19 sebulan dengan program pertama seumpamanya iaitu Maxis Zerolution - tanpa bayaran pendahuluan, tanpa kad kredit dan tanpa pelan kontrak.

"Sarawak merupakan pasaran Internet mudah alih yang maju dan pertumbuhan pesat dalam penggunaan data di rantau ini menyebabkan permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan kami. Oleh itu, kami mahu para pelanggan untuk menikmati rangkaian 4G kami dengan memperkenalkan beberapa pelan Internet yang menarik dan relevan. Khas untuk Sarawak (dan Sabah), kami baru-baru ini telah mempertingkatkan pelan MaxisONE kami supaya pelanggan boleh menikmati data tanpa had sepanjang malam (dari 1 pagi – 7 pagi) dan sehingga 12GB sepanjang hari dari RM68 sebulan. Pelan ini adalah untuk pelanggan pascabayar baru yang mendaftar dengan program telefon pintar Zerolution, dan sah semasa tempoh promosi sempena pengembangan 4G Maxis ke bandar-bandar lain,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

 

maxisone plan

Maxis sudah merupakan peneraju di negara bagi 4G dari segi liputan penduduk, pengalaman data dan inovasi. Di Sarawak, para pelanggan di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu sudahpun menikmati pengalaman 4G yang terbaik. Rangkaian Maxis 4G juga akan ditawarkan tidak lama lagi ke bandar-bandar lain termasuk Bingator, Saratok dan Mukah.

Kami menjemput para pelanggan Sarawak untuk melihat kelajuan Internet 4G kami setiap jam di speedometer kami secara langsung di sini www.maxis.com.my/network.

 

Speed on mobile phone

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami yang terbaru, sila layari www.maxis.com.my/sarawak

Archives
Tags