Nikmati Rebat RM200 Untuk Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Maxis Zerolution
Perhatian kepada semua peminat tegar Samsung…penantian anda sudah berakhir! Bermula hari ini, Maxis menawarkan harga yang paling berpatutan kepada pelanggan yang ingin memiliki Samsung Galaxy S7 edge dengan Maxis Zerolution, daripada hanya RM114 sebulan. Lebih menarik lagi, 1,000 pelanggan pertama pelan MaxisONE yang membeli peranti ini dengan Zerolution, berpeluang menikmati rebat bil sebanyak RM200.
Samsung Galaxy S7 edge kini boleh didapati di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis (Maxis Exclusive Partners - MEP) di seluruh negara.
Berikut adalah butiran harga bagi Samsung Galaxy S7 edge dengan Maxis Zerolution:
“Sejak pelancaran Zerolution tahun lalu, kami terus menawarkan peranti terkini dengan nilai yang terhebat bersama pelan MaxisONE. Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Samsung Galaxy S7 edge dengan penawaran yang stabil bersama Zerolution, program pemilikan telefon pintar yang memudahkan pelanggan untuk menaik taraf kepada peranti baru pada setiap tahun, tanpa perlu bimbang dengan kos pendahuluan atau komitmen kontrak,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.
Pelanggan yang membuat tempahan awal untuk Samsung Galaxy S7 edge juga layak untuk mendapatkan jam Samsung Gear S2 bernilai RM1,899 secara PERCUMA apabila membeli peranti tersebut bersama pelan MaxisONE 158 ke atas. Selain itu, mereka juga layak mendapat peranti mereka sehari sebelum tarikh pelancaran, yang dihantar secara peribadi oleh pihak Maxis.
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy S7 edge dengan Maxis Zerolution, sila layari www.maxis.com.my