20 Pelanggan Telah Menang Dalam Kempen RM1,000,000 Tukar SIM 3G. Adakah Anda Pemenang Seterusnya?
Untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman 4G yang terbaik pada telefon pintar mereka, Maxis telah memperkenalkan kempen RM1,000,000 Tukar SIM 3G, yang sudah berlangsung selama dua minggu. Ganjaran berjumlah RM1 ,000,000 dalam bentuk tunai akan diberi kepada pelanggan Maxis dan Hotlink yang menaik taraf kepada kad SIM 4G. Para pelanggan yang berjaya menukar SIM mereka akan secara automatik layak untuk menyertai kempen ini.
“Setakat ini, Maxis telah mnghadiahkan RM450,000 kepada 20 pemenang. Minggu ini merupakan minggu terakhir kempen ini, dan siapa tahu, anda mungkin menjadi pemenang seterusnya. Lebih penting lagi, dengan menaik taraf kad SIM, anda boleh menikmati pengalaman 4G yang terbaik pada telefon pintar anda,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.
Untuk berkongsi bagaimana terujanya dan terkejut 10 pemenang pertama kempen ini apabila diberitahu mengenai kemenangan mereka, Maxis telah melancarkan video ini http://bit.ly/2qpM1pU. Dan untuk menghilangkan sebarang keraguan, setiap pelanggan telah dihubungi oleh seorang wakil perkhidmatan pelanggan Maxis dari nombor 123 Maxis, yang muncul sebagai “Hotline Malaysia” pada telefon mereka.
Para pemenang bagi pusingan terakhir akan diumumkan pada 21 Mei.
Pelanggan boleh menyemak jika mereka sedang menggunakan kad SIM Maxis 3G atau 4G yang aktif dengan mendail *100# atau melawat Pusat Maxis atau peniaga terdekat.
Berikut iadalah cara-cara pelanggan boleh mengambil bahagian dalam kempen ini:
Bawa kad SIM 3G aktif mereka kepada mana-mana Pusat Maxis/peniaga Hotlink yang mengambil bahagian untuk pertukaran SIM
Juga bawa Kad Pengenalan atau Pasport yang sah, untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemilik sah kad SIM tersebut
Setelah pertukaran SIM berjaya diselesaikan, mereka akan secara automatik layak untuk menyertai kempen ini
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen RM1,000,000 Tukar SIM 3G, layari www.maxis.com.my/4gnetwork