Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Akan Meninggalkan Syarikat Selepas Tamat Kontrak
Maxis Berhad hari ini mengumumkan bahawa Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, akan meninggalkan Syarikat apabila kontraknya tamat pada 31 Mac 2018. Lembaga Pengarah akan mengumumkan penggantinya pada masa akan datang. Lembaga Pengarah ingin mengucapkan terima kasih kepada Morten diatas sumbangan dan perkhidmatannya kepada Maxis. Sila rujuk kepada Pengumuman Syarikat kepada Bursa Securities bertarikh 3 November 2017.