Maxis Merekodkan Prestasi Yang Kukuh
Maklumat Penting:
- Keuntungan Selepas Cukai paling tinggi dalam tempoh empat tahun
- EBITDA paling tinggi dalam tempoh lima tahun
- Hasil yang meningkat dalam pasaran yang menurun
- Peneraju rangkaian 4G LTE
- Mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak lima sen sesaham
Tahun Penuh 2017 Berbanding Tahun Penuh 2016 –Tahun Ke Tahun:
- Perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (earnings before interest, tax, depreciation and amortisation - EBITDA) dinormalkan meningkat sebanyak 2.1% ke RM4,597 juta dari RM4,502 juta, mencerminkan hasil yang lebih tinggi dan kesan positif dari inisiatif pengoptimuman kos. Margin EBITDA (diatas hasil perkhidmatan) adalah kukuh pada 53.9% berbanding 53.2% pada tahun lalu.
- Keuntungan selepas cukai (profit after tax - PAT) yang dinormalkan meningkat 5.5% kepada RM2,086 juta berbanding RM1,977 juta berikutan EBITDA yang lebih tinggi.
- Hasil perkhidmatan terus meningkat secara positif dalam pasaran yang menurun, sebanyak 0.8% kepada RM8,525 juta daripada RM8,455 juta tahun yang lalu, disokong oleh peningkatan kukuh dalam perkhidmatan pascabayar dan bersepadu.
- Pascabayar menyumbangkan peningkatan sebanyak 4.2% dengan hasil sebanyak RM4,117 juta berbanding RM3,951 juta pada tahun lalu. Ini didorong terutamanya oleh peningkatan dalam asas langganan, dengan purata hasil setiap pengguna (average revenue per user - ARPU) yang tinggi dan stabil. Pelan MaxisONE kami telah melebihi 2 juta pelanggan, menyumbang ARPU bulanan yang tinggi sebanyak RM117.
- Hasil prabayar merosot sebanyak 3.7% kepada RM3,849 juta berbanding RM3,997 juta setahun yang lalu disebabkan oleh asas langganan yang lebih rendah. Ini berikutan persaingan harga yang agresif, perpindahan pelanggan prabayar ke pascabayar dan penyatuan SIM di pasaran. Kami terus memberi fokus dalam mengekalkan dan mengembangkan pelanggan berkualiti kami, khususnya para pengguna Internet mudah alih yang tinggi. Langganan Hotlink FAST meningkat kepada lebih daripada 2 juta dengan ARPU yang tinggi dan stabil sebanyak RM43 sebulan.
- Mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak 5 sen bersih sesaham, menjadikan dividen tahun penuh sebanyak 20 sen bersih sesaham bagi tahun 2017.
Suku Keempat 2017 Berbanding Suku Keempat 2016:
- Hasil perkhidmatan merosot sebanyak 2.1% ke RM2,119 juta dari RM2,165 juta, terutamanya disebabkan oleh hasil prabayar yang lebih rendah
- EBITDA yang dinormalkan adalah lebih rendah pada RM1,169 juta berbanding RM1,187 juta. Ini disebabkan oleh jumlah hasil yang lebih rendah, kos operasi dan penyelenggaraan satu kali dan kerugian pertukaran asing yang lebih tinggi pada suku keempat 2017
- PAT yang dinormalkan menurun 2.0% kepada RM537 juta berbanding RM548 juta disebabkan oleh EBITDA yang lebih rendah
Momentum Perolehan Yang Kukuh Walaupun Persaingan Sengit:
Tahun penuh 2017 (RM’juta) | Tahun penuh 2016 (RM’juta) | Tahun ke tahun (%) |
|
---|---|---|---|
Hasil perkhidmatan |
8,525 | 8,455 |
0.8 |
EBITDA dinormalkan | 4,597 | 4,502 |
2.1 |
PAT dinormalkan |
2,086 | 1,977 |
5.5 |
Perbelanjaan modal |
1,029 | 1,185 |
- |
Memperkuatkan usaha dalam memberi pengalaman pelanggan yang tiada tandingan:
- Penggunaan data yang dicampur meningkat hampir dua kali ganda kepada 7.4GB dari 4.1GB setiap bulan tahun ke tahun. Ini disokong oleh peningkatan dalam penembusan telefon pintar yang kini sudah mencapai 81% berbanding 76% tahun lalu
- Rangkaian 4G LTE No. 1 kami adalah yang paling luas di negara ini dengan liputan penduduk sebanyak 92%. Untuk memastikan pelanggan kami terus menikmati pengalaman penstriman mudah alih yang terbaik, kami telah melabur RM1.0 bilion pada tahun 2017
- MaxisONE Prime, satu tawaran bersepadu yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan pelan keluarga yang menyeluruh dengan data tanpa had dan sambungan berkelajuan tinggi untuk seluruh keluarga, mudah alih dan kediaman, disokong oleh fiber kediaman yang amat pantas dan sentiasa tersambung dan juga rangkaian 4G LTE No. 1 kami. Pelanggan juga boleh memilih dari pelbagai peranti untuk kediaman atau telefon mudah alih melalui Zerolution, tanpa bayaran pendahuluan dan faedah.
- Untuk menyokong perniagaan di Malaysia, kami telah membangunkan penyelesaian pintar untuk menguatkan kuasa Internet dalam mengupayakan cara-cara bekerja yang baharu untuk para pelanggan korporat dan PKS kami seperti Maxis ONEBusiness
- Bagi segmen prabayar, kami memberi kuasa kepada pelanggan untuk memilih apa yang penting kepada mereka, iaitu pilihan penstrim
Komen dari Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:
“Tahun 2017 merupakan tahun yang kukuh dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan. Kami telah menambah bahagian pasaran bagi hasil dan juga keuntungan. Kami membangunkan rangkaian 4G LTE kami yang tidak dapat ditandingi sebagai rangkaian data terbaik dan terpantas di negara ini. Secara keseluruhannya, pelanggan kami menikmati lebih banyak lagi data berkualiti, produk-produk menarik serta sambungan yang hebat. Kami amat berbangga kerana telah mencapai kepuasan pelanggan yang paling tinggi pernah direkodkan. Kami berada dalam kedudukan yang baik ke arah cita-cita kami untuk mendigitalkan Maxis sepenuhnya. Secara keseluruhan, ini adalah satu penamat yang kukuh bagi satu tahun yang amat baik.”