Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Hotlink Rewards Baharu Menawarkan Pelbagai Kesenangan, Aksesibiliti Dan Kaitan Dalam Memberi Tawaran Menarik

 


Bermula hari ini, pelanggan Hotlink boleh menikmati tawaran dan diskaun menarik dengan Hotlink Rewards baharu - hanya log masuk ke aplikasi Hotlink RED mereka untuk mendapatkan mata, yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran setiap hari. Selain itu, pelanggan juga akan menerima Hadiah Misteri setiap hari, di mana mereka berpeluang untuk memenangi penerbangan percuma ke destinasi tempatan atau Asia Tenggara, atau mendapat lebih banyak mata ganjaran percuma untuk menebus tawaran pedagang atau pas Internet.

“Di Hotlink, kami sentiasa ingin berinteraksi dengan setiap pelanggan kami melalui cara-cara yang bermakna yang menawarkan nilai, setiap hari. Salah satu daripada ciri utama Hotlink Rewards baharu ini ialah kesenangan – semua yang perlu anda lakukan ialah hanya log masuk masuk ke aplikasi Hotlink RED untuk mendapatkan mata dan tawaran eksklusif - tanpa keperluan minimum atau tempoh pemegangan. Di samping tawaran hebat ini, pelanggan boleh menikmati Internet amat pantas, bila-bila masa, di mana sahaja, dengan rangkaian 4G terpantas di negara,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Pelanggan boleh menikmati Hotlink Rewards dengan cara berikut:

  1.  Log masuk ke aplikasi Hotlink RED (untuk mendapatkan aplikasi ini, muat turun dari Google Play Store atau Apple Store).
  2.  Buka aplikasi ini setiap hari dan tebus mata ganjaran harian. Pada permulaan setiap bulan, pelanggan akan bermula pada tahap Silver, dan hanya dengan log masuk setiap hari, mereka boleh naik pangkat ke tahap Gold.
  3.  Apabila mereka mencapai tahap Gold, nilai mata harian mereka akan bergandai – ini bermaksud lebih banyak mata untuk menebus lebih banyak tawaran, setiap hari. Di samping itu, mereka berhak untuk memenangi penerbangan percuma di bawah Hadiah Misteri.
  4. Dengan mata yang dikumpul, mereka boleh menebus pelbagai hadiah seperti tawaran dan diskaun dari pelbagai jenama dan pedagang yang popular, pas Internet dan banyak lagi
Hotlink rewards


Hotlink bekerjasama dengan pelbagai e-dagang dan jenama runcit yang mempunyai kedai di seluruh negara untuk membolehkan pelanggan menikmati pelbagai ganjaran. Antara jenama-jenama yang bekerjasama dengan Hotlink untuk program ganjaran ini termasuk McDonald’s, Shopee, Tealive, Expedia, Domino's, Watsons, myNEWS.com, Agoda, Marrybrown, Zalora, Traveloka, Kenny Rogers ROASTERS, Klook, Tudung Kini, Easybook, MPH, mySMINK dan Fave. Untuk senarai penuh jenama dan pedagang, sila log masuk ke aplikasi Hotlink RED.

Ketahui lebih lanjut mengenai Hotlink Rewards di sini atau lawati www.hotlink.com.my/hotlinkrewards.

Archives
Tags