MaxisONE Prime Yang Dipertingkatkan Kini Menawarkan Data Tanpa Had Untuk Lebih Banyak Keluarga
Maxis hari ini melancarkan MaxisONE Prime yang baharu, yang kini dilengkapi dengan data tanpa had untuk telefon mudah alih dan juga jalur lebar fiber kediaman, dan membolehkan keluarga untuk memilih gabungan mana-mana Pelan MaxisONE (MOP) bermula dari RM98 sebulan, dan mana-mana pelan fiber kediaman pilihan mereka bermula dari hanya RM89 sebulan.
“Realiti gaya hidup digital hari ini, terutamanya di kalangan keluarga, adalah keinginan mereka untuk mempunyai lebih banyak pilihan dan kebebasan untuk mengakses kandungan melalui Internet, bila-bila masa mereka inginkan dan di mana sahaja. MaxisONE Prime terbaharu kami, yang diperkenalkan berikutan kempen Fibrenation kami dengan pelan jalur lebar fiber yang paling berpatutan dan tanpa risau, bermakna Internet tanpa had boleh didapati untuk setiap ahli keluarga pada harga yang berpatutan dan kelajuan yang lebih pantas. Ini juga menunjukkan kepimpinan kami dalam penawaran menyeluruh (converged offerings), dengan penyelesaian sambungan tetap dan mudah alih yang tersedia kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.
Dengan MaxisONE Prime baharu, para pelanggan akan menikmati:
- Pilihan mana-mana Pelan MaxisONE dan pelan fiber – Sebelum ini hanya tersedia untuk MOP 188, MaxisONE Prime yang diperbaharui ini kini membolehkan keluarga memilih dari mana-mana pelan MOP (98 ke atas) atau fiber (RM89 ke atas) bergantung kepada keperluan mereka.
- Internet tanpa had untuk telefon mudah alih dan kediaman – Tidak kira apa kombinasi pelan yang mereka pilih, ahli keluarga akan mendapat data tanpa had bagi telefon mudah alih dan kediaman mereka. Talian kongsi (Share line) yang kini berharga RM48 untuk setiap talian, juga akan menikmati data tanpa had.
- Fiber berkelajuan tinggi tanpa gangguan – Para pelanggan boleh yakin mereka akan sentiasa bersambung kepada Internet kediaman mereka. Sekiranya sambungan fiber berkelajuan tinggi mereka terganggu, router kediaman mereka secara automatik akan menyambung ke sokongan wayarles 4G, memastikan sambungan Internet kediaman mereka berterusan.
- Peranti kediaman dan mudah alih terkini – Pilih dari pelbagai peranti untuk kediaman dengan Zerolution atau untuk telefon mudah alih dengan Zerolution360, yang menawarkan perlindungan peranti penuh dan naiktaraf telefon setiap tahun.
- FamilyRoam – Data, panggilan dan SMS tanpa had percuma ke mana-mana negara ASEAN, untuk semua talian keluarga, apabila salah seorang dari ahli keluarga mengaktifkan pas MaxisONE World untuk RM38 sehari.
- Pasukan Maxperts – Pasukan Maxperts ini akan membantu dengan persediaan dan pengoptimuman WiFi di rumah serta persediaan peranti.
Untuk masa yang terhad, pelanggan MaxisONE Prime juga akan menikmati diskaun sehingga 50% untuk pelbagai peranti mewah dan lebih banyak lagi pada Zerolution360, apabila mereka mendaftar untuk MOP 128 dan ke atas, bersama-sama dengan talian kongsi baharu
MaxisONE Prime baharu ini diperkenalkan berikutan pelancaran pelan jalur lebar fiber Maxis yang paling berpatutan yang dilancarkan pada bulan Ogos, yang menawarkan kelajuan sehingga 100Mbps dan pada harga sehingga 65% lebih rendah berbanding pelan serupa sebelumnya. Maxis pada masa ini merupakan satu-satunya pencari akses untuk jalur lebar fiber di negara, dan akan terus melabur dalam mengakses rangkaian fiber yang sedia ada di Malaysia dan membinanya sendiri di mana mungkin. Maxis menjangka untuk mendapatkan akses kepada kelajuan yang lebih tinggi pada bulan-bulan yang akan datang dan apabila ini sudah tersedia, akan menawarkan pelan baharu kepada para pelanggan.
Untuk mendaftar ke MaxisONE Prime, para pelanggan boleh mengunjungi mana-mana Pusat Maxis di seluruh negara. Sebagai alternatif, mereka boleh melayari www.maxis.com.my/prime untuk memilih pelan MaxisONE Prime mereka berdasarkan bilangan talian mudah alih dan kelajuan fiber kediaman yang diperlukan, dan hantarkan pendaftaran mereka secara dalam talian.