Maxis rangkul tiga anugerah besar, Anugerah Effie Malaysia 2019, Anugerah Kancil dan Anugerah Jenama Putra
- Memenangi anugerah rebutan ramai sebagai ‘Jenama Terulung Tahunan’ di Anugerah Effie, ‘Pengiklan Tahunan Terbaik’ di Anugerah Kancil dan disenaraikan dalam ‘Hall of Fame’ Anugerah Jenama Putra
- Pencapaian meningkatkan Maxis sebagai jenama dan pasaran yang berkait rapat dengan landskap pengguna dan komitmen terhadap inovasi di Malaysia
Maxis mencapai kejayaan luar biasa dengan menyapu bersih penghargaan dalam bidang kreativiti di Anugerah Effie Malaysia 2019, Anugerah Kancil 2019, dan Anugerah Jenama Putra, membuktikan komitmennya terhadap pasaran dan inovasi. Pencapaian ini adalah penting kerana kriteria yang unik dalam pertunjukan anugerah masing-masing; Anugerah Jenama Putra adalah berdasarkan maklum balas pengguna, Anugerah Kancil dinilai oleh industri kreatif dan Effies pula diketuai oleh pengamal terkemuka dalam bidang pemasaran. Maxis komited dalam budaya kecemerlangan dalam penjenamaan dan pemasaran, selaras dengan usaha berterusan untuk mengaitkan membolehkan pengguna untuk sentiasa berasa di hadapan.
“Kami gembira, dan pada masa sama amat berbesar hati dengan pencapaian ini. Pengiktirafan ini mengesahkan usaha berterusan Maxis untuk menjadi pemacu perubahan positif demi keperluan masyarakat. Kami berterima kasih hasil kerja kami mendapat pengiktirafan dari segi penyelesaian mudah alih, penawaran serat, inovasi teknologi dan peluang perayaan. Maxis didorong oleh potensi besar rakyat untuk memainkan peranan sebagai penyedia penyelesaian bersatu untuk mengupayakan rakyat dan negara. Sudah tentu, semua ini tidak dapat dilakukan tanpa rakan-rakan kami yang sentiasa menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan maju,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis.
Komitmen terhadap kreativiti
Pada Anugerah Effie Malaysia baru-baru ini, Maxis telah memenangi beberapa anugerah termasuk:
- Jenama Tahunan – Maxis dinobat “Anugerah Jenama Tahunun,” setelah memenangi satu Emas, satu Perak dan empat anugerah Gangsa
- Produk dan perkhidmatan Telco:
- Emas - The Unheard Prayer
- Gangsa - Home in A SIM
- Gangsa - MaxisONE Prime - Better Together
- Gangsa - Fibrenation, The Birth Of A New Nation
- David vs Goliath:
- Penukaran Postive: Kebaikan Sosial - Jenama
- Perak - The Unheard Prayer
Dalam edisi ke-12, Effies menghargai pencapaian oleh kempen yang memenuhi dan melangkaui objektif komunikasi pemasaran dengan fokus pada keberkesanan. Dari 138 penyertaan, 40 peserta akhir disenarai pendek, dengan dua anugerah Emas, lapan Perak, dah 20 Anugerah Gangsa yang disampaikan kepada jenama untuk kempen kreatif mereka. Di samping itu, setiap finalis juga menerima mata Effie yang menyumbang kepada kedudukan agensi kreatif pada Indeks Global Effie.
Mengubah peristiwa penting kepada pengalaman bermakna
Maxis juga memenangi Anugerah Pengiklan Tahunan dan Anugerah Emas untuk kategori Penggunaan Pengetahuan Kebudayaan dalam kategori Pengalaman dan Pengaktifan Jenama untuk kempen Deria Takbir di Anugerah Kancil 2019. Kempen ini dilancarkan sempena Hari Raya tahun ini, membawa kebekersanan teknologi kepada golongan kurang pendengaran untuk mengalami Takbir dengan cara yang unik.
Anugerah Kancil mengiktiraf kecemerlangan kreatif Malaysia dalam pengiklanan. Kepentingannya dibuktikan oleh penyertaan aktif pemimpin industri kreatif di Malaysia dan juga penentuan kreatif antarabangsa.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Maxis Deria Takbir, sila layari https://www.maxis.com.my/about-maxis/newsroom/2019/may/maxis-celebrates-hari-raya-with-mobile-app-for- the-deaf-launching-first-on-ios/ atau menonton video di https://www.youtube.com/watch?v=M3hQGM1Cm3c
Pelanggan sebagai fokus utama Maxis
Pada bulan September, Maxis membawa pulang Anugerah Putra Hall of Fame dan Anugerah Platinum di Anugerah Jenama Putra 2019. Anugerah Putra Hall of Fame telah diwujudkan tahun ini untuk menghormati jenama-jenama kegemaran Malaysia yang terbaik yang memenangi anugerah tertinggi dalam kategori masing-masing dalam tempoh 10 tahun yang lalu – Maxis telah memenangi Emas dalam industri Rangkaian Komunikasi selama 10 tahun berturut-turut sejak tahun 1999. Juga baru diperkenalkan tahun ini, Anugerah Platinum menggantikan Anugerah Emas terdahulu. Maksimum hanya satu anugerah Platinum yang dibentangkan dalam setiap kategori.
Anugerah Jenama Putra yang terkenal dengan pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting, di mana pengguna sendiri mengundi untuk jenama kegemaran mereka. Tahun ini menyaksikan penyertaan sebanyak 8,000 pengguna, dan menyampaikan sejumlah 159 anugerah merentasi 23 kategori.
Klik pautan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Anugerah Malaysia Effie, Anugerah Kancil dan Anugerah Jenama Putra.
Tonton sorotan Maxis untuk tahun 2019 di https://youtu.be/iR9wrDg-bqA