Maxis dan Malaysia Airlines bekerjasama sepanjang tahun untuk memberi ganjaran kepada pelanggan Maxis dan Hotlink
Maxis bekerjasama dengan Malaysian Airlines untuk menawarkan lebih nilai pelancongan kepada pelanggan Maxis dan Hotlink menerusi tiga program sepanjang tahun ini. Program-program tersebut adalah:
1. Malaysia Airlines Ultimate Travelicious Deals
2. Program MHexplorer Student Travel
3. Diskaun Maxis dan Hotlink eksklusif melalui aplikasi MH Mobile
Malaysia Airlines Ultimate Travelicious Deals
Melalui kerjasama ini, pelanggan Maxis dan Hotlink dapat menikmati diskaun tambahan pada tiket penerbangan mereka semasa kempen Malaysia Airlines Ultimate Travelicious Deals, yang akan berlangsung dua kali setahun. Untuk kempen pertama, yang akan berlangsung dari 29 April hingga 13 Mei 2019, pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menikmati diskaun sehingga 55% pada tiket penerbangan antarabangsa dan domestik bagi tempoh pelancongan 29 April 2019 hingga 31 Mac 2020.
Untuk menikmati tawaran, pelanggan Maxis dan Hotlink hanya perlu:
1. Muat turun aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, Hotlink Flex dan MyMaxis Biz dari Google Play Store atau Apple App Store.
2. Klik Tawaran dan pilih “Malaysia Airlines Ultimate Travelicious Deals”.
3. Muat turun kod promo dan klik pada pautan di bawah laman Tawaran untuk membuat tempahan penerbangan.
Untuk melihat tawaran pelancongan menarik ini, sila layari https://www.malaysiaairlines.com/MHMaxis
Program MHexplorer Student Travel
Seperti diumumkan pada 24 April, Malaysia Airlines bekerjasama dengan Maxis, Grab dan Expedia untuk menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk penerbangan para pelajar melalui Program MHexplorer Student Travel. Pelanggan Hotlink dan Maxis yang mendaftar untuk Program MHexplorer Student Travel akan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Bali, Tokyo, Seoul atau Osaka, mulai sekarang hingga akhir bulan Mac 2020. Selain itu, semasa promo Friends & Family MHexplorer, yang akan berlangsung dua kali setahun, pelanggan Maxis dan Hotlink dapat menikmati 2X Enrich miles apabila mereka membeli tiket penerbangan, dengan memuat turun kod promo dari aplikasi Hotlink Flex, Hotlink RED atau MyMaxis dan memasukkan kod tersebut apabila membuat pembelian.
Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh mendaftar untuk Program MHexplorer di https://www.malaysiaairlines.com/MHexplorer
Diskaun Maxis dan Hotlink eksklusif di aplikasi MH Mobile
Tawaran eksklusif untuk pelanggan Maxis dan Hotlink boleh didapati di aplikasi MH Mobile tiga kali setahun, bermula dari separuh kedua tahun ini, di mana mereka boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk tiket penerbangan ke mana-mana destinasi antarabangsa dan domestik. Pelanggan akan diberi makluman melalui aplikasi dan juga SMS apabila jualan tersebut bermula.
“Kami gembira dapat mengembangkan dan memperdalamkan kerjasama dengan Malaysia Airlines dalam usaha untuk menawarkan nilai yang lebih tinggi lagi. Maxis komited untuk memahami apa yang mendorong para pengguna dan membolehkan kemungkinan baru yang menarik untuk mereka. Aplikasi kami menjadi semakin popular di kalangan pelanggan. Kira-kira separuh daripada jumlah pelanggan Internet Mudah Alih kami mengakses aplikasi Hotlink RED dan MyMaxis setiap bulan. Mereka sudah menikmati ganjaran dan pengalaman yang hebat hari ini dan kami berharap lebih ramai lagi pengguna akan menggunakan platform kami. Melalui kerjasama kami dengan Malaysia Airlines yang berlanjutan, Maxis berusaha untuk memberi pengalaman yang memuaskan kepada pelanggan kami,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis.
Untuk menikmati lebih banyak tawaran Maxis dan Hotlink lagi, silalawati laman Tawaran di aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, Hotlink Flex atau MyMaxis Biz.