Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis bantu hospital dengan keperluan sambungan

  • Sumbangan perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Tanpa Wayar, Jalur Lebar Tanpa Wayar dan peranti kad SIM Hotlink Postpaid Flex percuma bagi Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur
  • Mengukuhkan lagi prestasi rangkaian di hospital untuk manfaat pengguna
  • Maxis tetap komited untuk menyokong Kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan pada masa sukar ini

Selari dengan usaha negara dalam terus memerangi COVID-19, Maxis komited untuk menyokong Kementerian Kesihatan dengan memenuhi keperluan sambungan yang sememangnya satu perkhidmatan perlu bagi Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur. Inisiatif ini berupa sumbangan perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Tanpa Wayar dan Jalur Lebar Tanpa Wayar di hospital, serta komunikasi mudah alih termasuk peranti untuk menyokong keperluan komunikasi tambahan semasa COVID-19. Di samping itu, Maxis juga telah melabur untuk memperkukuhkan lagi liputan prestasi rangkaian di hospital untuk manfaat semua pengguna di lokasi-lokasi ini.

“Kemudahan internet sangat penting bagi doktor dan pasukan perubatan kami, serta pekerja barisan hadapan di pusat-pusat arahan hospital, wad sementara dan kecemasan, serta bilik operasi, ketika kami bekerjasama untuk melawan pandemik ini. Kami menghargai sokongan daripada Maxis dalam membantu kami dengan keperluan komunikasi di hospital ketika menghadapi cabaran besar COVID-19. Semua pihak perlu bersatu padu untuk putuskan rantaian penularan COVID-19, kita mesti menang!” kata YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia.

"Kami sangat berterima kasih kepada semua pekerja barisan hadapan dan profesional perubatan di seluruh negara yang terus mendedikasikan masa mereka untuk melawan penyebaran COVID-19. Perkhidmatan mereka demi negara ini tidak dapat dipertikaikan. Di samping inisiatif lain yang telah kami lakukan untuk pelanggan Maxis, kami ingin memastikan para profesional kesihatan juga disokong dengan penyambungan yang boleh dipercayai. Ia sangat penting pada masa yang mencabar ini,"kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Maxis tetap komited untuk menyokong para pekerja, pelanggan dan komuniti yang memerlukan, dan menggalakkan semua anggota masyarakat untuk terus kekal selamat, sihat dan bersambung.

Archives
Tags