Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis membangun pemimpin teknologi dan inovasi masa depan dengan biasiswa baru

Maxis IoT Challenge 2020 continues to foster strong home-grown innovation in IoT and 5G for businesses
  • Biasiswa berfokus kepada membina kumpulan bakat pemimpin wanita masa depan, membentuk bakat berteknologi tinggi dan pemimpin muda berwibawa

  • Pemegang biasiswa akan mendapat akses untuk pengalaman belajar terbaik di universiti terkemuka dan peluang pekerjaan dengan Maxis

  • Biasiswa selari dengan tujuan jenama Maxis untuk menyatukan teknologi terbaik untuk membantu masyarakat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Maxis dengan bangga mengumumkan penganugerahan biasiswa kepada 15 individu cemerlang dan layak untuk menyokong aspirasi akademik mereka. Ini berikutan pelancaran tiga biasiswa baru Maxis pada bulan Julai yang lalu.

Penerima biasiswa yang diumumkan di majlis maya semalam adalah:

Maxis Young Leaders Undergraduate 2020 Scholarship

Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship

Maxis Women in Tech Undergraduate 2020 Scholarship

  1. Chuah Yin Li
  2. Ethienne Casey Wong
  3. Lee Su Yann
  4. Nursafiyya Mahadzir Fahmy
  5. Ryan Yew Tim Loong
  1. Cheah Tze Han
  2. Mandhiren Singh Gurdev Singh
  3. Mohamed Tariq Ziyad Mohamed Jahangir
  4. Ng Zhan Lok
  5. Ryan Yap Mun Fai
  1. Arienne Wong Xian Ern
  2. Cassandrea Teow Jing Wern
  3. Farah Dayana Durra Binti Jamil
  4. Nurhayati Aiman Shaiful Akman
  5. Nur Sakinah Zainol

Mengumumkan penerima biasiswa untuk tiga kategori tersebut ialah Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis; Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis; dan Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia Maxis, sementara ibu bapa dan ahli keluarga turut menonton upacara dalam talian tersebut.

“Di Maxis, tenaga kerja kami terus menjadi pendorong pertumbuhan dan kejayaan kami, dan biasiswa ini adalah salah satu bahagian penting dalam perjalanan itu. Kami sentiasa berusaha untuk berinovasi dan mencari cara baru untuk mencapai cita-cita kami dan menjadi organisasi bertaraf dunia, berkesan dan cekap. Menarik bakat dan membina kemampuan yang betul adalah asas untuk mencapai cita-cita ini. Biasiswa ini juga mewakili ciri penting dari budaya dan tujuan jenama kami untuk menyatukan teknologi terbaik untuk menolong masyarakat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah,” kata Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad.

“Dalam usaha memacu visi kami untuk menjadi Penyedia Penyelesaian Konvergen Terkemuka di Malaysia, strategi pertumbuhan Maxis termasuk memiliki bakat yang tepat dengan pemikiran yang didorong oleh teknologi. Kami gembira kerana penerima biasiswa kami telah memilih untuk mendalami bidang akademik dan kerjaya mereka dengan kami, dan berharap dapat menyediakan persekitaran yang dapat meneroka kreativiti, kemahiran dan membolehkan mereka berkembang bersama kami,” kata Gokhan.

“Persekitaran semasa terus berkembang dan mencipta peluang baru – dari keupayaan teknologi yang lebih cerdas kepada memupuk pemimpin wanita masa hadapan untuk menerajui industri kami. Melalui biasiswa ini, kami ingin memastikan bahawa Maxis mempunyai bakat terbaik untuk mencapai cita-cita kami untuk menjadi syarikat penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia, dan kami amat teruja bagi para pemegang biasiswa kami untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik ini,” kata Natalia.

Setelah mendapat sambutan permohonan yang hebat, para calon menjalani proses pemilihan maya sepenuhnya secara berperingkat. Ini merangkumi penilaian yang ketat, aktiviti berkumpulan dan sesi wawancara. 15 penerima biasiswa Maxis akan mendapat akses ke pengalaman pembelajaran terbaik di universiti terkemuka yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Di samping itu, mereka akan memanfaatkan peluang latihan industri dan pekerjaan bersama Maxis untuk melancarkan kerjaya mereka ke tahap berikutnya, seterusnya memanfaatkan keperluan yang semakin meningkat untuk kumpulan bakat teknologi dan inovasi di sektor ICT dan perniagaan.

Maxis telah menganugerahkan biasiswa sejak 2006 dengan menawarkan peluang kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang mengikuti keperluan semasa.

Untuk memastikan rakyat sentiasa bersedia untuk masa depan, program pelatih biasiswa dan pengurusan Maxis memberi tumpuan kepada bakat muda dengan kemahiran dan sikap yang positif. Pada bulan Julai 2019, Maxis menganjurkan Pameran Kerjaya pertamanya yang unik, termasuk sesi wawancara jenis "speed-dating" serta pelbagai pameran, seperti IoT, NB-IoT dan AI, untuk menunjukkan apa yang dimaksudkan syarikat. Pameran Kerjaya juga memberi peluang kepada pencari kerja muda untuk bertemu dengan syarikat sebagai bakal majikan.

Petikan dari penerima biasiswa Maxis 2020

Mandhiren Singh, penerima Biasiswa Maxis Tech Undergraduate 2020

“Rancangan saya sebagai seorang jurutera robotik adalah untuk membantu individu dan perniagaan Malaysia lebih didorongi teknologi pada masa depan. Saya percaya bahawa Malaysia akan lebih maju sekiranya kita mempunyai pemikiran sebegini. Saya akan mengikuti kursus Kejuruteraan Robotik dan Mekatronik dengan Kepintaran Buatan di Universiti Monash, Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih  kepada Maxis kerana melabur dalam pendidikan saya. Ini membuatkan Saya lebih bermotivasi untuk mencipta pengalaman pendidikan yang memanfaatkan bagi diri saya.”

Nursafiyya Mahadzir Fahmy, penerima Biasiswa Maxis Young Leaders Undergraduate 2020

“Rancangan masa depan saya adalah untuk terus belajar sebanyak yang boleh, dan terus bersemangat dan berinspirasi sepanjang saya mengikuti pengajian saya ke peringkat Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis kerana memberi saya peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Maxis, yang membolehkan saya mengejar impian saya, mendapat rakan baru  dan harapan saya agar saya dapat membuat perubahan dalam masyarakat.”

Chuah Yin Li, penerima Biasiswa Maxis Young Leaders Undergraduate 2020

“Dari peringkat awal permohonan hingga temu ramah akhir, saya selalu memberi 100%, jadi rasanya berbaloi kerana dapat meraih faedah kerja keras saya. Saya tahu bahawa kunci untuk menjadi pemimpin yang hebat adalah pengalaman. Sama ada secara langsung atau tidak, saya berharap semangat saya dalam bidang ini dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Terima kasih, Maxis kerana memberi saya peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada industri yang bergerak pantas dan mengujakan.”

Mohamed Tariq Ziyad, penerima Biasiswa Maxis Tech Undergraduate 2020

“Saya kini sedang mengikuti pengajian sains komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana minat yang mendalam terhadap aspek sains data, dan ingin membawa kemajuan dalam masyarakat melalui kekuatan data. Sejujurnya, saya berasa gembira dan lega kerana usaha saya akhirnya membuahkan hasil. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Maxis kerana memberi saya peluang dan memperkaya pengalaman saya sepanjang proses penilaian.”

Cassandrea Teow Jing Wern, penerima Biasiswa Maxis Women in Tech Undergraduate 2020

“Saya ingin melihat diri sebagai seorang pemimpin yang memperkenalkan kemajuan teknologi baru ke semua rumah tangga di Malaysia bersama Maxis. Untuk mencapai visi ini, saya akan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran, serta memberi inspirasi dan galakan kepada kaum wanita untuk menceburi bidang teknologi dengan berani! Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis, terutamanya Pasukan Bakat Muda, yang telah bersama kami di sepanjang perjalanan ini. Saya berharap dapat menyertai keluarga Maxis yang luar biasa untuk memajukan negara serta bidang teknologi dan komunikasi.”

Archives
Tags