Maxis IoT Challenge 2020 terus memupuk inovasi perniagaan IoT dan 5G tempatan
Maxis mengumumkan tiga pemenang Maxis IoT Challenge 2020 dengan hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, dan peluang untuk menjadi antara pemaju pertama untuk mencuba dan mengkomersialkan penyelesaian 5G mereka di negara
IoT Challenge adalah sebahagian dari kerjasama Maxis dengan MDEC, sebagai komitmen untuk memupuk inovasi dan mempromosikan pembangunan ekosistem IoT negara
IoT Challenge mewakili tujuan Maxis yang lebih luas untuk menyatukan teknologi terbaik yang membolehkan rakyat, perniagaan dan negara Terus Menerajui dalam dunia yang berubah
Setelah berbulan-bulan bakat-bakat yang inovatif di seluruh Malaysia bekerja keras diikuti dengan pembentangan prototaip penyelesaian oleh finalis kepada panel hakim, tiga pasukan teratas Maxis IoT Challenge 2020 telah diumumkan! Selain daripada hadiah wang tunai, para pemenang juga berpeluang untuk menjadi antara pemaju pertama untuk mencuba dan mengkomersialkan penyelesaian 5G mereka di sekitar pengalaman runcit yang imersif dan keselamatan perbandaran, dan seterusnya membantu mempercepatkan pelancaran penyelesaian tersebut ke pasaran.
Dilancarkan pada 4 September dengan tema, Transforming Industry Challenges Today to Business Opportunities Tomorrow, edisi kedua pentandingan ini adalah sebahagian daripada kerjasama berterusan Maxis dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan kolaborator industri untuk mempromosikan pembangunan ekosistem IoT penyelesaian 5G, seterusnya memacu ekonomi digital negara. Ini juga merupakan salah satu daripada inisiatif pelbagai Maxis dengan MDEC untuk memupuk inovasi di kalangan semua rakyat Malaysia dan mendorong komuniti firma baru di negara ini.
“Saya menyambut baik platform dan peluang yang telah dicipta oleh Maxis IoT Challenge untuk menyerlahkan bakat tempatan melalui inovasi dalam teknologi. Inisiatif sebegini adalah antara pemacu penting ke arah pendigitalan negara. Kami percaya bahawa kemajuan ekosistem pengusaha dan perniagaan kecil adalah pemangkin yang bakal memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan mempercepat ekonomi digital dan kreatif Malaysia,” kata Yang Berhormat Dato Saifuddin bin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
“Kami sangat gembira dengan sambutan kempen IoT Challenge tahun ini, yang menunjukkan minat, pelaburan dan kemampuan inovasi penyelesaian IoT 5G. Tahniah kepada semua pemenang atas kerja keras mereka yang telah membuahkan hasil, dan menjadi contoh inovasi tempatan. IoT Challenge mewakili tujuan kami yang lebih luas untuk membawa teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat, perniagaan dan negara Terus Menerajui dalam dunia yang berubah,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.
“Teknologi IoT mempunya potensi yang amat besar dan Maxis komited untuk membentuk dan memacu pengunaan IoT bagi manfaat perniagaan di seluruh negara. IoT Challenge adalah cara terbaik untuk memberi insentif kepada industri dan membuka peluang bagi perusahaan untuk mereka model perniagaan baru dengan lebih nilai untuk pelanggan mereka. Kami amat gembira untuk melihat inovasi yang dicipta oleh semua peserta dalam kempen ini, dan berharap ia dapat mencetuskan perubahaan yang positif bagi negara,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.
Butir-butir pasukan dan penyelesaian mereka adalah seperti berikut:
Tempat Pertama | Tempat Kedua | Tempat Ketiga | |
---|---|---|---|
Pasukan | Seamless | LinkUp Smart Solutions | ITXOTIC |
Kategori | Immersive Retail Experiences | Enhancing Township Security | Enhancing Township Security |
Huraian | Penyelesaian pemantauan aset runcit automatik, yang dikuasakan oleh 5G, IoT dan AI, yang dapat meramalkan kerosakan peralatan di masa hadapan untuk penyelenggaraan proaktif, dan untuk mengelakkan kerugian akibat masa henti aset secara pantas dan boleh dipercayai. | Penyelesaian yang menyatukan keselamatan dan kawalan rumah dalam sistem gabungan, dengan mengintegrasikan sistem keselamatan pelbagai jenama dan peranti rumah pintar dalam satu platform. | Sistem keselamatan yang dikuasakan oleh AI yang menggunakan kamera CCTV yang ada, dan berfungsi sebagai perkhidmatan awan di samping menggunakan teknologi 5G untuk komuniti pintar dan selamat. |
Hadiah | RM15,000 | RM10,000 | RM5,000 |
Di samping itu, dua pasukan finalis - Virtual X dan KMSB – turut dinobatkan sebagai Aplikasi yang Dibangunkan Terbaik dengan hadiah wang tunai RM1,000 setiap satu, dan satu peranti Microsoft Surface Pro 7, ditaja oleh Microsoft. Sementara itu, untuk menghargai penyertaan mereka, 13 pasukan finalis masing-masing menerima dua pelan Maxis Postpaid 98 (mereka juga boleh memilih pelan perniagaan) dengan langganan percuma selama 12 bulan untuk kedua-duanya.
Menjelang Hari Pembentangan pada bulan Oktober, para finalis memulakan sesi bengkel yang mencabar untuk menambahbaikkan lagi cadangan penyelesaian mereka dengan konsep penggunaan seni bina menggunakan 5G. Mereka kemudian menyampaikan idea dan prototaip mereka kepada panel hakim industri dari MDEC, Gamuda Land, Proton, PETRONAS TipTop dan Maxis.
Memanfaatkan platform Komunikasi Bersatu Maxis (UC), keseluruhan kempen – dari bengkel hingga Hari Pembentangan – dijalankan secara maya, yang membolehkan para peserta, kolaborator industri dan hakim untuk saling berhubung dari jauh.
Perjalanan Maxis IoT
Maxis sentiasa memperkuat dan mempercepat agenda IoTnya. Ia melancarkan perkhidmatan NB-IoT komersial pertama di Malaysia pada April 2019 di pusat-pusat pasaran IoT utama, termasuk Cyberjaya, Pulau Pinang, Kuching, Putrajaya, Johor Bahru, dan KLCC. Pelancaran ini membuka peluang bagi perniagaan untuk menyebarkan aplikasi IoT industri untuk membentuk aliran data baru. Sebagai rakan IoT pilihan Vodafone di Malaysia, Maxis memanfaatkan kolaborasi yang ada melalui platform syarikat dan pengalaman global untuk menyampaikan teknologi terbukti pasaran untuk perniagaan yang ingin melaksanakan perkhidmatan NB-IoT dalam operasi mereka.