Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis meraikan Tahun Baru Cina dengan warga emas Villa Harapan

  • Volunteers from Maxis' Melaka and Kuala Lumpur offices refurbish amenities at Villa Harapan.
  • M Squad, program kesukarelawan Maxis, memberi peluang kepada pekerjanya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dan inisiatif untuk menyumbang kepada komuniti.

Dengan semangat untuk sama-sama menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Maxis baru-baru ini telah meraikan penduduk di Villa Harapan Melaka sebagai sebahagian daripada program amalnya. Villa Harapan kini menjadi rumah kepada 170 penduduk, yang terdiri daripada orang kurang upaya dan warga emas.

CNY festive charity 2020 clean up

Sukarelawan Maxis, M Squad, bersama-sama 40 pelajar Politeknik Melaka telah bekerjasama untuk menyambut perayaan itu dengan mengambil tugas yang berbeza. Antaranya ialah membersihkan kompleks perumahan Villa Harapan dan memasang 50 alas katil polyurethane bagi mereka yang memerlukan. Maxis juga melengkapi rumah tersebut dengan sistem penapisan air baru, yang menyelesaikan isu air minuman melalui saluran paip.

CNY festive charity 2020 Lou Sang

Acara diteruskan dengan persembahan tarian singa yang amat menyeronokkan. Kemudian, penyepit diagihkan kepada peserta untuk acara Lou Sang, dengan masing-masing menanam hasrat mereka untuk kebahagiaan, kemakmuran dan nasib baik pada Tahun Baru. Ini diikuti dengan sajian makanan tengah hari yang lazat, bersama persembahan busking oleh sukarelawan M Squad.

"Acara amal Maxis sempena perayaan utama amat penting dalam usaha kami untuk berbakti kepada masyarakat dan membawa perubahan yang baik kepada orang ramai. Tahun Baru Cina dikenali sebagai satu tempoh untuk meraikan semangat kebersamaan dan kami amat teruja untuk meluangkan masa dan berkongsi kegembiraan bersama residen Villa Harapan pada hari ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua residen, terutamanya Pengerusi Rumah, Encik Zainal Abidin, kerana memberi kami peluang untuk melakukan acara ini untuk mereka," kata Mazlan bin Mokhtar, Ketua Pengurusan Jualan - Bahagian Selatan, Maxis.

"Terima kasih Maxis kerana meluangkan masa bersama kami di Villa Harapan. Kami amat berbesar hati dapat berkongsi kegembiraan bersama sukarelawan M Squad. Saya, bersama dengan residen Villa Harapan amat menghargai masa dan sumbangan oleh Maxis untuk menjayakan acara ini," kata Zainal Abidin, Pengerusi Villa Harapan Melaka.

Sebelum acara diadakan, pekerja di Menara Maxis, Kuala Lumpur telah menyumbang pakaian terpakai untuk residen Villa Harapan. Pakaian tersebut telah diserahkan kepada mereka selepas acara diadakan.

M Squad adalah program sukarelawan Maxis yang menyediakan peluang kepada pekerjanya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti masyarakat.

Archives
Tags