Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis bekerjasama dengan Kerajaan Selangor sediakan penyelesaian untuk membolehkan e-bazaar Ramadan

  • Bekerjasama dengan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) untuk menyokong promosi PLATS, inisiatif e-Bazaar Negeri Selangor untuk membantu digitalisasi PKS dan beroperasi di sekitar 'normal baru'
  • Memberi sokongan komunikasi dengan 500,000 eSMS kepada penduduk di Selangor untuk mempromosikan PLATS
  • Sebahagian dari sokongan Maxis kepada Kerajaan dalam meringankan beban PKS dalam tempoh PKPB

Ketika umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadan di era 'normal baru', Maxis terus menjadi pengupaya digital yang komited dan menjadi rakan kongsi kepada Kerajaan dan PKS.

Baru-baru ini, Maxis telah bekerjasama dengan Menteri Besar Incorporated (MBI), cabang pelaburan Kerajaan Selangor, untuk membantu mempromosikan Platform Selangor (PLATS), satu inisiatif e-Bazaar yang bertujuan untuk membantu digitalisasi perniagaan kecil dan penjaja bazar untuk beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Gerakan Bersyarat (PKPB). Sehubungan itu, Maxis telah memberikan sokongan komunikasi melalui 500,000 eSMS kepada penduduk di Selangor sepanjang bulan Ramadan.

“Kami memuji usaha Kerajaan Selangor dalam membantu perniagaan berkembang terutama dalam keadaan sukar ini melalui inovasi PLATS. Dengan PKS menjadi tonggak pertumbuhan yang penting bagi negara, mereka perlu menggukana teknologi sebagai pengupaya untuk menjadi lebih tangkas dan mudah menyesuaikan diri agar perniagaan mereka terus berjalan terutama pada masa yang mencabar ini. Dengan rendah hati, kami berharap sumbangan ini memberi kemudahan tambahan kepada pemilik perniagaan di Selangor, dan mengekalkan suasana dan tradisi bazar Ramadan dengan membawanya ke rumah,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

Archives
Tags