Maxis diiktiraf sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi oleh MDEC untuk membantu PKS memulakan perniagaan mereka
- Sijil TSP untuk Geran Digitalisasi SME RM 500 juta selari dengan Bajet 2020
- Maxis syarikat telco pertama untuk menawarkan Pemasaran Digital dan Cloud POS kepada PKS dibawah geran tersebut
- Rakan kongsi yang berkomitmen untuk membolehkan PKS berdigitalisasi dan menggunakan teknologi untuk menyelesaikan cabaran semasa
Maxis telah diiktiraf sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) yang disahkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk Geran Digitalisasi Perniagaan PKS bernilai RM500 juta di bawah Bajet 2020.
Sebagai TSP yang diperakui untuk pemberian geran RM500 juta, Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama yang memberikan penyelesaian Pemasaran Digital dan Cloud Point-of-Sales yang disatukan dengan kesalinghubungan untuk PKS, memacu dua daripada lima Aspek Utama Digitalisasi PKS yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan. Melalui inisiatif itu, Maxis akan dapat mempercepat digitalisasi PKS di Malaysia, untuk membantu pengaktifan semula perniagaan dan mendorong mereka maju dalam era pasca-PKP.
“Ketika Malaysia memasuki Perintah Pemulihan Kawalan Pergerakan (PKPP), kami tahu bahawa PKS di seluruh negara ingin memajukan kembali perniagaan mereka. Sebagai segmen penting bagi ekonomi Malaysia, kami sangat memahami keperluan segera PKS, dan bersedia membantu mereka memanfaatkan penyelesaian digital dengan cepat dan mudah, sehingga mereka dapat menjalankan perniagaan mereka. Kami bangga dipilih sebagai TSP yang disahkan oleh MDEC, dan komited untuk membolehkan perniagaan sentiasa maju dengan mengubah cabaran semasa menjadi peluang masa depan,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.
Membantu perniagaan terus bersalinghubung di mana sahaja mereka berada
Selama lebih dari dua tahun, Maxis telah menjadi Penyedia Penyelesaian Perniagaan terkemuka yang membantu PKS Malaysia dalam perjalanan digitalisasi mereka melalui penyelesaian eDagang. Dalam tempoh PKP dan PKPP, Maxis juga melancarkan Kempen #KitaSapotKita dengan kerjasama pemimpin pendapat perniagaan dengan menyediakan lebih 100 tip dan petua untuk menyokong perniagaan mereka. Sekarang dalam fasa kedua, kempen ini menyaksikan Maxis menggerakkan Skuad Bantuan PKS yang terdiri daripada 100 orang untuk memberikan jawapan dan nasihat ketika PKS berusaha untuk menghidupkan kembali perniagaan mereka. Sebagai tambahan, Maxis telah mengembangkan siri 'How To's' yang boleh dimuat turun secara percuma di sini https://business.maxis.com.my/insights/
Untuk mengetahui bagaimana penyelesaian digital Maxis dapat mengubah perniagaan anda atau mengetahui lebih lanjut mengenai Geran, sila hubungi 1700-818-881 atau hantarkan butiran anda di https://business.maxis.com.my/smegrant/