Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis hulur bantuan untuk kekalkan tradisi Ramadan dan beri inspirasi positif

  • Maxis adalah penaja utama Projek Bubur Lambuk Kampung Baru Astro
  • Penglibatan Maxis dalam projek ini selari dengan kempen #KitaSapotKita-nya untuk memberi inspirasi positif dalam keadaan yang mencabar ini
  • Membantu menyebarkan Bubur Lambuk ke Hospital Kuala Lumpur, IPD Sentul dan Rumah Titian Kasih

Dalam masa mencabar ini, umat Islam di seluruh negara memperingati bulan Ramadan dalam era “normal baru”. Sememangnya normal baru membawa perubahan dalam kehidupan dan perniagaan, begitu juga dengan  tradisi lama seperti Bubur Lambuk Kampung Baru yang terkenal. Walaupun operasinya terhenti berikutan Perintahan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), usaha untuk menghidupkan tradisi turun temurun yang begitu sinonim dengan bulan Ramadan ini tetap diteruskan – dengan menghantarnya kepada petugas barisan hadapan yang mendedikasi masa mereka untuk berkhidmat kepada negara terutamanya sepanjang bulan ini, serta membantu komuniti yang memerlukan.

Sebagai penaja utama Projek Bubur Lambuk Kampung Baru Astro, Maxis bergabung dengan Astro dan Foodpanda bersama penaja S&P Santan dan The Giving Bank, untuk memulakan projek ini. Selama beberapa hari akan datang, 9,000 paket Bubur Lambuk akan dihantar dan diserahkan kepada pekerja barisan hadapan dan rumah amal di seluruh lokasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, termasuk Hospital Kuala Lumpur, IPD Sentul dan Rumah Titian Kasih.

“Di Maxis, kami telah menjalankan kempen #KitaSapotKita, bertujuan memberi inspirasi positif di seluruh negara meskipun kita menghadapi keadaan yang mencabar. Hasrat Projek Bubur Lambuk Kampung Baru Astro tidak berbeza, itulah sebabnya kami memutuskan untuk saling membantu bagi menginspirasi satu sama lain dengan nilai-nilai memberi dan berkongsi yang merupakan akar umbi rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi  pada masa yang amat memerlukan ini. Kami berterima kasih kepada Astro kerana mengundang kami untuk menjadi sebahagian daripada projek yang istimewa ini, ”kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran, Maxis.

Maxis Distributes Bubur Lambuk to Frontliners

“Kami dengan rendah hati berterima kasih dengan sokongan rakan kongsi kami untuk menjayakan projek ini. Bersama-sama, kami membantu mengekalkan tradisi Bubur Lambuk Kampung Baru, sambil membawa semangat kepada golongan kurang bernasib baik dan menunjukkan penghargaan kami kepada pekerja barisan depan, yang telah berusaha tanpa lelah untuk melindungi kami semasa wabak ini, "kata Norfuziana Ahamed, Naib Presiden Jualan Media, Astro.

Melalui kempen ini, Maxis mengingati dan menghormati mereka yang terkesan dengan wabak ini, dan kepada pekerja barisan hadapan yang mengutamakan rakyat dan terus berkhidmat untuk negara dan melindungi kita.

Walaupun negara masih di bawah PKPB, operasi Bubur Lambuk Kampung Baru disesuaikan dengan keadaan "normal baru". Tiada lagi barisan panjang yang berkumpul di depan Masjid Jamek Kampung Baru. Pemiliknya, Pak Zainal, menggunakan kaedah pandu-lalu dan penghantaran untuk mematuhi penjarakan sosial, serta memindahkan operasinya dari kedai ke rumah. Walaupun pesanan mungkin terhad, dia bertekad untuk meneruskan urusan tahunannya seperti sedia kala.

“Keluarga saya mula menjual hidangan tradisional di Kampung Baru 22 tahun yang lalu dan ini adalah sesuatu yang kami nanti-nantikan setiap bulan Ramadan. Tahun ini, Bubur Lambuk kami membawa makna yang lebih sentimental, terima kasih kepada Projek Bubur Lambuk Kampung Baru. Dalam semangat memberi dan bersatu, kami berharap semangkuk bubur kami akan menyentuh hati rakyat,” kata Pak Zainal.

Maxis Distributes Bubur Lambuk to Frontliners

Sementara itu, luar dari Kuala Lumpur, pelajar yang mengikuti program komuniti perdana Maxis, eKelas, juga berpeluang melibatkan diri dalam kempen ini. Aktiviti menarik melalui portal eKelas telah diatur untuk memberi pendedahan kepada lebih daripada 17,000 orang pelajar yang berhubung melalui portal tersebut, mengenai warisan Bubur Lambuk Kampung Baru dan juga nilai-nilai memberi, berkongsi dan perpaduan. Antaranya termasuk kuiz Bahasa Inggeris dan pertandingan kreatif untuk membuat resipi Bubur Lambuk mereka sendiri! Program eKelas Maxis mengarusperdanakan pembelajaran digital untuk para pelajar di luar bandar, di mana mereka didedahkan kepada pembelajaran berdasarkan pengalaman melalui kombinasi tutorial langsung, pembelajaran berkumpulan dan pertandingan di Pusat Internet, serta akses ke kandungan digital di portal eKelas.

Maxis sebelum ini telah melancarkan #KitaSapotKita untuk memberi inspirasi positif dengan menolong komuniti melalui pelbagai inisiatif. Maxis telah kolaborasi dengan artis tempatan untuk menghasilkan video muzik baru, 'Make It Through', sebuah lagu yang memberi inspirasi dan memberi peluang kepada orang ramai untuk secara aktif menyokong sesama rakyat Malaysia melalui perkongsian sosial yang ditukarkan sebagai sumbangan untuk mereka yang memerlukan.

Archives
Tags