Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis bantu komuniti terkesan dengan pengagihan bantuan keseluruhan bernilai RM330k

Maxis continues support for impacted communities with distribution of RM330k worth of aid to date
  • 3,300 kotak makanan bernilai RM330,000 telah diedarkan kepada komuniti di Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah yang dilanda wabak dan banjir
  • Sumbangan adalah sebahagian dari RM500,000 yang diberikan kepada Yayasan Kebajikan Negara, dan sebahagian dari komitmen RM1 juta untuk menyokong kempen usaha bantuan "To Malaysia, With Love" yang didorong oleh industri
  • Maxis tetap komited untuk menyokong negara pada masa-masa yang mencabar ini

Maxis terus menyokong masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan banjir baru-baru ini. Setakat ini, 3,300 kotak makanan telah diedarkan kepada individu, keluarga dan pekerja barisan hadapan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, dan Sabah. Bantuan makanan, bernilai RM330,000, dilakukan secara berperingkat dan merupakan sebahagian daripada RM500,000 yang disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang diumumkan pada awal Disember 2020.

Maxis bekerjasama dengan YKN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di peringkat negeri untuk mengenal pasti komuniti terkesan serta pelaksanaan pengagihan, yang melibatkan sukarelawan Maxis sendiri, mSquad dan wakil JKM. Baru-baru ini, Maxis telah menyelesaikan pengedaran kotak makanan di Sabah dengan kumpulan terakhir di Tuaran, dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Setiap kotak makanan dilengkapkan dengan bekalan barang keperluan untuk satu bulan termasuk beras, minyak masak, gula, garam, sardin, mi, biskut dan kopi atau teh.

"Kami gembira dengan progres pelaksanaan yang telah kami capai dalam usaha kemasyarakatan kami. Maxis berkeupayaan untuk membantu mereka yang memerlukan dalam keadaan yang mencabar ini dan kami sedar pentingnya untuk kami bertindak cepat. Terima kasih YKN, JKM di peringkat negeri dan semua yang terlibat, termasuk sukarelawan kami, dalam membantu pengedaran bantuan dengan cekap dan selamat. Kami berharap dapat mengerahkan lebih banyak bantuan di lokasi lain dalam fasa yang akan datang,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Sementara itu, Puan Nordina Harun, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, menyatakan penghargaannya atas usaha bantuan yang berterusan.

“Kami berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Maxis dalam misi kami untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga yang memerlukan di negara ini. Misi YKN adalah perjalanan yang berterusan dan peluang untuk memanfaatkan usaha kolaborasi kami dengan sektor korporat amat bermakna buat kami,” kata Puan Nordina.

Sumbangan kepada YKN adalah sebahagian dari RM1 juta yang dijanjikan oleh Maxis melalui GLC / GLIC Disaster Response Network (GDRN) untuk inisiatif “To Malaysia, With Love” yang dipacu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan disokong oleh pemain industri telko lain. Lebihan sumbangan kepada YKN akan digunakan dalam beberapa bulan mendatang di lokasi lain yang akan ditentukan. Sementara itu,komitment kepada GDRN untuk inisiatif yang lain juga akan dilaksanakan pada tahun ini.

Menyokong negara melalui masa sukar

Sepanjang tahun 2020, Maxis komited untuk menyokong kesihatan dan ekonomi negara dengan beberapa inisiatif utama, antaranya dengan usaha seluruh industri untuk memberikan penawaran 1GB setiap hari secara percuma untuk rakyat dan perniagaan tetap bersalinghubung di rumah. Selepas itu, 1GB percuma disasarkan untuk pembelajaran dan produktiviti kerja. Di bawah kempen #KitaSapotKita sendiri, Maxis menyediakan penggunaan alat kolaborasi secara percuma untuk kesinambungan perniagaan, sokongan digitalisasi untuk PKS, perkhidmatan kesalinghubungan untuk barisan hadapan dan makanan dan bantuan PPE untuk masyarakat yang terkesan terutama pada musim perayaan.

Pada awal tahun ini, Maxis menyokong komuniti dengan kesalinghubungan Internet yang diperlukan terutama untuk segmen kritikal pelajar dan kumpulan B40. Ini termasuk pakej Internet untuk pelajar SPM, STPM dan Institusi Pengajian Tinggi dengan internet berkelajuan tinggi 15GB pada harga hanya RM20 / bulan. Sementara itu, sebagai sebahagian daripada kerjasama industri telco dengan MCMC, Maxis juga menyediakan akses Internet percuma melalui WiFi di 15 laman PPR di seluruh Pahang, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semua pakej tersedia sehingga 30 April 2021.

Maxis continues support for impacted communities with distribution of RM330k worth of aid to date
Archives
Tags