Maxis beri bantuan keperluan kepada mangsa banjir
- Bantuan makanan, kit kebersihan serta pek SIM diedarkan kepada mereka yang terjejas melalui kerjasama Yayasan Kebajikan Negara dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
- Maxis bekerja keras untuk mengurangkan gangguan perkhidmatan serta tugas baik pulih kawasan yang terjejas
- Pekerja dan pengedar Maxis akan diberi bantuan, serta usaha pembersihan, baik pulih dan barangan jualan
Beribu rakyat di beberapa negeri Semenanjung telah dikejutkan dengan keadaan hujan lebat dan banjir yang luar biasa. Maxis telah menggerakkan pasukkannya bagi memberi bantuan kotak makanan, kit kebersihan serta pek SIM di pusat pemindahan. Pasukan rangkaian Maxis turut melakukan kerja pemulihan bagi mengurangkan sebarang gangguan rangkaian.
“Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir, termasuk pekerja dan pengedar kami dalam melalui masa yang sukar ini. Semoga bantuan awal yang diberikan dapat menaikkan semangat mereka. Pasukan rangkaian kami juga sedang berusaha memulihkan perkhidmatan dan mengurangkan gangguan rangkaian supaya mereka terus dapat berhubung di tempoh kritikal ini. Kami akan terus memantau keadaan dan sedia untuk mengatasi masa sukar ini bersama,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis.
Melalui kerjasama Maxis dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), kotak makanan disediakan di pejabat wilayah YKN di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. Maxis, bersama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bakal mengagihkan kotak makanan di Pantai Timur, serta Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang ditempatkan di pejabat PBSM negeri masing-masing. Maxis juga menyokong usaha pengedaran kit kebersihan yang mengandungi keperluan seperti tuala, sabun, tuala Wanita, pencukur, ubat gigi dan berus dan sabun badan yang diedarkan melalui pegawai dan sukarelawan YKN dan PBSM.
Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron berkata, “Pasukan kami pantas bertindak dalam memberi bantuan kepada mangsa yang terjejas. Kami berterima kasih atas kerjasama Maxis yang membantu dalam menghulurkan bantuan kepada ribuan individu dan keluarga.”
Pengerusi PBSM, Yang Amat Mulia Dato’ Sri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata, “Walaupun air banjir sudah mula surut, ribuan rakyat telah kehilangan tempat tinggal. Kami memainkan peranan penting dalam memberi bantuan kepada mereka yang terjejas. Sumbangan Maxis meningkatkan bantuan kami kepada komuniti terjejas di seluruh negara.”
Pengagihan pek SIM juga akan dipercepatkan ke pusat pemindahan banjir, dengan fasa awal memfokuskan negeri Pantai Timur, termasuk Kelantan, Terengganu, dan Pahang supaya mangsa yang terjejas kekal berhubung dengan rakan dan orang tersayang.
Pengedar Maxis yang kedai ditenggelami banjir akan mendapat sokongan pembersihan, baik pulih serta pengubahsuaian bahan jualan supaya dapat beroperasi seperti biasa.