Maxis penuhi sasaran JENDELA dengan inisiatif 2021 dimulakan
- Komitmen berterusan untuk mengukuhkan liputan rangkaian 4G, Maxis membina lebih 150 tapak baru dan lebih 5,500 tapak dinaiktaraf di pusat pasaran utama di Semenanjung dan Malaysia Timur
- Meraih momentum perkembangan fiber ke lebih 6,500 premis pada 2020
- Visi Maxis untuk membangun rangkaian yang terunggul di negara sejajar dengan cita-cita syarikat untuk menjadi Penyedia Penyelesaian Konvergen Terkemuka di Malaysia
Maxis meneruskan komitmen untuk mengukuhkan liputan rangkaian 4G dan memberi pengalaman pelanggan terbaik dengan membina lebih 150 tapak baru dan menaiktarafkan lebih 5,500 tapak di pusat pasaran utama di Semenanjung dan Malaysia Timur. Pada masa yang sama, Maxis terus meraih momentum dalam perkembangan fiber dengan lebih 6,500 premis lulus pada 2020. Dengan itu, Maxis telah mencapai 100% sasarannya dalam Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi tahun 2020, dan mempercepat kapasiti dengan penaiktarafan lebih daripada 35% dari jumlah 16,367 tapak penaiktarafan industri.
Sejajar dengan matlamat untuk menjadi Penyedia Penyelesaian Konvergen Terkemuka di Malaysia, Maxis mempunyai komitmen dalam pelancaran mudah alih dan tetap untuk JENDELA. Sementara itu, ia juga memanfaatkan kemampuan komunikasi mudah alih, fiber, WiFi dan satelit untuk memberi pengalaman rangkaian yang lebih baik ke lokasi pendalaman. Maxis akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan industri untuk meningkatkan dan memastikan pelaksanaan JENDELA berjalan dengan lancar di semua negeri.
“Pandemik ini telah memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat dan kita semua berkenalan dengan pergantungan universal pada teknologi untuk menghubungkan kita. Ini telah meningkatkan digitalisasi ke tahap baru, ketika rakyat Malaysia mula memanfaatkan teknologi sepenuhnya – dari kehidupan peribadi, pembelajaran, urusan perniagaan dan menggerakkan ekonomi. Kesalinghubungan menjadi asas perkhidmatan digital dan menyokong gaya hidup digital pengguna dan perniagaan. Visi Maxis adalah untuk membina rangkaian terunggul untuk negara, sejajar dengan tujuan kami untuk menyediakan teknologi terbaik bagi membolehkan rakyat Malaysia ‘Terus Menerajui’ dalam dunia yang berubah,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.
Kiulu, sebuah pekan kecil di Tuaran, Sabah, adalah salah satu lokasi di mana Maxis telah membina tapak baru dan melaksanakan penaiktarafan tapak 4G pada tahun lepas. Ini telah melengkapkan komuniti di enam buah kampung, Kampung Sinorut, Kampung Gonipis, Pukak, Lokub, Mantob dan Kitapol, dengan liputan 4G berkelajuan tinggi untuk pertama kalinya.
Dalam memberikan pengalaman digital yang berkualiti, Maxis mengaktifkan Voice over Long-Term Evolution (VoLTE) pada bulan Oktober tahun lalu, sebuah teknologi panggilan suara yang canggih. VoLTE kini tersedia untuk pelanggan pasca bayar Hotlink dan Maxis yang menggunakan telefon yang menyokong servis tersebut, pada pelan Pengguna serta Perniagaan. Pelaburan berterusan dalam rangkaiannya juga membolehkan Maxis untuk terus maju dan mengekalkan kedudukan kepemimpinannya dalam Laporan Prestasi Rangkaian 2019 oleh SKMM selama empat tahun berturut-turut.
Inisiatif utama tahun ini
Untuk tahun 2021, Maxis akan tetap fokus untuk mengoptimumkan rangkaiannya sebagai persediaan menghapadi peningkatan aliran trafik Internet yang berterusan.
Maxis terus mempercepat pengembangan liputan 4G ke kawasan luar bandar sebagai sebahagian daripada projek USP, sambil memperkukuhkan kualiti pengalaman pelanggan di kawasan bandar, kediaman dan perindustrian, dengan penaiktarafan tapak mudah alih di Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, Maxis akan melancarkan fiber di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Johor, bertumpu kepada lokasi luar bandar dan terpencil, sambil bekerjasama dengan penyedia akses untuk menghubungkan lebih banyak premis di negara ini. Untuk memberikan sokongan lebih lanjut kepada para pelanggannya, Maxis akan melancarkan komunikasi mengenai penamatan 3G yang dijadualkan pada akhir 2021, termasuk kempen peranti 4G.
Komitmen untuk menyampaikan inovasi 5G terbaik
Maxis terus membina kes penggunaan 5G yang baru dan inovatif untuk mendidik masyarakat tentang potensi dan kemampuan teknologi 5G melalui Projek Demonstrasi 5G (5GDP) dan pameran industri. Antaranya termasuklah 5G dalam pendidikan melalui eKelas VR, Sekuriti Pintar, Pertanian Pintar dan aplikasi Fixed Wireless Access. Perkongsian Maxis dan Huawei juga telah maju dengan baik dalam inisiatif TechCity di Kuala Lumpur yang bertumpu kepada peningkatan kapasiti 4G dan pengalaman pengguna, membolehkan penggunaan 5G yang cepat, serta mencapai optimum sumber rangkaian. Maxis telah lama menyiapkan rangkaian IP generasi baru sedia-5G, di sampingmenjalankan percubaan yang berjaya, termasuk percubaan langsung 5G pertama di negara beberapa tahun yang lalu.