Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Bundle keselamatan Internet terbaru Maxis tawar kemudahan dan kemampuan untuk keluarga 

internet security
  • Komited untuk membantu keluarga dan individu mengemudi dunia siber dengan selamat dengan sekuriti Internet tanpa bimbang
  • Pilih daripada pakej tahunan atau bulanan 2-dalam-1, atau langganan individu Kaspersky Safe Kids dan Kaspersky VPN Secure Connection
  • Pelanggan yang mendaftar untuk pakej sehingga 30 November menikmati langganan setahun percuma

Dengan ledakan maklumat di hujung jari, keselamatan dan sekuriti Internet amat diutamakan dalam gaya hidup digital masa kini. Komited untuk membolehkan navigasi dunia siber yang lebih selamat, Maxis menawarkan penyelesaian Internet Security yang senang dan berpatutan – memberi perlindungan tambahan untuk privasi data dan juga membolehkan ibu bapa memantau aktiviti anak dalam talian.

“Rakyat Malaysia kini menggunakan kadar data yang tinggi dan mengakses Internet untuk kegunaan apa jua. Kajian kami menunjukkan pengguna lebih prihatin untuk mengambil langkah tambahan bagi melindungi diri dan orang tersayang. Kami ingin membantu keluarga dan individu dilindungi dalam talian dengan penyelesaian sekuriti terbaik supaya mereka boleh layari dengan fikiran yang tenang. Oleh itu, kami telah menghimpunkan penyelesaian bundle semua-dalam-satu pada harga yang berpatutan,” kata Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis.

Tawaran Maxis Internet Security ini dilengkapi dengan langganan Kaspersky Safe Kids dan Kaspersky VPN Secure Connection. Pelanggan boleh memilih untuk daftarkan 2-in-1 Internet Security Bundle untuk menikmati kedua faedah pada hanya RM15untuk tahun pertama. Untuk masa yang terhad sahaja, pelanggan yang mendaftar untuk pakej ini bermula hari ini sehingga 30 November 2021 boleh menikmati langganan secara percuma untuk tahun pertama. Sebagai alternatif, mereka boleh mendaftar secara berasingan untuk Kaspersky Safe Kids hanya pada RM3 sebulan, atau Kaspersky VPN Secure Connection hanya pada RM9 sebulan.

Dengan penyelesaian sekuriti tanpa bimbang ini, ibu bapa boleh memantau masa skrin anak-anak dan mengurus akses mereka ke dalam media sosial dan laman web, serta menyekat kandungan dan laman web yang merbahaya. Mereka juga akan dapat melihat lokasi anak pada peranti sendiri dengan makluman masa nyata. Sementara itu, Kaspersky Secure Connection menambah satu lagi lapisan keselamatan apabila mereka disambungkan ke WiFi awam semasa membeli-belah dalam talian atau melakukan transaksi perbankan.

Untuk menikmati pakej Maxis Internet Security, pelanggan boleh memilih pelan mereka pada aplikasi Maxis, atau melayari https://www.maxis.com.my/en/lifestyle/internet-security/

Keselamatan siber sentiasa menjadi keutamaan Maxis, dengan komitmen untuk memastikan pengguna Internet, terutamanya kanak-kanak dan belia, kekal berwaspada. Dalam memperjuangkan keselamatan siber di kalangan pelajar, program komuniti utama Maxis, eKelas, dengan kerjasama Astro Ceria, menerbitkan bersama siri Geng Gajet – empat episod yang mengikuti perjalanan lima pelajar ketika melayari kehidupan seharian menggunakan Internet. Menangani keselamatan Internet dengan cara yang menyeronokkan dan berkait dengan persekitaran mereka, setiap episod merangkumi isu-isu semasa biasa, termasuk kepentingan teknologi, mengenali bahaya orang asing, menangani pembuli siber dan mencipta jejak digital yang selamat. Berdasarkan kepada siri empat episod tersebut, eKelas mengendalikan pertandingan Bijak Siber Geng Gajet di mana pelajar berpeluang menyelesaikan misi digital mingguan menggunakan kreativiti mereka dalam mencipta catatan blog, puisi, jalur komik dan video pendidikan.

Archives
Tags