Pencapaian suku pertama Maxis kukuh dengan pertumbuhan mudah alih, fiber dan Perusahaan, didorong strategi konvergen
- Hasil perkhidmatan meningkat kepada RM2,030 juta, naik 3% tahun-ke-tahun
- EBITDA stabil pada RM930 juta
- Keuntungan Selepas Cukai (PAT) pada RM298 juta
- Aliran Tunai Percuma Operasi meningkat kepada RM669 juta, meningkat sebanyak 11.3% tahun-ke-tahun
- Dividen interim diisytihar sebanyak 5 sen sesaham untuk suku pertama
Maxis Berhad (Maxis) sekali lagi mencatatkan suku yang berdaya tahan dalam persekitaran yang mencabar, di samping terus meningkatkan pelaburan untuk memperkukuhkan perniagaan mudah alih teras sambil mempercepatkan pertumbuhan perniagaan Fiber dan Perusahaan. Didorong oleh strategi konvergen yang mantap, Syarikat telah menyampaikan peningkatan 3.0% tahun-ke-tahun dalam Hasil Perkhidmatan bagi suku pertama kepada RM2,030 juta, dengan EBITDA dan Keuntungan Selepas Cukai yang stabil. Maxis juga mengisytiharkan dividen interim sebanyak 5 sen sesaham untuk suku tersebut.
Dengan akses kepada lebih 5 juta kediaman di seluruh negara menerusi rangkaian Fiber, Maxis dijangka akan membina ketersambungan melepasi 400 premis dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang. Majoriti daripadanya dijangka siap pada tahun ini. Sementara itu, Maxis juga menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar kediaman 4G untuk kawasan tanpa liputan fiber.
Perniagaan Pengguna Maxis terus mencatatkan pertumbuhan, memacu dalam segmen mudah alih, mengekalkan keunggulan rangkaian dan pilihan utama bagi kesalinghubungan konvergen. Menerusi perkongsian yang teguh, Maxis Business juga telah mempercepatkan transformasinya menjadi rakan kongsi teknologi yang padu dan bersedia untuk berkhidmat kepada pasaran dengan penawaran ICT menyeluruh yang konvergen.
Dalam memastikan pelanggannya terus menikmati Rangkaian Menyeluruh, Maxis telah melabur dengan ketara sebanyak RM171 juta, dalam perbelanjawan modal bagi suku tersebut. Sebahagian besar telah digunakan untuk penyelesaian Perusahaannya serta memenuhi sasaran Jalinan Digital Negara (JENDELA). Suku ini juga menyaksikan tumpuan untuk menyampaikan pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi dalam persekitaran digital. Ini meningkat tahap kepuasan pelanggan yang kukuh pada +63 mata, meningkat 5 mata tahun-ke-tahun.
Komen Gökhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis:
“Kami amat gembira dengan permulaan yang kukuh bagi tahun ini dan prestasi kami yang berdaya tahan menunjukkan bahawa strategi konvergen kami berada di landasan yang betul. Keutamaan kami adalah untuk meneruskan penawaran rangkaian konvergen yang hebat, serta pengalaman yang tiada tandingan untuk semua pelanggan. Kami komited untuk membina, dan juga menghubungkan komuniti untuk masa depan digital negara.”
Sorotan kewangan Q1 tahun-ke-tahun – Q1 2022 vs Q1 2021
- Hasil perkhidmatan meningkat kepada RM2,030 juta, naik 3.0% tahun-ke-tahun, dipacu oleh Pascabayar, kesalinghubungan Kediaman dan Perniagaan Perusahaan.
- Hasil Perniagaan Pengguna mencatatkan pertumbuhan kukuh, meningkat 2.4% kepada RM1,642 juta, didorong oleh strategi konvergen Maxis yang meraih ganjaran walaupun pasaran prabayar semakin lemah.
- Segmen pascabayar (Maxis Postpaid & Hotlink Postpaid) teguh, dengan peningkatan langganan sebanyak 9.2% tahun-ke-tahun
- Segmen pascabayar kekal berdaya tahan dengan penggunaan tinggi pelan Hotlink Prepaid Unlimited dan Hotlink Prepaid Pantas yang menarik
- Salinghubungan kediaman mencatatkan jumlah yang kukuh dengan kesalinghubungan meningkat 19.2% tahun-ke-tahun dan hasil perkhidmatan menokok 21.2% kepada RM200 juta. Suku pertama ini sahaja, segmen ini telah mencatatkan peningkatan sebanyak 24K sambungan didorong oleh penggunaan kukuh pakej konvergen Maxis Unlimited Postpaid & Fiber.
- Hasil Perniagaan Perusahaan meningkat sebanyak RM388 juta, naik 5.4% sementara Maxis terus membina asas akaun yang kukuh dalam perjalanannya untuk menjadi Penyedia Penyelesaian ICT No. 1.
- EBITDA stabil pada RM930 juta berbanding suku sebelumnya, walaupun menurun sedikit sebanyak 3.2% tahun-ke-tahun disebabkan oleh peningkatan volume subsidi peranti yang dikontrak yang akan memberikan hasil yang konsisten sepanjang tempoh kontrak dalam beberapa bulan akan datang.
- Keuntungan selepas cukai (PAT) berada pada RM298 juta, tahun-ke-tahun lebih rendah disebabkan kos pelunasan yang tinggi dari hak spektrum. Sementara itu, PAT meningkat 3.1% suku-ke-suku disebabkan kos susut nilai yang lebih rendah dengan penamatan rangkaian 3G.
- CAPEX pada suku tersebut berjumlah RM171 juta, meningkat 25.7% tahun-ke-tahun apabila Syarikat terus melabur dengan banyak untuk mengukuhkan akses dan platformnya untuk menyampaikan penyelesaian Perusahaan, serta mengimbangi semula kapasiti.
- Aliran tunai bebas operasi (OFCF), dinormalisasi untuk pembayaran USP sebanyak RM185 juta, kekal teguh pada RM669 juta meningkat 11.3% tahun-ke-tahun dipacu oleh tumpuan yang kuat pada inisiatif modal kerja dan pengurusan aliran tunai.
Sorotan utama Q1 2022
Penyelesaian inovatif dan kerjasama kukuh untuk pengalaman peribadi tiada tandingan
- Memperkenalkan Hotlink Prepaid Pantas, pas internet mudah alih berkelajuan tinggi yang mampu dimiliki semua, tanpa pembaziran dengan tempoh sah yang lebih lama, untuk kawalan, fleksibiliti dan internet yang lebih berkualiti.
- Bekerjasama dengan Touch ‘n Go (TnG) eWallet untuk membolehkan pengguna melayari kedai dalam talian Maxis dengan lancar bagi pembayaran bil, membeli-belah produk dan perkhidmatan Maxis dengan tawaran eksklusif serta menaik taraf pelan mudah alih mereka dengan mudah.
Mempercepatkan perjalanan untuk menjadi Penyedia Penyelesaian ICT No. 1 negara
- Sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi di bawah Geran Pendigitalan PKS MDEC, bantu mendigitalkan 24,000 PKS pada Q1 2022.
- Dipilih oleh Teladan Setia Sdn Bhd, salah satu pemaju hartanah terbesar di Melaka untuk menyampaikan pengalaman internet kediaman yang unggul kepada lebih 2,100 kediaman di Taman Bertam Heights, Melaka.
- Bekerjasama dengan Hewlett Packard Enterprise (HPE) untuk membawa Multi-access Edge Computer (MEC) pertama di negara, sebagai penyelesaian digital perusahaan, membolehkan tindak balas pengkomputeran satu digit milisiaat yang diproses dan disimpan tepi rangkaian, dan membawa sumber awan lebih dekat kepada pengguna akhir berbanding sebelum ini.
Menyampaikan pengalaman rangkaian premium dengan teknologi terbaik
- Mencapai sasaran komersil untuk JENDELA pada Q1 2022, mempercepatkan kapasiti untuk mudah alih dan tetap, dengan 12 tapak baharu, 609 dinaik taraf dan meluaskan jejak gentian melepasi 3k premis.
- Bersama MIMOS dan Huawei Malaysia, mewujudkan perkongsian tiga pihak untuk membina Hab Inovasi 5G dan AI untuk membantu mempercepatkan kes penggunaan industri yang didayakan oleh 5G, IoT, Cloud dan AI, untuk membantu potensi besar teknologi canggih yang boleh digunakan merentasi industri.
- Sebagai persediaan untuk pengalaman pengguna yang dipertingkatkan, berjaya mencuba teknologi 10G PON (Gigabit Passive Optical Network) secara langsung, mencapai kelajuan muat turun hampir 10Gbps melalui rangkaian fiber ke rumah (FTTH) generasi akan datang.
Melabur kepada masa depan negara
- Melancarkan kempen jenama Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia (RKRM) dengan komitmen yang diperbaharui dan mendalam untuk memperkasakan rakyat Malaysia dan perniagaan di negara ini untuk kekal bersalinghubung bila bila masa, di mana jua, sambil meraikan kekuatan dan kepelbagaian Malaysia serta berkhidmat kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat berdasarkan keperluan unik masing-masing.
- Dinobatkan Graduate’s Choice Awards 2022 (kategori telekomunikasi), dan Naib Juara pertama M100 Leading Graduate’s Employers Awards 2021 (kategori telekomunikasi), satu pengiktirafan terhadap budaya warga Maxis dan kejayaan dalam melibatkan bakat sedia ada dan akan datang.
Menyokong negara dan melabur kepada komuniti
- eKelas, program pendidikan digital Maxis, menganugerahkan 'penjelajah angkasa' paling inovatif selepas tamat pertandingan STEM sulungnya, Misi Jelajah Digital.
- Memberi ganjaran kepada pemenang pertandingan eKelas HIP Maxis untuk peningkatan dalam penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran bercerita, dengan telefon pintar, tablet, fon kepala dan kotak hadiah dengan barangan eKelas eksklusif.
- Kakitangan Maxis mengumpulkan lebih daripada RM100k, termasuk jumlah yang dipadankan oleh Syarikat. Bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang membantu mengenal pasti keluarga penerima dan mengedarkan baucar tunai untuk membeli keperluan rumah.