Jelajah tempatan UsahaWIRA oleh Maxis Business bakal memberi inspirasi untuk digitalisasi PKS
- Pameran yang bakal diadakan di 5 hentian di seluruh negara memberi maklumat dan penyelesaian daripada peneraju industri untuk memperkasakan PKS dalam industri makanan dan minuman serta runcit untuk menjalani digital
- Kisah bersiri untuk memberikan tumpuan kepada hero PKS dan memberi inspirasi kepada perniagaan lain untuk belajar tentang betapa mudahnya untuk menjalani digitalisasi
- Usaha-usaha adalah sebehagian daripada program UsahaWIRA Maxis Business yang dilancarkan pada tahun 2021 untuk menyokong PKS melalui Geran Digitalisasi SME
Para wira menginspirasikan kita untuk berimpian, belajar dan mencapai kejayaan. Dengan memfokuskan PKS di seluruh Malaysia, Maxis Business telah melancarkan jelajah UsahaWIRA yang pertama di seluruh negara dengan sesi rangkaian dan kisah bersiri yang baharu untuk menghubungkan lebih banyak perniagaan dan pengusaha.
Jelajah ini bertujuan untuk mendidik PKS dalam menjalani digitalisasi dengan berjaya serta sedia untuk masa hadapan. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada program UsahaWIRA yang telah dilancarkan pada tahun 2021, untuk memanfaatkan Geran Digitalisasi SME oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
“Perniagaan perlu paham kepentingan digitalisasi tidak memakan banyak kos, dan mereka tidak mampu ketinggalan. Program ini ialah peluang yang baik untuk PKS mendapat inspirasi dan mengambil pengajaran dari perjalan rakan-rakan usahawan mereka. Kami telahpun menolong lebih daripada 25,000 PKS melalui Geran Digitalisasi SME dan berharap dapat menggalakkan penyertaan yang lebih ramai supaya kami boleh membimbing mereka pada setiap langkah,” kata Kevin Lee, Ketua Segmen PKS Maxis.
Berikutan daripada jelajah pertama di Connexion Conference & Event Centre, Kuala Lumpur pada 3 Ogos, jadual seterusnya adalah seperti berikut:
Tempat | Tarikh | Masa | Sesi rangkaian |
---|---|---|---|
Renaissance Hotel, Johor Bahru | 10 Ogos | 12pm-4.30pm | Makan tengah hari & teh |
Eastin Hotel, Penang | 17 Ogos | 12pm-4.30pm | Makan tengah hari & teh |
H Elite Design Hotel, Kota Bahru | 20 Ogos | 9am-1.30pm | Sarapan |
Imperial Hotel, Kuching | 24 Ogos | 12pm-4.30pm | Makan tengah hari & teh |
Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://business.maxis.com.my/ms/campaign/smegrant/roadshow/
Jelajah UsahaWIRA di seluruh negara
Sebagai komitmen untuk memudahkan digitalisasi dengan lebih baik dan pantas untuk perniagaan, Maxis membawa sumbernya ke satu lokasi untuk jelajah UsahaWIRA di seluruh negara. Pengunjung boleh mengetahui penyelesaian untuk pemasaran digital, jualan elektronik, pekerjaan dari jauh dan sebagainya di pameran oleh Maxis Business dan rakan kongsinya, iaitu AmBank, BSN, MDEC dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia.
Pengunjung juga boleh mendapatkan konsultasi percuma untuk memeriksa sama ada mereka layak menuntut sehingga RM5,000 daripada Geran Digitalisasi SME. Mereka boleh mendapatkan inspirasi melalui sesi meja bulat dengan pemilik perniagaan tempatan yang akan bercerita tentang perjalanan digitalisasi perniagaan mereka, mendapat akses kepada tawaran perniagaan yang ekslusif, dan berangkaian antara satu sama lain. Selain itu, pengunjung berpeluang untuk memenangi peranti dan hadiah cabutan bertuah yang menarik.
Kisah transformasi UsahaWIRA
Untuk memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai aspirasi digital, Maxis juga mempamerkan kisah PKS daripada pelbagai industri, merangkumi makanan & minuman, runcit dan pertanian, yang telah meraih faedah daripada Geran Digitalisasi SME. Perniagaan yang sebahagian daripada komuniti UsahaWIRA akan menikmati akses ekslusif kepada bengkel, acara, dan panduan untuk memajukan perniagaan mereka. Mereka juga berpeluang untuk menjalin rangkaian dan belajar antara satu sama lain.
Maxis telah menyokong komuniti PKS untuk beberapa tahun. Sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) oleh MDEC di bawah Geran Digitalisasi SME, Maxis membolehkan PKS yang memohon Geran tersebut melalui Maxis untuk memilih daripada pelbagai penyelesaian digital dan perhubungan untuk merancakkan aspirasi digital mereka. PKS boleh memanfaatkan pemasaran digital, jualan elektronik, pekerjaan dari jauh dan penyelesaian e-dagang di Rangkaian Gred Perusahaan Generasi Seterusnya, dan bermanfaat daripada satu titik sentuhan Maxis untuk pengalaman induksi sehenti, yang berada di salah satu rangkaian runcit terbesar di seluruh negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program UsahaWIRA Maxis Business: https://business.maxis.com.my/ms/campaign/smegrant/