Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis pupuk inovasi runcit melalui binaan usaha niaga bersama syarikat pemula analisis runcit tempatan ComeBy

Maxis fosters retail innovation with venture building in local retail analytics startup ComeBy
  • Mengambil kepentingan besar dalam syarikat pemula analysis runcit tempatan, ComeBy, untuk memperkasakan inovasi bagi industri runcit sejajar dengan ekonomi digital
  • Maxis memanfaatkan rangkaian utama melalui usaha niaga dengan menyediakan akses teknologi dan rangkaian manusia
  • Maxis komited dengan pembangunan usaha niaga korporat dan strategi untuk menyokong syarikat startup dan perniagaan yang didorong oleh teknologi

Berikutan pengumuman inisiatif pembinaan usaha niaga dalam bidang pendidikan teknologi pada bulan Jun, Maxis kini mengambil kepentingan besar dalam syarikat pemula analisis runcit tempatan, ComeBy, sebagai usaha untuk memperkasakan inovasi dan digitalisasi dalam industri runcit. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Maxis dalam pembinaan usaha korporat dan strategi untuk menyokong syarikat pemula dan perniagaan teknologi.

Sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka negara, Maxis memanfaatkan rangkaiannya dengan menyediakan akses teknologi dan rangkaian manusia untuk menggandakan ekonomi tempatan.

“Kami berbesar hati dengan momentum kegiatan usaha sama kami. Ini menunjukkan komitmen berterusan dalam memupuk inovasi tempatan. Pelaburan kami dalam ComeBy akan memperkasakan usahawan dan perniagaan tempatan yang mampu memberi impak kepada industri melalui inovasi digital. Kami yakin bahawa pendekatan inovatif ComeBy terhadap data pembeli boleh memberikan peluang baharu untuk peruncit,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran, Maxis.

ComeBy memberikan peruncit luar talian maklumat tentang pilihan pembeli individu sebelum pembayaran. Dengan gabungan pengesanan aktif dan pasif, syarikat ini meningkatkan penglibatan dan mengoptimumkan penjualan dalam kedai, pemasaran semula dan perdagangan. ComeBy telah memulakan ujian perintis dengan beberapa rakan niaga runcit terkemuka seperti Senheng. ComeBy mengalu-alukan peruncit yang berminat untuk melayari laman web mereka di  ComeBy.io.

“Selain daripada pelaburan kewangan yang membantu kami mengembangkan pasukan dan meningkatkan skala dengan lebih segera, kami teruja untuk memanfaatkan rangkaian rakan niaga Maxis yang luas, serta sumber teknologi yang menyeluruh,” kata Barry Oi, rakan pengasas ComeBy.

ComeBy merupakan hasil kerjasama dengan Wright Partners, pembina usaha niaga korporat yang meneroka peluang dalam ruang teknologi runcit. Selain pembiayaan, Maxis juga akan menyediakan akses sokongan melalui keupayaan, pengalaman dan bakat kepada syarikat laburan mereka.]

Maxis telah lama aktif dalam ruang inovasi. Baru-baru ini, Maxis mengumumkan penglibatannya dalam pembinaan usaha niaga dengan syarikat pemula pendidikan teknologi Gurulab. Maxis juga membangunkan beberapa program inovasi dengan ekosistem pemula menerusi pelbagai inisiatif seperti Maxis IoT Challenge, siri SPARK, Market Access Day, dan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Archives
Tags