Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis meraikan CNY dengan tradisi dan teknologi

Maxis Chinese New Year
  • Pelancaran filem ‘Make Our Luck’ tentang pemilik perniagaan ‘homestay’ bersama cucunya yang memanfaatkan tradisi dan teknologi
  • Dua sesi strim secara langsung ‘How to Make Our Luck’ khas untuk pelanggan PKS Maxis dan orang ramai bersama ikon terkenal, Dato’ Joey Yap
  • Kempen menunjukkan gabungan tradisi dan teknologi bagi mencari peluang untuk Terus Menerajui

Tahun Baru Cina adalah masa yang sesuai bagi individu dan perniagaan menetap semula perniagaan dengan meraikan tahun yang lebih untung dan makmur. Maxis meraikan musim perayaan ini dengan gabungan tradisi dan teknologi melalui filem perayaannya, ‘Make Our Luck’ dan sesi strim secara langsung ‘How to Make Our Luck’ bersama Dato’ Joey Yap, Pengasas dan Ketua Perunding Joey Yap Consulting Group.

“2020 membuka lembaran baharu dalam kehidupan kita, dan saya pasti rakyat dan perniagaan menantikan masa depan yang lebih ong dan huat. Walaupun ramai mengambil langkah tambahan untuk menjemput tuah melalui tradisi dan fengshui, kami percaya mereka juga boleh mendapat manfaat daripada teknologi dan salinghubungan. CNY ini, kami ingin memberi contoh mengapa tradisi dan teknologi adalah gabungan kuat dan menyokong satu sama lain, terutamanya dengan rangkaian yang hebat. Ini membuka peluang untuk kami Terus Menerajui, bersama-sama,” kata Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis.

‘Make Our Luck’ mengisahkan seorang pemilik perniagaan homestay yang mengamalkan adat untuk membawa tuah kepada perniagaannya untuk tahun baharu. Cucunya, Didi pula percaya mereka hanya akan berkembang maju melalui kuasa teknologi dan rangkaian. Gabungan pendapat mendapati bahawa kedua-dua kaedah boleh membantu satu sama lain.

Selain filem CNY, Maxis juga bekerjasama dengan Dato’ Joey Yap untuk menjalankan dua sesi strim langsung khas ‘How to Make Our Luck’ untuk 2022. Sebagai penerima besar teknologi dan pendigitalan, pendekatan perundingan fengshui Dato’ Yap memerlukan individu untuk mengambil Tindakan dan bukan setakat meletakkan perhiasan atau memakai warna bertuah. Sesi strim secara langsung pada 10 Feb, jam 8:30 malam di Facebook Maxis terbuka kepada semua, manakala sesi strim secara langsung pada 11 Feb, jam 8:30 malam adalah eksklusif untuk pelanggan PKS Maxis. Mereka akan berpeluang memenangi satu sesi bimbingan perniagaan bersama pasukan perunding Dato’ Joey Yap.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, tonton filem itu dan ketahui cara menyertai sesi strim langsung bersama Dato’ Joey Yap, pergi ke www.maxis.com.my/cny2022/

Maxis Chinese New Year
Maxis Make Our Luck For 2022 with Dato' Joey Yap
Archives
Tags