Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

eKelas Usahawan Maxis menarik minat usahawan dalam pembangunan kehadiran digital yang lebih kukuh

Maxis’ eKelas Usahawan
  • Lebih 1,000 usahawan wanita meraih manfaat daripada program jangkauan komuniti Maxis
  • eKelas Usahawan ialah program pemasaran digital yang disasarkan khusus untuk usahawan wanita
  • Pendaftaran kini dibuka dan peserta yang merinat boleh mendaftar melalui laman web Maxis 

Kemahiran digital amat penting bagi semua aspek masyarakat dan memainkan peranan sebagai pemacu inklusif sosial. eKelas Usahawan, program jangkauan komuniti Maxis, disasarkan kepada usahawan wanita terutamanya daripada komuniti B40 untuk melengkapkan mereka dengan alatan dan kemahairan digital untuk membantu mereka dalam perniagaan. 

Setahun selepas pelancarannya pada tahun 2021, eKelas Usahawan Maxis telah berjaya melatih lebih daripada 1,000 usahawan untuk membangunkan kehadiran digital yang lebih kukuh. Program ini terdiri daripada beberapa siri bengkel digital dengan pendekatan praktikal untuk melengkapkan usahawan dengan modul seperti kemahiran asas pemasaran, fotografi digital, penulisan dan perancangan kempen pemasaran dan pengiklanan dalam talian dan media sosial. 

“Kami amat berbesar hati melihat program ini mendapat sambutan sejak pelancaran kami tahun lepas, dan juga memberi manfaat kepada ramai usahawan wanita. Kami telah melihat secara langsung bagaimana mereka menggunakan kelebihan kemahiran pemasaran digital asas untuk perniagaan mereka. Inilah maksud eKelas Usahawan, dan kami berharap lebih ramai wanita di seluruh negara mendaftar untuk tahun ini,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis. 

Peserta yang berminat sama ada usahawan sedia ada atau bakal usahawan amat digalakkan untuk mendaftar secara percuma di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/corporate-responsibility/. Sementara itu, Maxis juga sedang berbincang dengan rakan kongsi lain menarik lebih ramai usahawan terutamanya wanita untuk menyertai dan memanfaatkan program tersebut.

Bengkel eKelas Usahawan diadakan secara maya melalui webinar awam bersama rakan latihan Maxis dan sokongan daripada sukarelawan Maxis sendiri, mSquad jika diperlukan. Maxis juga telah bekerjasama dengan pelbagai NGO dan agensi Negeri termasuk PACOS Trust Sabah, Yayasan Hijrah Selangor, Yayasan Kebajikan Negara, dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, yang telah menyokong program ini dengan urusan logistik serta mengenal pasti peserta untuk sesi khusus. 

 

Testimoni Peserta

“Bengkel ini telah membantu kami memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang fungsi dan petua pemasaran pada pada platform dalam talian. Matlamat yang ditetapkan semasa program juga mengajar dan mendorong kami untuk memantau prestasi dengan berkesan dari semasa ke semasa. Saya amat mengesyorkan pemilik perniagaan kecil di seluruh negara untuk menyertai eKelas Usahawan,” – Rosila Mohd Rosidi, Pengasas DokiDoki Okonomi.

“Pengajaran dan pembelajaran melalui bengkel eKelas sangat mudah difahami. Ia juga relevan dengan situasi semasa kita yang menggalakkan pendigitalan,” – Nur Azmaliza binti Abdul Rahmat, peserta.

“Saya menghadiri webinar semasa musim PKP sebelum ini. Program ini mengajar saya asas pemasaran digital yang penting untuk perniagaan beroperasi semasa wabak pandemik. Saya mendapat banyak pengetahuan dan rakan baharu. Terima kasih, Maxis dan semua yang terlibat kerana membantu usahawan,” – Fazila Binti Ismail, Pengarah Zahin Travel.

Archives
Tags