Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis rekod prestasi kukuh Q3 dengan pertumbuhan dalam semua segmen

Maxis Logo
  • Hasil Perkhidmatan pada RM2,108 juta, meningkat 3.7% YoY
  • EBITDA meningkat 3.0% YoY kepada RM1,006 juta
  • Pelaburan modal pada RM272 juta bagi suku ini
  • Aliran Tunas Bebas Operasi yang kukuh pada RM812 juta bagi suku ini
  • Mengisytiharkan dividen interim sebanyak 5 sen bersih sesaham

Maxis terus mencatatkan pertumbuhan merentasi semua segmen, didorong oleh prestasi perniagaan pengguna dan perusahaannya. Syarikat telah melaporkan hasil perkhidmatan yang lebih tinggi pada suku ketiga berakhir 30 September 2022, menunjukkan EBITDA dan Keuntungan Selepas Cukai yang sihat. Maxis mengisytiharkan dividen interim sebanyak 5 sen bersih sesaham untuk suku tersebut.

Pada suku ketiga ini, langganan jalur lebar fiber kediaman terus menyaksikan pertumbuhan, dengan peningkatan pelanggan tiga kali ganda sejak 2018, justeru mengukuhkan kedudukan Maxis sebagai peneraju konvergen.

Dengan peningkatan pelanggan dan perusahaan dalam rangkaiannya, Maxis terus melabur dengan ketara dalam rangkaian di samping memenuhi komitmen kepada Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memastikan mereka menikmati pengalaman Rangkaian Menyeluruh Maxis. Pelaburan capex Maxis bagi suku tersebut berjumlah RM272 juta untuk menyokong pertumbuhan berterusan dalam trafik data dan pelancaran fiber.

Komitmen Maxis untuk menyampaikan pengalaman peribadi tiada tandigan (UPE) adalah titik perbezaan, termasuk peningkatan berterusannya dalam keupayaan layan diri digital serta prestasi rangkaian. Ini telah menghasilkan tahap kepuasan pelanggan yang lebih tinggi berbanding suku sebelumnya dengan Skor Promoter Bersih Titik Sentuh (TP-NPS) sebanyak +67 mata, naik 5 mata YoY.

Sementara itu, Perikatan 5G (5G Alliance) Maxis yang ditubuhkan pada bulan Jun, berada pada momentum yang kukuh, dengan pertambahan ahli kini kepada 23 ahli dan bekerjasama dengan rakan kongsi global dan tempatan untuk mencipta dan mengkomersialkan kes penggunaan 5G serta penyelesaian IoT merentas industri di Malaysia dan APAC.

Maxis baru-baru ini melancarkan Strategi Kelestariannya, MAX+, yang merupakan pengukuhan strategi korporatnya untuk membina masa depan yang lebih mampan melalui amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Berpandukan rangka kerja ini yang mewakili fasa pertama perjalanan yang lebih panjang, Maxis mengisytiharkan komitmennya untuk membawa impak positif melalui tiga tonggak utama, iaitu Masyarakat Inklusif Digital, Operasi Hijau dan Kehidupan Lestari, dan Pemerkasaan Rakyat dan Integriti Organisasi.

Komen oleh Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis:

“Kami gembira dengan prestasi kukuh suku ini yang menekankan kestabilan kami dalam membina asas untuk pertumbuhan. Kami sentiasa mengutamakan pelanggan dan memastikan penambahbaikan diteruskan untuk memberi pengalaman terbaik melalui rangkaian, penyelesaian digital dan perkhidmatan. Kami juga teruja untuk membawakan perkhidmatan 5G terbaik untuk pelanggan tidak lama lagi. Pelanggan kini boleh mendapatkan peranti 5G terbaik dari kami terlebih dahulu dengan tawaran menarik yang baru dilancarkan pada hari ini”.

Gokhan Ogut, Chief Executive Officer of Maxis

Sorotan kewangan Tahun ke Tahun – S3 2022 – S3 2021

  • Hasil Perkhidmatan meningkat kepada RM2,108 juta, naik 3.7% hasil daripada pertumbuhan sihat dalam perniagaan Pengguna dan Perusahaan.
  • Perniagaan Pengguna mencatatkan hasil sebanyak RM1,721 juta, meningkat sebanyak 4.1%:
  • Segmen pascabayar (Pascabayar Maxis dan Hotlink) menikmati pertumbuhan pelanggan yang stabil, meningkat 6.4% menjadikan jumlah langganan pascabayar kepada 3.27 juta. Ini menyumbang kepada peningkatan hasil sebanyak 6.0%, berjumlah RM830 juta.
  • Prabayar kekal berdaya tahan walaupun penghijrahan prabayar ke pascabayar berterusan, mencatatkan penurunan sedikit sebanyak 1.8% dalam langganan. Segmen itu menyaksikan penggunaan Hotlink Unlimited berterusan, penggunaan Hotlink Prepaid Pantas yang semakin meningkat daripada segmen baharu dan pekerja migran membantu mengurangkan kesan pergerakan pelanggan prabayar kepada pascabayar.
  • Kesalinghubungan Kediaman menyaksikan pertumbuhan hasil dua angka sebanyak 16.2% dengan 83k kesalinghubungan rumah tambahan YoY, menjadikan jumlah kesalinghubungan fiber kediaman kepada 652k.
  • Perniagaan Perusahaan menyampaikan hasil RM387 juta, meningkat 1.8%, dengan tumpuan untuk mengembangkan keupayaan penumpuannya. Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) juga meningkat sebanyak 5.0%, memastikan potensi berterusan untuk peningkatan hasil.
  • EBITDA kukuh, meningkat sebanyak 3.0% kepada RM1,006 juta hasil daripada inisiatif pengurusan kos yang berterusan.
  • Keuntungan selepas cukai (PAT) berada pada RM315 juta, 3.1% lebih rendah walupun EBITDA kukuh dan Keuntungan Sebelum Cukai YoY yang lebih tinggi. Ini sekali lagi disebabkan oleh Cukai Kemakmuran sekali sahaja untuk tahun tersebut (33% ke atas pendapatan bercukai melebihi RM100 juta).
  • CAPEX bagi suku tersebut ialah RM272 juta, dengan Syarikat terus melabur untuk menyampaikan prestasi rangkaian konvergen terbaik dan pengalaman peribadi tidak ditandingi bagi menyokong agenda pendigitalan negara.
  • Aliran tunai bebas operasi (OFCF) bagi suku tersebut ialah RM812 juta, turun 22.6% disebabkan oleh pembayaran yang lebih tinggi kepada pembekal, yang dijangka pulih dalam tahun ini. Pada akhir suku dilaporkan, syarikat mengekalkan aliran tunai yang kukuh melebihi RM1 bilion.

Sorotan Suku Ketiga 2022

Menyediakan pengalaman kesalinghubungan terbaik untuk pengguna dan meraikan kepelbagaian melalui kempen yang bermakna

  • Melancarkan kempen Maxis Home Fiber untuk menggembirakan isi rumah dengan WiFi yang lebih pantas dan peranti terkini di bawah Zerolution.
  • Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, meraikan pemacu ekonomi digital negara, terutamanya generasi muda, melalui kempen “Apalah Generasi ini?”.

Menyokong pendigitalan perniagaan dan memupuk inovasi

  • Melancarkan jelajah negara pertama UsahaWIRA yang bertempat di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur untuk memberi inspirasi pendigitalan kepada lebih banyak PKS. Setakat ini, telah membantu pendigitalan lebih daripada 26,000 PKS melalui Geran Pendigitalan PKS.
  • Memperluas usaha pembinaan usaha niaga korporat melalui kepentingan yang besar dalam permulaan analitik runcit tempatan, ComeBy, untuk memupuk inovasi dalam industri runcit dan memperkasakan usahawan dan perniagaan tempatan.

Memperkasakan komuniti dengan tumpuan kepada pendidikan

  • Program Maxis eKelas kini telah memberi manfaat kepada hampir 70k pelajar di seluruh negara, dengan tutorial langsung, kandungan pendidikan yang menarik dan aktiviti yang menarik.
  • eKelas Usahawan, bengkel pemasaran digital struktur Maxis yang disasarkan untuk usahawan wanita daripada komuniti B40, berada pada momentum yang kukuh dengan lebih 1,900 usahawan mikrdilatih sejak dilancarkan pada 2021.
  • Meneruskan pelaburan dalam generasi peneraju wanita dan bakat teknologi akan datang dengan pelancaran Program Biasiswa Maxis 2022.
Archives
Tags