Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis umum pelantikan pengurusan utama

Maxis announces key management change

Maxis telah mengumumkan pelantikan Jennifer Wong sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) baharu berkuatkuasa 3 Oktober 2022.

Jennifer mengambil alih Ketua Pegawai Kewangan dan Strategi Maxis, Wayne Treeby yang bakal tamat kontrak dan meninggalkan Maxis pada hujung September 2022 untuk bersama keluarganya di Australia.

Jennifer akan menyertai Maxis dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), dimana beliau telah memegang pelbagai jawatan kanan dalam tempoh lebih 14 tahun sebelum menjadi CFO. Beliau membawa pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam perakaunan, pengawalan, pengurusan kewangan dan operasi, serta perancangan dan analisis perniagaan. Jennifer merupakan graduan Program Pengurusan Lanjutan Harvard Business School, serta Program Pengurusan Am dan Inovasi Insead. Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (Malaysia) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia.

Jennifer telah memulakan kerjayanya sebagai seorang akauntan di Arthur Andersen, dan kemudiannya Ernst & Young dan PWC, di mana beliau memberi nasihat transaksi M&A, mengetuai semakan usaha wajar kewangan untuk latihan korporat dan Tawaran Awam Permulaan di UK, Malaysia dan Hong Kong.

quote

“Kami mengalu-alukan kehadiran Jennifer dan berharap beliau dapat berkembang dan menjadi sebahagian daripada keluarga Maxis. Kami yakin bahawa pengalaman industri belia yang luas amat berharga untuk perniagaan dan mencapai cita-cita kami. Bagi pihak Maxis, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Wayne atas sumbangannya kepada Syarikat dan kami mengucapkan selamat maju jaya dalam usahanya kelak,” - Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Wayne telah bersama Maxis selama empat setengah tahun dan memainkan peranan penting dalam kejayaan pengurusan kewangan Maxis, perancangan strategik, dan pembangunan serta penyampaian visi kepimpinan penyelesaian konvergen kami. Beliau juga telah bantu organisasi melalui persekitaran telko dan pandemik Covid-19 yang mencabar.

Archives
Tags