Maxis Awards kembali, menyambut cadangan baharu
- Bekerjasama dengan SEBA untuk mengenal pasti inisiatif keusahawanan yang luar biasa dan membawa impak positif secara mampan kepada masyarakat tempatan
- Pengemukaan cadangan bagi Maxis Awards pusingan ketiga dibuka hingga 11 Oktober
- Maxis komited untuk membawa teknologi terbaik untuk membolehkan perniagaan dan komuniti untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah
Pusingan ketiga Maxis Awards kini dibuka dengan menerima pengemukaan cadangan sehingga 11 Oktober 2022. Untuk pusingan ini, Maxis bekerjasama dengan SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA), platform tahunan yang mengiktiraf PKS, konglomerat dan usahawan yang telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan positif. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis Awards dan cara menghantar cadangan, kunjungi https://www.maxis.com.my/en/maxis-awards/.
Untuk maklumat lanjut mengenani SEBA, layari https://seba.asia.
“Sejak pelancaran Maxis Awards tahun lepas, kami mendapat inspirasi daripada minda inovatif yang mempunyai keinginan yang kuat untuk memberi impak positif dan mampan kepada masyarakat. Kami berbesar hati untuk meneruskan perjalanan ini dan sangat menggalakkan perusahaan di luar sana untuk mengemukakan cadangan mereka. Kami juga teruja untuk bekerjasama dengan SEBA untuk pusingan ini, sekaligus dapat berkolaborasi dan berusaha demi mencapai aspirasi bersama,” - Loh Jeh Kiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis
SEBA dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia dan dikendalikan oleh Xhale Asia (M) Sdn Bhd sejak 2016, serta berpegang teguh sebagai merit yang saksama, bebas, dan objektif untuk perusahaan.
“SEBA dan Maxis berkongsi matlamat yang sama – untuk mengiktiraf pengusaha tempatan yang cemerlang, dan menyokong mereka untuk lebih maju serta berjaya. Maxis menginspirasikan kami melalui komitmen mereka dalam memupuk inovasi digital dan menyokong negara untuk terus maju dan cemerlang. Oleh itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka dalam pusingan anugerah ini, agar dapat mencari dan menghidupkan idea teknologi yang terbaik. Kami berharap kerjasama ini mempercepatkan pertumbuhan usahawan dalam Malaysia yang baharu dan digital,” - Encik Nitesh Malani, Pengasas SEBA dan Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia
Maxis Awards bertujuan untuk memperkasa, mengiktiraf dan menyokong perusahaan sosial Malaysia yang mempunyai inisiatif dan sumbangan cemerlan dalam memacu impak positif kepada rakyat. Maxis komited untuk memupuk inisiatif tempatan yang mampan dan boleh memacukan negara daripada idea sehingga pelaksanaan, dengan bimbingan dan sokong perusahaan daripada pakar teknikal Maxis serta penyelesaian seperti eDagang, IoT, awan, suara dan kesalinghubungan rangkaian. Selain itu, Maxis akan membantu dari segi pemasaran dan publisiti projek.
Sejak pelancaran Maxis Awards, Maxis telah mengiktiraf empat perusahaan yang mengemukakan inisiatif bertemakan hijau dan penyelesaian teknologi keselamatan. Baca lebih lanjut mengenai projek-projek ini daripada pusingan 1 dan pusingan 2.
Cadangan bagi Maxis Awards akan dinilai oleh panel hakim Maxis melalui proses tersendiri. Syarikat yang disenarai pendek akan membentangkan projek mereka kepada para hakim, dan pemenang harus memenuhi kriteria berdasarkan inovasi, peranan teknologi, dan dengan jelas menunjukkan nilai tambah kepada masyarakat baik dari segi ekonomi, sosial, dan/ atau persekitaran.