Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Hab Internet Serantau Maxis langkah tepat untuk penuhi peningkatan permintaan data di Malaysia Timur

Maxis’ Regional Internet Hub a timely move to meet growing data demand in East Malaysia
  • Hab Internet Serantau di Kuching dirasmikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
  • Trafik data disetempatkan di hab serantau meningkatkan prestasi rangkaian dengan kelajuan dan kependaman yang lebih baik.
  • Hab ini merupakan pelaburan rangkaian yang penting untuk meningkatkan pengalaman Internet pelanggan dan memenuhi keperluan data yang tinggi dan pertumbuhan yang dijangkakan.

Hab Internet Serantau Maxis dirasmikan hari ini oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Yang Berhormat Datuk Hj. Julaihi bin Hj. Narawi.

Hab Internet Serantau baharu yang terletak di Pusat Operasi Teknikal Maxis di Kuching, merupakan pelaburan rangkaian penting untuk meningkatkan pengalaman Internet pelanggan dan memenuhi keperluan data yang tinggi serta pertumbuhan yang dijangkakan.

Maxis’ Regional Internet Hub a timely move to meet growing data demand in East Malaysia
quote

“Salah satu misi utama Kerajaan Negeri Sarawak adalah memastikan akses kepada sambungan internet berkelajuan tinggi yang saksama untuk rakyat negeri ini. Saya teruja dengan pelaburan infrastruktur rangkaian terkini oleh Maxis di Sarawak, yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di sini serta menyumbang ke arah aspirasi digital kita semua,” - Yang Berhormat Datuk Hj. Julaihi

Maxis sebelum ini mengumumkan bahawa ia adalah syarikat telekomunikasi pertama yang membina Hab Internet Serantau di Kota Kinabalu dan Kuching dengan sambungan kandungan antarabangsa secara langsung. Sejak ia dibina, 58% daripada trafik mudah alih di Malaysia Timur telah berjaya disetempatkan di hab serantau, ini disumbangi oleh rangkaian penyampaian kandungan teratas seperti Facebook, Google, Akamai dan Netflix.

quote

“Hab Internet Serantau kami menyediakan pelanggan Maxis di Sarawak dengan pengalaman pengguna yang unggul, membolehkan mereka boleh menikmati kelajuan yang lebih tinggi dan kependaman yang lebih rendah. Kebanyakan halaman web dan video mereka akan dimuat dengan lebih pantas, video menjadi lebih jelas dari segi kualiti imej. Perniagaan di Sabah yang menggunakan teknologi seperti perkhidmatan berasaskan awan, aplikasi IoT dan analitik data juga menikmati peningkatan yang ketara dalam kelajuan dan kependaman," - Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng

Archives
Tags