Siri Maxis Business Spark Engage terus beri tumpuan kepada transformasi digital
- Spark Engage 2023 menampilkan bekas pemandu F1 David Coulthard dan wartawan F1 Lee McKenzie yang memberi pandangan tentang bagaimana industri perlumbaan F1 memanfaatkan teknologi untuk memajukan sukan tersebut
- Melibatkan perbincangan panel dengan pemimpin daripada Maxis, Palo Alto Security dan Holiday Tours
- Maxis komited untuk membawa teknologi terbaik untuk membolehkan perniagaan Terus Menerajui dalam dunia yang berubah
Terus memacu perbualan yang mendalam mengenai transformasi digital untuk memperkasakan perniagaan Malaysia, Maxis telah mengadakan forum Maxis Business Spark Engage yang popular untuk membolehkan perusahaan mendapat kelebihan dalam lanskap digital yang pantas serta tidak menentu.
Pada majlis yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur, Maxis mengetuai sesi panel yang menerokai topik "Formula Kemenangan untuk Membina Kelebihan dalam Ketidaktentuan". Ahli-ahli panel yang menampilkan Kevin Lee, Ketua Segmen Korporat dan PKS Maxis, Ian Lim, Ketua Pegawai Keselamatan Lapangan Asia Pasifik Palo Alto Security, dan Lawrence Annies, Naib Presiden Operasi Holiday Tours, membincangkan komponen utama yang diperlukan untuk mencapai kelebihan sedemikian, termasuk mempercepatkan penggunaan teknologi, mengautomasikan tugas manual, melindungi aset digital, dan faedah bekerjasama dengan penyedia penyelesaian IT yang sesuai.
Perbincangan tumpuan tahun ini menampilkan tetamu khas yang merupakan pemenang Grand Prix sebanyak 13 kali, iaitu David Coulthard, yang berkongsi pandangannya dengan wartawan serta pengarang F1 terkenal Lee McKenzie mengenai bagaimana teknologi telah mengubah dunia perlumbaan F1. Berhubung dengan persekitaran perniagaan yang sangat kompetitif, Coulthard menekankan kepentingan kepercayaan, kerja berpasukan dan semangat dalam menggunakan data masa nyata untuk memastikan ketepatan dan hasil yang optimum, serta amalan terbaik yang boleh digunakan untuk mana-mana perniagaan.
"Transformasi digital adalah perjalanan yang berterusan dan sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk ditemui dalam persekitaran yang dipacu teknologi ini. Inilah sebab siri Maxis Business Spark telah berkembang menjadi platform penting yang memberi peluang kepada perniagaan daripada pelbagai saiz untuk menyelami isu-isu penting yang boleh ditangani secara kolektif, membincangkan penyelesaian serta mendapat manfaat daripada pengetahuan dan pengalaman yang mendalam," - kata Kevin Lee.
Ini merupakan tahun keempat Maxis menganjurkan siri Maxis Business Spark, iaitu sebuah platform untuk membincangkan cabaran dan berkongsi pengetahuan mendalam dalam ekonomi digital. Spark Engage 2023 menandakan lelaran terbaharu acara tersebut, yang terus menjadi peluang berharga bagi perniagaan untuk belajar daripada pakar industri, meluaskan rangkaian dan bekerjasama dengan rakan. Forum eksklusif tersebut menarik pelbagai pemimpin perniagaan terkemuka yang terdiri daripada Ketua Pegawai IT, Pengarah, dan Ketua Jabatan IT yang mewakili PKS utama, syarikat besar dan organisasi
Menyedari bahawa transformasi digital yang berjaya memerlukan kerja berpasukan dan perkongsian yang kukuh, Maxis Business komited untuk menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai oleh pelanggan. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam membantu organisasi menggunakan dan memanfaatkan teknologi, kami memahami cabaran unik yang dihadapi oleh perniagaan hari ini dan menyediakan penyelesaian, rangkaian, dan kepakaran yang tepat untuk membantu mereka untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Maxis Business boleh membantu mempercepatkan perjalanan digital anda, layari: https://business.maxis.com.my/en/campaign/maxis-right-expertise/