Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis menawarkan iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max serba baharu

Maxis offers all-new iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max

Maxis kini menawarkan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus yang menampilkan cip A18 serba baharu, Kawalan Kamera, peningkatan berkuasa kepada sistem kamera termaju, Butang Tindakan untuk mengakses ciri berguna dengan pantas, dan peningkatan besar dalam hayat bateri; iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max, dikuasakan oleh cip A18 Pro dengan prestasi CPU terkemuka industri, menampilkan saiz paparan yang lebih besar, Kawalan Kamera, ciri kamera pro yang inovatif dan lonjakan besar dalam hayat bateri.

Pelanggan Maxis boleh menikmati bayaran ansuran yang rendah dalam tempoh 24 atau 36 bulan dengan faedah 0% dengan pelan Maxis Zerolution. Pelanggan Maxis boleh tukar beli mana-mana model untuk barisan iPhone 16 baharu. Mereka yang bertukar beli dengan model yang layak, termasuk barisan iPhone 11 hingga iPhone 15, juga boleh menikmati penjimatan tambahan sehingga RM500, menerima lebih banyak nilai untuk upgrade mereka.

Maxis juga menawarkan iPhone Bundle Pack yang membolehkan pelanggan menjimatkan sehingga 35% atas aksesori iPhone apabila mereka membeli dalam talian dan memungut di kedai.

Pelanggan boleh membeli barisan iPhone 16 mulai hari ini. Untuk butiran lanjut tentang harga dan pelan data, sila layari https://www.maxis.com.my/en/devices/apple/iphone/

Untuk butiran lanjut tentang produk Apple, sila lawati www.apple.com.

Archives
Tags