Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis jalin kerjasama dengan Hewlett Packard Enterprise untuk menawarkan Rangkaian Dikuasakan AI dan Mengutamakan Keselamatan

Maxis partners with Hewlett Packard Enterprise
  • Sebagai Penyedia Perkhidmatan Terurus, Maxis akan memanfaatkan kelebihan HPE Aruba Networking Central dengan AIOps untuk menawarkan rangkaian dikuasakan oleh AI yang mengoptimumkan kendiri untuk perniagaan Malaysia.
  • Kerjasama ini memperkukuhkan portfolio Perkhidmatan Rangkaian Terurus Maxis Business.
  • Membolehkan perkhidmatan ICT yang cekap dan pintar serta penyelesaian rangkaian yang lebih selamat dalam landskap ancaman siber yang sentiasa berubah.

Maxis telah mengumumkan perkembangan terkini dalam portfolio perkhidmatan terurusnya dengan menjadi salah satu Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP) untuk Hewlett Packard Enterprise (HPE) di Malaysia. Kini, Maxis dapat memanfaatkan perkhidmatan HPE Aruba Networking Central dengan AIOps (kecerdasan buatan untuk operasi IT) dalam penawaran rangkaian oleh Maxis Business bagi pelanggan perusahaan. Perkhidmatan ini dapat mempertingkatkan pengalaman pelanggan dan membolehkan perkhidmatan ICT yang lebih cekap, selamat, dan pintar seperti rangkaian 4G LTE dan 5G persendirian, rangkaian kawasan luas ditentukan perisian (SD-WAN) dan WiFi perniagaan.

HPE Aruba Networking Central dengan AIOps membolehkan rangkaian berkeupayaan AI yang mengutamakan keselamatan dengan menyampaikan analitik dikuasakan oleh AI, automasi dan orkestrasi hujung ke hujung, serta fungsi keselamatan canggih, kesemuanya untuk mengoptimumkan prestasi dan perlindungan rangkaian. Penyelesaian ini boleh membantu perniagaan untuk mengenal pasti isu secara proaktif, mengurangkan penyelesaian masalah kaedah manual, dan mengoptimumkan prestasi rangkaian secara berterusan untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Keselamatan siber merupakan keutamaan tertinggi bagi Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia, dengan permintaan kukuh untuk perkhidmatan dan penyelesaian yang lebih selamat. Kerjasama ini akan meningkatkan tawaran nilai Maxis Business kepada pelanggan, dengan memastikan penyampaian penyelesaian rangkaian yang lebih selamat dalam landskap ancaman siber yang sentiasa berubah. Dengan asas Keselamatan Kepercayaan Sifar oleh HPE Aruba Networking, kebolehpercayaan setiap pengguna dan peranti dalam rangkaian akan melalui pengesahan secara berterusan bagi meningkatkan keselamatan. Arkitektur ini memanfaatkan keupayaan teknologi AI yang berkuasa untuk mengenal pasti semua peranti yang bersambung, menyokong orkestrasi polisi berasaskan identiti di seluruh rangkaian.

quote

“Kami berbesar hati dapat memperkembangkan kerjasama antara Maxis dan HPE dalam memberi nilai yang lebih dan mengukuhkan keselamatan untuk perniagaan-perniagaan Malaysia. Kerjasama ini memperkayakan Perkhidmatan Rangkaian Terurus sedia ada Maxis Business, memberikan perniagaan pilihan daripada pelbagai penyelesaian rangkaian dan keselamatan yang terkemuka serta disesuaikan kepada keperluan khusus mereka. Ini termasuk rangkaian penyelesaian HPE yang luas, merangkumi perkhidmatan rangkaian dari akses ke pinggir ke teras, dan ciri keselamatan yang telah diintegrasikan. Maxis Business dan HPE bersama-sama boleh memperkasakan perniagaan dengan memanfaatkan kekuatan gabungan kami merentasi kesalinghubungan, perkhidmatan terurus dan rangkaian supaya pelanggan boleh menumpukan kepada mengembangkan perniagaan teras mereka.” - Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis

quote

“Dengan peningkatan dalam penggunaan rangkaian berasaskan awan, perniagaan kini sedang beralih kepada penyelesaian rangkaian ditentukan perisian secara maya yang disediakan sebagai perkhidmatan. Kerjasama kami bersama Maxis akan dapat mengatasi kerumitan transformasi digital yang dialami oleh perusahaan di Malaysia dengan penawaran yang mengutamakan keselamatan dan dikuasakan oleh AI, untuk menyediakan pengalaman yang selamat dan dibezakan dari pinggir ke kampus ke pusat data ke awan dengan dasar Kepercayaan Sifar yang didorong oleh AI.” - Magic Hsu, Pengurus Besar HPE Aruba Networking untuk Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau

Melalui teknologi dan rakan-rakan kerjasama, Maxis Business menawarkan pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan terurus untuk perniagaan berbilang saiz. Ini termasuk perkhidmatan ketersambungan 4G dan 5G dan ketersambungan tetap, serta penyelesaian internet kebendaan (IoT), awan, dan keselamatan siber. Komitmen Maxis untuk membawakan inovasi ke pasaran juga merangkumi kes penggunaan yang dikuasakan oleh teknologi 5G-Advanced.

Kerjasama ini merupakan perkembangan signifikan dalam kolaborasi jangka panjang antara Maxis dan HPE. Pada tahun 2022, Maxis dan HPE telah bekerjasama untuk menawarkan penyelesaian digital Pengkomputeran Pinggir Berbilang Akses (MEC) yang pertama di Malaysia untuk perusahaan.

Archives
Tags