Perayauan Data vs Kad SIM Tempatan. Bagaimana Anda Memilih?
Melancong memang menyeronokkan, tetapi apakah cara terbaik untuk kekal berhubung? Sama ada memilih menggunakan pelan perayauan data atau mendapatkan kad SIM tempatan, boleh menjadi satu perkara yang sukar. Kedua-dua pilihan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mari ketahui lebih lanjut!
Apakah maksud Perayauan Data?
Perayauan merupakan penggunaan berterusan rangkaian mudah alih negara asal anda semasa melancong ke luar negara. Ia membolehkan anda mengekalkan nombor telefon dan menggunakan pelan data biasa anda, tetapi dengan kos yang lebih tinggi.
Kelebihan Perayauan
Kelebihan perayauan adalah memudahkan.
Anda boleh terus menggunakan telefon anda seperti biasa tanpa perlu risau untuk menukar kad SIM atau mencari pelan baharu. Tambahan pula, anda tidak perlu memberikan nombor telefon baharu kepada orang lain.
Kekurangan Perayauan
Sekarang, mari bincangkan tentang kekurangan perayauan iaitu kos.
Caj perayauan boleh menjadi sangat mahal, terutamanya apabila anda menggunakan data. Anda akan mendapati perkhidmatan menjadi perlahan atau tidak lancar berbanding di negara anda sendiri.
Satu penyelesaian alternatif adalah dengan membeli kad SIM tempatan. Ini bermaksud anda akan menggunakan rangkaian mudah alih di negara yang anda lawati, yang mungkin lebih murah daripada perayauan. Anda perlu membeli kad SIM dan pelan baharu. Setelah itu, anda boleh menggunakan telefon anda seperti orang tempatan.
Kelebihan Kad SIM Tempatan
Kelebihan mendapatkan kad SIM tempatan adalah seperti: penjimatan kos dan kebolehpercayaan.
Biasanya anda akan membayar lebih murah untuk data dan panggilan berbanding pelan perayauan, dan anda tidak perlu risau tentang caj yang dikenakan. Anda juga boleh menikmati tawaran dan promosi tempatan.
Kekurangan Kad SIM Tempatan
Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menggunakan kad SIM tempatan. Terutama sekali, kesusahan menukar kad SIM dan mendapatkan nombor telefon baharu. Anda mungkin perlu beratur panjang atau menghadapi kesukaran memahami bahasa lain untuk membeli kad SIM tempatan. Selain itu, kad SIM juga boleh hilang sekiranya anda menukar kad SIM tersebut.
Kelebihan dan Kekurangan Perayauan Data dan Kad SIM Tempatan
Mobile Roaming |
|
---|---|
Pros |
|
Cons |
|
Local SIM |
|
---|---|
Pros |
|
Cons |
|
Kelebihan | Kekurangan | |
---|---|---|
Perayauan Data |
|
|
Kad SIM Tempatan |
|
|
Jadi, pilihan yang terbaik bergantung kepada keutamaan dan keperluan anda. Jika kos merupakan kebimbangan utama anda, maka kad SIM tempatan mungkin adalah pilihan yang terbaik. Jika kemudahan dan kesenangan penggunaan adalah lebih penting, maka penggunaan rangkaian mudah alih tempatan dan pelan perayauan adalah lebih sesuai.
Jika anda mencari cara yang mudah dan kos yang efektif untuk kekal berhubung semasa melancong, anda boleh cuba pelan perayauan antarabangsa Maxis 5G. Perkhidmatan yang boleh dipercayai dengan kadar yang berpatutan, terdapat banyak pilihan untuk anda pilih, seperti langganan data tanpa had untuk sehari atau langganan data tanpa had selama 30 hari. Di mana sahaja anda berada, kekal berhubung dengan Maxis tanpa perlu risau tentang had penggunaan data atau caj yang tidak dijangka.
Pelan Perayauan Maxis
Pas | Data Tanpa Had 1 Hari |
Data Tanpa Had Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Plus 7 Hari |
Data Tanpa Had Dunia 30 Hari |
---|---|---|---|
Harga | RM29 |
RM49 |
RM99 |
Jenis Pas |
Pas Satu Negara |
Pas Pelbagai Negara |
Pas Pelbagai Negara |
Tempoh Sah Laku |
1 Hari | 7 Hari |
30 Hari |
Passes | 1 Day Unlimited Data |
---|---|
Price |
RM29 |
Pass Type |
Single country pass |
Validity | 1 day |
Passes | 7 Days ASEAN Plus Unlimited Data |
---|---|
Price |
RM49 |
Pass Type |
Multi-country pass |
Validity | 7 days |
Passes | 30 Days World Unlimited Data |
---|---|
Price |
RM99 |
Pass Type |
Multi-country pass |
Validity | 30 days |