Notis Privasi Kumpulan Syarikat Maxis
Tarikh Berkuat Kuasa: 10 Mac 2025
Terakhir Disemak: 12 Disember 2020
──
Notis Privasi ini menggariskan bagaimana Maxis Berhad dan anak syarikatnya, termasuk Maxis Mobile Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, Maxis International Sdn Bhd dan Maxis Green Solutions Sdn Bhd (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan Maxis”, “kami” atau “kita”) memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda dari segi pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyimpanan, pelupusan dan langkah-langkah keselamatan yang kami laksanakan untuk memastikan data peribadi dan data peribadi sensitif anda dilindungi dengan baik selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”), pindaan, peraturan, perintah dan standard di bawah APDP, Kod Amalan Perlindungan Data Peribadi Untuk Sektor Telekomunikasi 2017, Tata Amalan Umum Perlindungan Data Peribadi 2022 dan undang-undang Malaysia yang berkenaan.
Dengan menyerahkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini. Kami juga memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda selaras dengan undang-undang.
Definisi Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif
Data peribadi dan data peribadi sensitif ditakrifkan di dalam APDP dan merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang mana anda boleh dikenal pasti.
Untuk mengelakkan keraguan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini terpakai jika anda adalah (i) seorang individu yang merupakan pelanggan Maxis; atau (ii) pekerja, pekerja kontrak, wakil, lembaga pengarah atau pemegang saham kepada pelanggan Maxis berstatus perniagaan (termasuk individu yang berniaga sebagai milikan tunggal atau individu yang berniaga secara perkongsian); atau (iii) jika anda bukan lagi pelanggan Maxis, di mana terdapat kewajipan tertunggak sama ada di pihak anda atau di pihak Maxis.
Notis Privasi ini juga terpakai walaupun anda bukan salah seorang daripada pelanggan kami tetapi anda berinteraksi dengan kami apabila anda menggunakan salah satu produk dan/atau perkhidmatan kami, sama ada secara percuma atau dibayar oleh pihak ketiga, mengambil bahagian dalam kaji selidik, menyertai promosi, pertandingan, peraduan, program kesetiaan (“loyalty program”), atau Kempen eWaste Maxis melalui https://www.maxis.com.my/en/aboutmaxis/ewaste, menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami, atau bertanya tentang produk dan/atau perkhidmatan kami.
Jenis Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Yang Diproses
- Semua produk dan/atau perkhidmatan: Kami akan memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda seperti berikut:
- nama anda, tarikh lahir, dokumen pengenalan diri, kepercayaan agama, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan, data biometrik, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon dan e-mel. Data biometrik adalah data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal berkaitan ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku anda termasuk imej wajah, cap jari, dan suara anda;
- kelayakan kredit anda;
- sepanjang perjalanan anda sebagai pelanggan kami;
- maklumat akaun anda (pelan perkhidmatan, maklumat pengebilan);
- maklumat peranti anda (jenis peranti, IMEI, nombor kad SIM);
- data rangkaian telekomunikasi anda (alamat IP, data lokasi);
- data penggunaan anda (rekod panggilan, SMS, MMS, penggunaan internet);
- maklumat kad kredit dan/atau debit anda, butiran akaun bank dan sejarah pembayaran anda;
- status penghantaran atau pemasangan produk dan/atau perkhidmatan yang anda perolehi atau langgan dari kami;
- rakaman imej anda melalui kamera CCTV apabila anda melawat mana-mana pejabat, kedai Maxis dan/atau agen kami yang sah;
- rakaman panggilan yang dibuat oleh anda ke Talian Perkhidmatan Pelanggan kami;
- data berkaitan telekomunikasi yang lain;
- Produk dan/atau perkhidmatan spesifk: data peribadi tambahan yang kami proses apabila anda melanggan:
- Maxis Home Fibre: nombor telefon rumah anda dan alamat pemasangan apabila anda melanggan Maxis Home Fibre kami, nombor akaun rumah fiber anda yang sedia ada dan nama pemegang akaun serta nombor telefon apabila anda membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan rumah fiber dari pembekal perkhidmatan rumah fiber anda yang sedia ada kepada Maxis Home Fibre;
- Program Rujukan Maxis: nama dan nombor telefon keluarga dan/atau rakan anda apabila anda mengambil bahagian dalam program rujukan Maxis melalui https://www.maxis.com.my/en/mobile-plans/refer-friend/;
- Kempen eWaste Maxis: maklumat perkakas dan peralatan eWaste anda (seperti desktop, komputer riba, server, monitor, TV skrin rata, pencetak, projektor, telefon pintar, tablet, telefon mudah alih, perkakas rumah dan aksesori elektrik yang lain) dan pengumpulan mata apabila anda menyertai kempen eWaste Maxis melalui https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/ewaste/;
- Maxis Home Solar: tiga (3) bulan bil terkini anda dari Tenaga Nasional Berhad (“TNB”) atau Sabah Electricity Sdn. Bhd. (“SESB”) atau Syarikat SESCO Berhad (“SESCO”) anda, nama waris terdekat (termasuk dokumen pengenalan diri, alamat, nombor telefon dan e-mel), bukti pemilikan harta (Perjanjian Jual Beli atau Hakmilik Tanah atau Resit Cukai Tanah terkini atau Resit Cukai Pintu terkini), Borang Permohonan SEDA Net Energy Metering (NEM) Rakyat yang telah ditandatangani, Permohonan Meter Pintar TNB atau SESB atau SESCO, Borang Deklarasi SEDA, Borang Permohonan NEM, Sijil NEM, Kontrak NEM dan dokumen-dokumen atau maklumat lain yang berkaitan yang diperlukan oleh Maxis untuk membekalkan Maxis Home Solar dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan yang anda langgan dari kami;
Keputusan anda untuk tidak memberikan data peribadi dan data peribadi sensitif yang diminta mungkin akan menghalang kami daripada memproses permohonan anda untuk membeli atau terus melanggan produk dan/atau perkhidmatan kami.
- Maxis Home Fibre: nombor telefon rumah anda dan alamat pemasangan apabila anda melanggan Maxis Home Fibre kami, nombor akaun rumah fiber anda yang sedia ada dan nama pemegang akaun serta nombor telefon apabila anda membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan rumah fiber dari pembekal perkhidmatan rumah fiber anda yang sedia ada kepada Maxis Home Fibre;
- Semua produk dan/atau perkhidmatan: Kami akan memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda seperti berikut:
Sumber Data Peribadi Dan Data Peribadi Sensitif Yang Diproses
Kami mengumpul data peribadi dan data peribadi sensitif anda dari:
- komunikasi anda dengan kami (contohnya apabila anda mengemukakan borang permohonan untuk menjadi pelanggan kami, atau apabila anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan termasuk dengan menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami);
- penggunaan rangkaian serta produk dan/atau perkhidmatan kami oleh anda;
- penyertaan anda dalam mana-mana kaji selidik, promosi, pertandingan, peraduan atau program kesetiaan (“Loyalty Program”) yang dianjurkan oleh kami;
- pendaftaran minat dan/atau permohonan anda untuk maklumat tentang produk dan/atau perkhidmatan kami;
- maklum balas anda terhadap sebarang bahan pemasaran yang kami hantar;
- lawatan anda ke mana-mana pejabat dan/atau kedai Maxis dan/atau agen kami yang sah;
- pelayaran anda di laman web kami;
- interaksi anda bersama kami melalui sembang langsung, whatsapp, emel dan platform media sosial kami;
- apabila anda membuat aduan kepada kami;
- apabila anda memberikan maklum balas kepada kami.
Selain data peribadi dan data peribadi sensitif yang diperolehi daripada anda (seperti yang dinyatakan di atas), kami juga mungkin memperolehi data peribadi dan data peribadi sensitif anda daripada pihak ketiga yang kami berurusan dengannya atau yang ada kaitan dengan anda (contohnya, agensi rujukan/pelaporan kredit atau institusi kewangan), dan daripada sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk penzahiran data peribadi dan data peribadi sensitif yang berkaitan dengan anda, dan/atau di mana dibenarkan secara sah di bawah undang-undang.
- komunikasi anda dengan kami (contohnya apabila anda mengemukakan borang permohonan untuk menjadi pelanggan kami, atau apabila anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan termasuk dengan menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami);
Sebab Pemprosesan Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda
Kami memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda atau data peribadi dan data peribadi sensitif pihak ketiga (apabila anda dan pihak ketiga tersebut mengambil bahagian dalam program rujukan Maxis melalui https://www.maxis.com.my/en/mobile-plans/refer-friend/ dan/atau Maxis Home Solar) yang anda berikan kepada kami, untuk tujuan-tujuan berikut:
- Penyampaian Perkhidmatan Teras
- Pengesahan identiti anda dan/atau pihak ketiga;
- Penilaian risiko kredit anda;
- Penyediaan produk dan/atau perkhidmatan kami termasuk pengurusan kontrak, pengeluaran bil, khidmat sokongan pelanggan, dan penyelesaian sebarang masalah yang anda hadapi berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;
- Pengurusan jalur rangkaian telekomunikasi dan sistem maklumat kami, termasuk mengoptimumkan prestasi jalur rangkaian telekomunikasi dan sistem maklumat dan menyelesaikan isu-isu teknikal;
- Keselamatan jalur rangkaian telekomunikasi dan sistem maklumat kami termasuk melindungi jalur rangkaian telekomunikasi dan sistem maklumat kami, mencegah penipuan, mengesan dan mencegah pelanggaran keselamatan;
- Penambahbaikan perkhidmatan kami, termasuk menganalisa corak penggunaan untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan membangunkan produk dan/atau perkhidmatan baharu;
- Pencegahan penipuan.
- Pengurusan Hubungan Pelanggan
- Perkhidmatan pelanggan, termasuk menjawab pertanyaan, aduan dan permohonan pelanggan;
- Pemasaran dan promosi, termasuk menawarkan produk dan/atau perkhidmatan yang relevan, tertakluk kepada hak anda untuk menolak (“opt-out”);
- Penyelidikan pasaran termasuk mengumpul maklum balas pelanggan untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan membangunkan produk baharu.
- Penambahbaikan Rangkaian dan Perkhidmatan
- Perancangan dan pembangunan jalur rangkaian telekomunikasi dan sistem maklumat, termasuk menganalisis corak penggunaan jalur rangkaian untuk mengoptimumkan infrastruktur dan kapasiti;
- Pemantauan kualiti perkhidmatan, termasuk mengenal pasti dan menangani isu kualiti perkhidmatan;
- Pembangunan produk, termasuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu berdasarkan keperluan dan keutamaan pelanggan.
- Pematuhan dan Kewajipan Undang-undang
- Pematuhan peraturan termasuk mematuhi peraturan industri, seperti yang berkaitan dengan perlindungan data, perlindungan pengguna, dan anti penggubahan wang haram;
- Kerjasama penguatkuasaan undang-undang termasuk membantu agensi penguatkuasaan undang-undang dalam penyiasatan, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang;
- Penyelesaian pertikaian, termasuk menyelesaikan pertikaian dengan pelanggan dan rakan niaga kami.
- Produk dan/atau Perkhidmatan lain yang melibatkan Entiti Perniagaan
- Menyediakan perkhidmatan (contohnya, pengesahan identiti) kepada entiti perniagaan berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang anda mohon, dari mereka;
- Menyediakan produk dan/atau perkhidmatan dengan kerjasama rakan niaga kami termasuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain, pengendali rangkaian telekomunikasi, usaha sama atau pakatan perniagaan.
- Penyampaian Perkhidmatan Teras
Penzahiran Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda
Kami mungkin menzahirkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda kepada pihak ketiga berikut, dalam atau di luar Malaysia, di mana perlu dan tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang terpakai:
- agensi penguatkuasaan undang-undang, untuk tujuan mencegah dan/atau mengesan jenayah, atau untuk tujuan penyiasatan dan/atau penangkapan atau pendakwaan pesalah dan/atau perlindungan keselamatan negara dan/atau apa-apa tujuan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh mana-mana perintah atau penghakiman mahkamah;
- badan, dan agensi atau entiti Kerajaan bagi memenuhi kewajipan kami terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan;
- badan, agensi atau entiti kerajaan, untuk tujuan mendapatkan lesen dan/atau kelulusan berkaitan dengan penyediaan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda;
- bagi pihak Kumpulan Maxis untuk: (i) membolehkan pembekal perkhidmatan yang kami lantik untuk produk dan/atau perkhidmatan sampingan kepada produk dan/atau perkhidmatan kami; (ii) menyokong penyelenggaraan perkhidmatan termasuk perkhidmatan sokongan pelanggan, promosi dan pemasaran, jualan, teknologi maklumat, dan pemperibadian perkhidmatan; (iii) memproses pembayaran; (iv) menjalankan siasatan penipuan dan kredit, kutipan hutang, dan perlindungan hak kami di bawah undang-undang; (v) menganalisa data, termasuk interaksi antara produk dan/atau perkhidmatan kami dengan produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga yang berkaitan; (vi) menjalankan kaji selidik; (vii) memenuhi apa-apa tujuan yang digariskan dalam Notis Privasi ini;
- entiti perniagaan dan/atau rakan niaga kami di mana anda telah memberikan persetujuan (dan persetujuan tersebut belum ditarik balik) untuk memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda menurut perenggan 4.5 Notis Privasi ini.
Pemprosesan Data Peribadi Dan Data Peribadi Sensitif Anda Luar Dari Malaysia
Kami secara amnya memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda di dalam Malaysia. Walaubagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, seperti apabila anda menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa kami atau apabila entiti perniagaan dan/atau rakan niaga kami beroperasi di luar Malaysia, data peribadi dan data peribadi sensitif anda mungkin diproses di luar negara. Data peribadi dan data peribadi sensitif anda juga mungkin akan dipindahkan ke luar negara yang mempunyai (a) undang-undang yang hampir sama dengan APDP atau (b) tahap perlindungan berkaitan dengan pemprosesan data peribadi dan data peribadi sensitif yang sekurang-kurangnya setara dengan APDP.
Melindungi Data Peribadi Dan Data Peribadi Sensitif Anda
Kami mengutamakan perlindungan data peribadi dan data peribadi sensitif anda selaras dengan APDP. Kami melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang kukuh dan melatih kakitangan kami untuk melindungi data peribadi dan data peribadi sensitif anda. Pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami diwajibkan secara kontrak dengan kami dan mereka juga terikat kepada pematuhan keselamatan data peribadi dan data peribadi sensitif di bawah APDP untuk berbuat demikian.
Anda juga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi data peribadi dan data peribadi sensitif anda. Sila pastikan kata laluan anda dilindungi dengan sewajarnya dan elakkan dari berkongsi kata laluan dengan orang lain.
Tempoh Penyimpanan Data Peribadi Dan Data Peribadi Sensitif
Kami menyimpan data peribadi dan data peribadi sensitif anda sepanjang anda melanggan produk dan/atau perkhidmatan kami. Walaubagaimanapun, bil langganan anda dan maklumat berkaitan penggunaan produk dan/atau perkhidmatan bersabit dengan pengeluaran bil-bil tersebut, kami simpan selama tujuh (7) tahun selepas dikeluarkan. Bagi bekas pelanggan Maxis, kami menyimpan data peribadi dan data peribadi sensitif anda selama tujuh (7) tahun selepas anda menamatkan langganan anda kecuali terdapat hutang tertunggak, pertikaian, atau siasatan penipuan yang sedang dijalankan, di mana kami akan menyimpan data peribadi dan data peribadi sensitif anda sehingga hutang yang tertunggak, pertikaian, atau siasatan penipuan selesai.
Hak Anda Di Bawah APDP
Anda mempunyai hak untuk:
- memperbetulkan atau mengemaskini data peribadi dan data peribadi sensitif anda yang kami proses dan simpan;
- mengakses data peribadi dan data peribadi sensitif anda yang kami proses dan simpan;
- memohon data peribadi dan data peribadi sensitif anda (tidak termasuk apa-apa data komersial dan/atau teknikal, secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan anda dan yang sulit kepada cara kami menjalankan perniagaan atau operasi kami) untuk dipindahkan terus kepada pengawal data yang lain selaras dengan peruntukan di bawah APDP; dan/atau
- menarik balik persetujuan anda untuk kami menghantar apa-apa bahan promosi dan pemasaran tentang produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda kecuali di mana anda sendiri mengakses bahan promosi dan pemasaran yang disediakan melalui laman web, aplikasi Maxis dan/atau Hotlink kami.
Jika anda ingin menggunakan mana-mana hak anda yang tersenarai di atas, sila hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di:
- di dalam Malaysia: hubungi 123 (dari talian mudah alih Maxis anda) atau 1 800 82 1123 (dari talian tetap dan mudah alih lain);
- dari luar negara: hubungi *123# (dari talian mudah alih Maxis anda) atau +603 7492 2123;
- melalui Maxis Whatsapp: +6012-3451123;
- melalui e-mel: customercare@maxis.com.my.
Arahan bertulis dan/atau lisan terkini anda kepada kami akan digunapakai.
Kewajipan Anda
Anda bertanggungjawab untuk memberikan data peribadi dan data peribadi sensitif anda yang tepat dan terkini, termasuk data peribadi dan data peribadi sensitif individu lain yang anda wakili. Sila maklumkan kepada kami mengenai sebarang perubahan dengan menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di:
- di dalam Malaysia: hubungi 123 (dari talian mudah alih Maxis anda) atau 1 800 82 1123 (dari talian tetap dan mudah alih lain);
- dari luar negara: hubungi *123# (dari talian mudah alih Maxis anda) atau +603 7492 2123;
- melalui Maxis Whatsapp: +6012-3451123;
- melalui e-mel: customercare@maxis.com.my.
Kewajipan ini adalah syarat kepada pembekalan produk dan/atau perkhidmatan Syarikat Kumpulan Maxis, peniaga pilihan dan rakan niaga strategik kami kepada anda dan/atau mana-mana individu lain yang dibenarkan oleh anda atau entiti perniagaan anda untuk menggunakan produk dan/atau produk dan/atau perkhidmatan tersebut.
Jika anda memberikan data peribadi dan data peribadi sensitif bagi pihak orang lain (contohnya, keluarga, rakan atau rakan niaga), anda mengesahkan bahawa anda telah menerima persetujuan dari mereka atau mempunyai kuasa undang-undang untuk berbuat demikian dan telah memaklumkan kepada mereka tentang Notis Privasi ini.
Kemas Kini Notis Privasi
Kami mengemas kini Notis Privasi ini secara berkala. Versi terkini akan menggantikan semua versi sebelumnya, termasuk apa-apa bahan bercetak. Sila semak laman web kami di https://www.maxis.com.my/en/privacy-notice/ secara berkala untuk versi terkini seperti yang dipaparkan tarikh kemas kini di bahagian atas Notis Privasi ini.
Butiran Hubungan Kami
Anda boleh menghubungi atau mengemukakan pertanyaan anda berkenaan dengan pemprosesan data peribadi dan data peribadi sensitif anda kepada:
Jawatan: |
Ketua Jabatan Data Peribadi (Pegawai Perlindungan Data) |
---|---|
E-mel: | privacy@maxis.com.my |
Alamat: | Kumpulan Maxis, Pejabat Data Privasi, Menara Maxis, Aras 8, Pusat Bandar Kuala Lumpur, off Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan |