Hubungilah Yang Tersayang Pada Musim Perayaan Ini
Maxis menawarkan peranti percuma dengan komitmen bulanan serendah RM56
HTC One pada harga RM799 dengan bayaran komitmen bulanan sebanyak RM96
Semua pelan ditawarkan bersama Internet Mudah Alih
Adakah anda sedang mencari hadiah Krismas untuk yang tersayang atau untuk diri anda sendiri? Sempena musim perayaan ini, anda kini boleh berhubung dengan rakan dan keluarga dengan tawaran telefon pintar yang menarik dan komitmen bulanan yang rendah dari Maxis. Antara peranti-peranti yang ditawarkan termasuk Samsung Galaxy Y Neo dan Huawei Ascend Y511 percuma, dengan pelan TalkMore 28 yang ditawarkan bersama Internet Mudah Alih, dengan komitmen bulanan rendah, masing-masing sebanyak RM56 dan RM76 sahaja.
Sementara itu, HTC One, yang telah dinamakan ‘Phone of the Year’, berharga RM799 sahaja dengan pelan TalkMore 48, yang ditawarkan bersama Internet Mudah Alih sebanyak 1GB, dengan komitmen bulanan sebanyak RM96. Para pelanggan juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy Ace III pada harga RM149 sahaja dengan melanggan pelan TalkMore 28 dan membayar komitmen bulanan sebanyak RM76 sahaja.
Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis berkata, “Tawaran istimewa sempena musim perayaan ini akan membolehkan para pelanggan kami sentiasa terhubung dengan peranti-peranti terkini pada nilai terbaik dan bayaran komitmen yang rendah. Selain itu, pelan-pelan kami juga ditawarkan bersama Internet Mudah Alih. Ini juga merupakan masa yang istimewa untuk diraikan bersama rakan dan keluarga dan kami berharap ia akan memudahkan lagi mereka membeli-belah pada musim Krismas ini!”
Berikut adalah butir-butir tawaran telefon pintar Maxis:
Smartphone Model |
Samsung
Galaxy Y Neo |
Huawei Ascend Y511 |
Samsung Galaxy Ace III |
HTC One |
---|---|---|---|---|
Harga Tawaran | PERCUMA | PERCUMA | RM149 |
RM799 |
Peelan Kadar | TalkMore 28 |
TalkMore 28 |
TalkMore 28 |
TalkMore48 |
Pelan Data | 200MB | 1GB | 1GB | 1GB |
Komitmen Bulanan |
RM56 |
RM76 |
R76 |
RM96 |
Tempoh Kontrak | 24 bulan |
24 bulan |
24 bulan |
24 bulan |
Tawaran telefon pintar Maxis ini adalah sah sehingga 28 Februari 2014 dan boleh didapati di semua Pusat Maxis dan cawangan di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my.