Mencetus Impak Dalam Kehidupan Dengan Teknologi Di Kem Asean Cyberkids 2013
70 peserta dari rantau ASEAN mempamerkan kreativiti menggunakan alat ICT yang terkini di Kem ASEAN Cyberkids (ACC) 2013 yang kelima
Kem Maxis Cyberkids, program tempatan dibawa ke peringkat ASEAN, meneruskan peranan teknologi sebagai pengupaya utama dalam mengubah kehidupan
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 28 November 2013
Teknologi, penggunaan alat ICT dan Internet menjadi fokus utama 70 para peserta, terdiri daripada 51 pelajar and 19 guru, yang berkumpul di sini pada hari ini untuk Kem ASEAN Cyberkids (ACC) 2013 yang kelima.
ACC adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Maxis Berhad (Maxis) , dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan.
Majlis penutup ACC 2013 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan dihadiri oleh YM Tengku Zaib Raja Ahmad, Ketua Pegawai, Perkhidmatan Korporat & Sokongan, SKMM; YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis; dan Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.
“Di Maxis, kami amat mementingkan tanggungjawab korporat dan ia merupakan sesuatu yang dekat di hati kami. Falsafah kami adalah mudah. Segala yang kami lakukan perlu mewujudkan impak yang positif dan memberi nilai kepada Maxis sebagai sebuah organisasi, dan kepada para pemegang berkepentingan kami,” kata Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad.
“Ini merupakan asas kepada tema tahun ini iaitu,”Mencetus impak dalam kehidupan dengan teknologi.” Sepanjang ACC, para peserta mempamerkan kreativiti masing-masing sambil diajar mengenai alat ICT yang terkini. Sebagai contoh, salah satu modul adalah mengenai pembangunan aplikasi Android. Pengetahuan ini bukan sahaja relevan - ia juga boleh terus digunakan. Ini adalah contoh utama perubahan pesat persekitaran kami, di mana teknologi digunakan sebagai pengupaya utama dalam mengubah kehidupan. Amat sukar untuk membayangkan kehidupan seharian tanpa menggunakan teknologi - tanpa menggunakan telefon mudah alih untuk bertanya khabar, atau tanpa menggunakan Internet sebagai alat pemeriksaan fakta yang cepat.”
ACC dilahirkan dari Kem Maxis Cyberkids tempatan – satu program masyarakat yang menjadi mercu tanda Maxis, yang bertujuan menyebarkan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan pelajar bagi menyokong seruan Kerajaan untuk merapatkan jurang digital di Malaysia.
Kem Maxis Cyberkids, yang dilancarkankan pada tahun 2002, bermula semata-matanya sebagai satu inisiatif tempatan. Oleh kerana kejayaannya, menteri-menteri ASEAN menyokong inisiatif tersebut di Persidangan TELMIN (Menteri-Menteri Telekomunikasi dan IT ASEAN) pada Ogos 2008. Program ini kemudiannya diketengahkan ke peringkat serantau, dan menggabungkan penyertaan negara-negara jiran Malaysia.
Sejak diperkenalkannya pada tahun 2008, ACC telah memberi manafaat kepada lebih 351 pelajar dan 124 guru di seluruh rantau ASEAN. Menurut Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad, angka-angka ini tidak muktamad. “Angka-angka ini akan berganda kerana para pelajar kemudiannya akan melatih pelajar lain di bawah program “Train the Trainer”, yang merupakan salah satu daripada modul yang diajar di Kem ASEAN Cyberkids,” katanya.
Majlis penutup ACC pada 28 November turut mengumumkan pemenang Cabaran Kebangsaan Maxis Cyberkids 2013. Para pemenang telah disenaraikan didalam Nota kepada Pengarang di bawah.