Maxis Meraikan Perayaan Tahun Baru Cina Dengan Pelancaran Hotlink 4G
Pelanggan prabayar dapat mengalami rangkaian 4G yang terpantas dan terluas di Malaysia dengan Hotlink 4G
Nikmati data tambahan sebanyak 50% dengan pembelian pas internet bulanan 1GB atau 3GB
Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik pada Tahun Baru Cina ini, termasuk peluang untuk memenangi tiket ke konsert Da Mouth & DJ Tenashar
Maxis Berhad (Maxis) telah memulakan sambutan Tahun Baru Cina hari ini dengan pelancaran Hotlink 4G, yang akan membolehkan pelanggan prabayar untuk menikmati kelajuan internet yang lebih pantas melalui rangkaian 4G yang pertama dan terluas di Malaysia.Pelanggan hanya perlu membeli satu pek SIM #Hotlink pada harga RM8.80, dan menukar kad SIM mereka ke kad SIM 4G di mana-mana Pusat Maxis di seluruh negara.
Pelanggan juga perlu melanggan pas internet mudah alih bulanan 1GB atau 3GB, yang masing-masing berharga RM30 dan RM68, untuk mula menikmati kelajuan yang lebih pantas melalui rangkaian 4G Maxis. Untuk melanggan pas tersebut, pelanggan perlu mendail *100# dari telefon mudah alih mereka. Para pelanggan juga akan mendapat 50% lebih banyak data jika mereka membeli pas internet mudah alih bulanan dari hari ini sehingga 28 Februari.
Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis berkata, “Berikutan pelancaran #Hotlink pada bulan September lalu, kami telah mengambil langkah seterusnya untuk meningkatkan pengalaman mudah alih pelanggan prabayar kami dengan membolehkan mereka untuk melayari internet pada kelajuan yang lebih pantas. Hari ini, semakin banyak orang mengakses kandungan yang lebih kaya melalui peranti mereka, seperti penstriman video dan muzik (video & music streaming) serta laman-laman web yang data intensif. Oleh itu, Hotlink 4G adalah suatu produk yang relevan dalam membolehkan para pelanggan menikmati pengalaman yang lebih baik, yang boleh didapati dengan Maxis!”
Bersempena dengan pelancaran kempen Tahun Baru Cina Maxis dan Hotlink 4G, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, bersama-sama dengan ‘God of Prosperity’ dan seramai 20 roller-bladers, menyampaikan ‘Ang Pow’ kepada orang ramai di Pusat Maxis KLCC dan di sekitar kawasan air pancur KLCC.
Dalam beberapa minggu akan datang, kumpulan roller-bladers tersebut akan berada di pameran-pameran bergerak di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, di mana orang ramai boleh mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti menarik. Pameran bergerak terakhir akan diadakan dari 7 hingga 9 Februari, di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi tiket ke konsert khas yang ditaja oleh Hotlink, yang memaparkan Da Mouth, kumpulan hip hop dari Taiwan, dan juga DJ terkenal dari Hong Kong, DJ Tenashar, pada 15 Februari. Para pelanggan yang telah membeli pas internet mudah alih 1GB atau 3GB juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan SMS untuk berpeluang memenangi tiket VIP ke konsert tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink 4G, sila layari www.hotlink.com.my